Elemen Penting Dalam Analisa Kewangan: Liabiliti

Loading...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Apa khabar semua?

Harapnya dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
Sekiranya anda masih baru dalam dunia saham, pastikan dah baca ebook PERCUMA yang disediakan oleh Mahersaham.
Doakan team Mahersaham agar dipermudahkan urusan dalam menyampaikan ilmu saham.
Semoga bermanfaat!
Baik, hari ini saya akan sambung perkongsian mengenai elemen penting dalam analisa kewangan.
Sebelum ini saya telah terangkan elemen penting yang pertama iaitu aset.
Untuk siri yang kali ini saya nak terangkan secara terperinci elemen yang kedua iaitu liabiliti.
Liabiliti (Liability) dalam bahasa mudah kita sebut sebagai hutang.
Ia wujud disebabkan transaksi pembelian barangan secara kredit.
Maknanya kita dapat barang/produk/servis dahulu sebelum membayarnya.
Istilah ini mungkin baru bagi sesetengah pembaca.
Jom kita merungkainya.
Merujuk kepada hutang perniagaan sesebuah syarikat kepada penjual atau supplier kerana memberikan barang atau perkhidmatan kepada anda secara kredit.
Merupakan hutang yang perlu kita bayar dalam tempoh masa yang sekejap dan termasuk dalam liabiliti semasa.
Ia mungkin juga duit customers yang di refund.
Maka duit tersebut termasuk di dalam accounts payable.
Menurut investopedia, accrued liabilities adalah perbelanjaan yang ditanggung oleh perniagaan tetapi belum dibayar.
Sebuah syarikat boleh mengumpulkan liabiliti untuk sejumlah kewajiban, dan accrued liabilities dicatat sebagai liabiliti jangka pendek atau jangka panjang pada kunci kira-kira syarikat.
Hutang sesebuah syarikat kepada certain institusi kewangan seperti bank.
A deferred tax liability (tanggungjawab cukai tertangguh) adalah adalah cukai yang dinilai atau perlu dibayar untuk tempoh semasa tetapi belum dibayar menurut investopedia.
Contohnya, setiap bulan syarikat ABC bayar tax RM 1000 selama setahun, maka total tax yang di bayar setahun adalah RM12,000.
Tetapi apabila syarikat tersebut semak rupanya kena bayar RM 30, 000. Apa yang terjadi adalah syarikat ABC berhutang pula dengan lembaga hasil dalam negeri (LHDN) sebanyak RM18, 000 lagi.
RM 18, 000 itu digelar sebagai current and deferred tax liability.
Situasi yang berlaku adalah apabila Syarikat ABC sudah pun terima duit pelanggan tetapi produk atau servis belum sampai kepada pelanggan terbabit.
Maka apa yang terjadi adalah sales atau revenue belum dikira lagi.
Oleh itu Unearned Revenue termasuk di dalam liabiliti.
Liabiliti ialah tanggungan atau hutang yang perlu dibayar oleh sesebuah syarikat. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu current liabilities (hutang jangka pendek) dan non-current liabilities (hutang jangka panjang).
Current liabilities ialah hutang yang perlu dibayar dalam tempoh kurang dari setahun seperti accounts payable dan accrued expenses. Non-current liabilities pula adalah hutang jangka panjang melebihi setahun seperti pinjaman bank.
Memahami liabiliti membantu pelabur menilai kesihatan kewangan syarikat. Syarikat dengan liabiliti yang terlalu tinggi berbanding aset mungkin berisiko tinggi dan kurang stabil dari segi kewangan.
Unearned revenue berlaku apabila syarikat sudah menerima bayaran tetapi produk atau servis belum dihantar kepada pelanggan. Ia dianggap liabiliti kerana syarikat masih berhutang servis atau produk kepada pelanggan.
Ingin memahami analisa kewangan dengan lebih mendalam? Buka akaun CDS dengan Mahersaham untuk mula melabur dengan ilmu yang betul. Muat turun juga ebook saham percuma kami sebagai panduan asas pelaburan.