Loading...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua…
Apa khabar korang semua?
Semoga dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
Kepada mereka yang mungkin mengalami sedikit keuzuran mungkin demam atau selesema, maklumlah cuaca di negara kita sekejap hujan sekejap panas terik.
Saya doakan agar korang cepat sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala.
Baik, hari ini saya akan mula berkonsi mengenai elemen penting dalam analisa kewangan.
Atau juga boleh dikatakan sebagai sistem perakaunan.
Lebih kepada analisa nombor.
Berbeza dengan siri annual report part 1 hingga part 7.
Hahhh macam yang korang baca tajuk, entri kali ini adalah part 1, maka tajuk ini akan ada beberapa siri.
Korang boleh follow rapat.
Apa tujuan kita analisa kewangan ni?

Apa kegunaannya dan manfaatnya?
Pertama, sekiranya anda ingin mula melabur dalam sesebuah syarikat namun tidak pasti adakah berbaloi atau tidak melabur dalam syarikat tersebut maka analisa ini penting bagi anda.
Bagi mereka yang sudah ada pegangan saham, tapi tak tahu bila atau apakah harga yang sesuai. Sampai satu tahap korang akan menilai penyata kewangan syarikat tersebut sama ada bagus atau sebaliknya dan adakah anda ingin meneruskan pelaburan maka analisis ini amat penting.
Ia juga penting bagi institusi kewangan yang membuat keputusan hendak memberi pinjaman. Dengan menilai prestasi syarikat sama ada kukuh atau tidak sebelum memberi pinjaman.
Sebab apa?
Sudah pasti institusi kewangan tidak akan memberi pinjaman kepada pihak yang tidak mampu membayar semula pinjaman tersebut.
Dan sudah pasti tujuan analisa kewangan adalah kerana accounting adalah bahasa perniagaan.
Mana mungkin seseorang dapat memahami ilmu kewangan tanpa memahami ‘bahasanya’.
Aset (asset) merupakan wang tunai dan harta benda seperti tanah, rumah dan bangunan yang dimiliki oleh seseorang, sesebuah syarikat atau pertubuhan.
Ia adalah harta bernilai yang digunakan untuk menjalankan aktiviti perniagaan agar mendapat income kepada perniagaan tersebut.
Contohnya, kita nak buka bisnes menjual baju.
Apa yang kita perlukan untuk memulakan bisnes tersebut?
Jadi kita perlukan;
Maka yang kita senaraikan di atas itulah aset dalam perniagaan kita.
Kita perlukan aset tersebut agar mendatangkan income dalam perniagaan baju yang dirancang.
Mudah faham bukan?
Liabiliti (Liability) dalam bahasa mudah kita sebut sebagai hutang.
Kembali kepada bisnes baju tadi, sekiranya owner bisnes tersebut kekurangan modal untuk membeli kain (dalam jumlah yang banyak) maka dia boleh meminjam atau dapatkan kredit daripada supplier kain (kain dah dapat tetapi belum bayar).
InshaAllah apabila perniagaan baju tadi berjaya dan berhasil mendapatkan jualan yang banyak maka owner bisnes pun gunakan duit tersebut untuk membayar hutang kepada supplier kain tadi.
Harapnya korang faham setakat ini.
Bahasa mudahnya ekuiti (Equity) adalah milik bersih shareholder.
Formulanya E (Equity) =A (Asset) – L (Liability).
Contohnya syarikat baju tadi mempunyai asset sebnayak RM 1 juta.
Ia juga mempunyai Liability sebanyak RM 200 Ribu maka jumlah Equity adalah;
Equity =RM 1 juta (1 000 000) – RM 200 Ribu (200 000)
= RM 800 Ribu
Ia juga dikenali sebagai sales atau income.
Tak kisah sama ada client beli produk secara cash atau pun hutang.
Contohnya ada 3 orang pelanggan yang membeli Tshirt berharga RM 100.
Dua pelanggan membayar secara cash manakala seorang lagi nak berhutang.
Total revenue tetap RM300.
Faham kan?
Segala perbelanjaan sesebuah syarikat.
Juga dikenali sebagai ‘duit yang keluar’.
Contoh kos-kos yang terlibat dalam pembelian asset dan perbelanjaan untuk syarikat.
Lima elemen penting dalam analisa kewangan ialah Assets (Aset), Liabilities (Liabiliti), Equity (Ekuiti), Revenue (Hasil) dan Expenses (Perbelanjaan). Kelima-lima elemen ini membentuk asas sistem perakaunan syarikat.
Pelabur perlu memahami elemen ini untuk menilai prestasi kewangan syarikat sebelum melabur. Ia membantu membuat keputusan pelaburan yang lebih tepat berdasarkan data kewangan sebenar syarikat.
Revenue ialah pendapatan atau hasil yang diperoleh syarikat daripada jualan produk atau perkhidmatan. Expenses pula ialah segala perbelanjaan syarikat termasuk kos pembelian aset dan kos operasi.
Equity menunjukkan nilai bersih syarikat selepas ditolak semua liabiliti daripada aset. Equity yang tinggi menandakan syarikat mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan berpotensi untuk berkembang.
Mahu belajar analisa kewangan dengan lebih mendalam? Buka akaun CDS dengan Mahersaham dan sertai kelas khas untuk klien Mahersaham. Muat turun juga ebook saham percuma kami untuk panduan asas pelaburan.