Loading...
Pergi singgah kejap di sebuah klinik di Ayer Keroh, ini kali kedua jumpa doktor tersebut. Kali pertama sebab AIA Takaful suruh, kali ini sebab Etiqa Takaful pula yang suruh.
.
Doktor tu memang one man show je jaga klinik.
Saya kata kat dia, “Wah semua sapu eh, itu hari takaful lain, ini takaful lain yang hantar”
Dia pun membalas, “apa la sangat buat medical check up simple macam ni… dapat lepas satu meal saja”
.
Tengah berborak, dia pun teringat yang saya memang pernah datang klinik dia, dan dia ingat yang saya pernah cerita kat dia saya dulu pernah jadi Medical Doctor.
.
Dia tak ingat saya kerja apa sekarang ni, saya pun beritahu dia saya remisier saham.
.
Dia pun buka la cerita dia hari ini ada masuk satu kaunter, nama kaunter tu XXXX. Saya tanya dia, kenapa dia masuk kaunter tu? Ada tips atau rumours ke?
.
Dia kata tak ada rumours, cuma baru-baru ini ada keluar berita dekat satu negeri ni ada jumpa bahan galian yang besar. Syarikat tersebut memang berurusan gali-gali ni. Tambahan pula, chairman syarikat tu XXXX adalah anak kepada XXXX.
.
Satu analisis yang menarik pada saya, namun benda ni tidaklah sampai kepada insider trading sebab semua maklumat yang dia cerita memang dah ada dalam annual report atau company announcement ataupun berita.
.
Dia menambah lagi, “Saham ni oo kalau pandai, memang boleh buat duit. Money makes money. Yang kena tiau tu biasanya newbies je”
.
Cerita dia tentang kaunter XXXX mengingatkan saya satu kejadian beberapa bulan lepas atau tahun lepas di mana kaunter XXXX memang tengah naik.
.
Ada client hubungi saya macam mana nak dapatkan maklumat untuk buat Direct Business Transaction sebab katanya ada pihak lagi satu nak transfer share XXXX kat dia. Nilai dalam 1-2juta RM katanya.
.
Saya tanya HQ, HQ kata nak buat proses tu client tu kena ada duit dulu dalam akaun.
.
Client tu kemudiannya kata kat saya, hmm takut tak sempat ni, nanti offer tu melepas. Saham XXXX ni boleh pergi lagi ni…. Sebab orang dalam syarikat tu ada kaitan dengan XXXX … memang akan meletup lagi.
.
Dia pun tanya lah saya, saya nak ke tawaran tu.
.
Pergh ke situ pulak, cerita pungpang pungpang penuh semangat, memang buat orang teruja. Nasib tak ada amount banyak tu je, kalau tak mahu hilang akal terima tawaran…
.
Akhir cerita, kadang-kadang client ni pun bukan boleh percaya… silap hari bulan client yang tikam kita.. Huh!
.
Money makes money bermaksud wang yang dilaburkan dengan betul akan menjana lebih banyak wang. Dalam konteks saham, keuntungan yang diperolehi boleh dilaburkan semula untuk mendapat pulangan yang lebih besar dari masa ke masa.
Ya, pelabur baru boleh buat untung jika mereka belajar teknik yang betul dan mendapat bimbingan yang sesuai. Kesilapan biasa newbie ialah melabur tanpa ilmu dan terlalu terpengaruh dengan khabar angin atau tips yang tidak sahih.
Remisier membantu pelabur membuka akaun CDS, memberikan panduan dan bimbingan pelaburan, serta membantu pelabur membuat keputusan yang lebih bijak berdasarkan analisis pasaran saham semasa.
Jangan mudah percaya dengan tawaran yang kelihatan terlalu baik. Sentiasa buat analisis sendiri, rujuk sumber yang dipercayai, dan dapatkan bimbingan daripada remisier berlesen yang berdaftar dengan Bursa Malaysia.
Pelaburan saham memerlukan ilmu dan bimbingan yang betul untuk mengelak kerugian. Mulakan perjalanan pelaburan anda dengan langkah yang tepat.
Buka akaun CDS anda hari ini melalui panduan langkah demi langkah di sini untuk mula melabur dalam pasaran saham.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari awal.