ETF-Lebih Mudah Melabur Seperti Unit Trust

Kebanyakan masyarakat familiar tentang Unit Trust tetapi tahu tak sebenarnya anda boleh melabur seperti Unit Trust menggunakan Akaun CDS sahaja.
Nak tahu macam mana?
Baca artikel ini sampai habis untuk tahu. Dalam artikel ini akan terangkan tentang Exchange Traded Fund (ETF).
Apa Itu ETF ?
ETF adalah Exchange Traded Fund merupakah salah satu instrumen pelaburan yang ada di Bursa Malaysia.
Dalam bahasa mudah, ETF merupakan ‘Unit Trust’ yang dijual melalui platform dagangan saham Bursa Malaysia.
Ia merupakan dana pelaburan terbuka didagangkan dalam Bursa saham yang menggabungkan ciri-ciri dana Indeks dan saham.
Perbezaan ETF dan Unit Trust
Nampak macam sama tetapi sebenarnya berbeza.
Hampir semua Unit Trust menggunakan strategi pengurusan secara aktif. Maksudnya pengurus dana kerap menjual saham-saham dalam portfolio mereka.
Apabila jual beli saham kerap berlaku maka kos transaksi kebiasaannya menjadi lebih tinggi.
Jika dibandingkan dengan ETF, kos menguruskan ETF adalah lebih rendah daripada Unit Trust. Ini kerana ETF mengamalkan pengurusan secara pasif.
Secara amnya, terdapat tiga jenis ETFs yang ada:
- ETFs ekuiti
- ETF pendapatan tetap
- ETFs komoditi

ETFs ini terdiri daripada kumpulan saham, bon atau komoditi berasaskan suatu indeks yang secara serta-merta menawarkan kepelbagaian.
Ia juga dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan pemilihan saham sesebuah syarikat tunggal.
Kelebihan Melabur Dalam ETF
1. Kepelbagaian
Kita selalu dengar Warren Buffet berkata Don’t put all your eggs in one basket iaitu kita perlu pelbagaikan pelaburan.
Jadi dengan ETF kita dapat pendedahan kepada kelompok sekuriti seperti saham, bon atau komoditi dalam satu transaksi.
2. Kos Rendah
Kos pengurusan ETFs adalah lebih rendah berbanding amanah saham dimana ETF ‘Value For Money’ untuk dibeli dan sebagai pelaburan jangka masa panjang.
3.Mudah Diniagakan
ETFs disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia.
Sama seperti saham, transaksi jual beli ETF dilakukan berdasarkan harga pasaran semasa. Semuanya Online sahaja.
Keuntungan Dari ETF
Terdapat dua cara untuk mendapatkan keuntungan, sama seperti saham iaitu melalui ‘Capital Gain’ dan Dividen.
1. Capital Gain
Pelabur boleh berdagang ETF seperti saham denga beli pada harga yang rendah dan jual pada harga tinggi untuk mendapat keuntungan.
2. Dividen
Pengurus dana biasanya menerima dividen daripada sekuriti di dalam kumpulan ETF yang mereka labur. Kemudian, mereka memberi dividen kepada pemegang unit ETF selepas ditolak yuran pengurusan.
ETF ni Patuh Shariah ke?
Terdapat 7 ETF yang patuh shariah iaitu:
- MyETF Dow Jones U.S. Titans 50 KOD 0827ea
- DJ Islamic Malaysia Titans 25 kod 0821ea
- MSCI Malaysia Islamic Dividend KOD 0824EA
- MSCI South East Asia Islamic Dividend KOD 0825EA
- VP-DJ Shariah China A-Shares 100 ETF
- TradePlus Shariah Gold Tracker KOD 0820EA
Soalan Lazim (FAQ) Mengenai ETF di Malaysia
Apakah perbezaan antara ETF dan Unit Trust?
ETF (Exchange Traded Fund) boleh dibeli dan dijual di Bursa Malaysia seperti saham biasa menggunakan akaun CDS, manakala Unit Trust dibeli melalui ejen atau platform khas. ETF biasanya mempunyai yuran pengurusan yang lebih rendah berbanding Unit Trust.
Adakah ETF di Malaysia yang patuh Shariah?
Ya, terdapat 7 ETF yang patuh Shariah di Bursa Malaysia termasuk MyETF Dow Jones U.S. Titans 50, DJ Islamic Malaysia Titans 25, MSCI Malaysia Islamic Dividend, dan TradePlus Shariah Gold Tracker.
Berapa kos minimum untuk mula melabur dalam ETF?
Untuk mula melabur dalam ETF, anda perlu membuka akaun CDS dengan kos RM11. Selepas itu, anda boleh membeli ETF pada harga pasaran semasa, yang biasanya lebih rendah daripada minimum pelaburan Unit Trust.
Bagaimana ETF memberikan pulangan kepada pelabur?
ETF memberikan pulangan melalui dua cara: keuntungan modal (capital gain) apabila harga ETF naik, dan dividen yang diagihkan oleh pengurus dana daripada sekuriti dalam portfolio ETF tersebut.
Kesimpulan
Untuk mula melabur dalam ETF, anda wajib ada akaun CDS dahulu. Kos buka akaun CDS hanyalah RM11.
Belum ada akaun CDS? Anda boleh buka akaun CDS sekarang dengan mudah secara online.
Muat turun Ebook Percuma daripada Mahersaham untuk panduan lengkap asas pelaburan saham!