“Evolusi Strategi Saham”
<p>“Beli saham time orang ramai nak jual saham. Bukan beli masa kita rasa kita nak beli”. Ini merupakan salah satu pandangan peribadi Howard Marks seorang yang terkenal sebagai legenda pelaburan saham.</p>

Evolusi Strategi Saham bermula dari pendekatan beli masa orang jual, bukan beli bila terasa nak beli. Ini bukan sekadar teknik dagangan, tapi cara berfikir moden dalam pelaburan.
“Beli saham time orang ramai nak jual saham. Bukan beli masa kita rasa kita nak beli”.
.
Ini merupakan salah satu pandangan peribadi Howard Marks seorang yang terkenal sebagai legenda pelaburan saham.
.
Strategi ni juga sering dianggap sebagai strategi yang terbaik. Dalam kata lain, patient opportunism, yang bermaksud sentiasa bersabar dalam mencari peluang.
.
Macam mana nak apply strategi ni? Kena tunggu fasa distribution berakhir, di mana semua penjual saham dah jual pegangan mereka, dan harga saham pun jadi betul-betul murah.
.
Salah satu sebab kenapa saya suka strategi ni, ialah saya boleh beli saham pada harga yang murah lepas dah kaji awal-awal bila nak entry, dan berapa harga yang paling rendah boleh dapat. .
Kalau ikut strategi ni, maknanya, kena tunggu kaunter retrace. Pesan saya, bila nampak kaunter cun, uptrend, jangan terus masuk, sabar dulu.
.
Katalah, harga semasa 0.45 sen. Tapi, saya dah book awal-awal nak beli pada harga 0.40 sen. Saya pun dapat beli bila harga turun jadi 0.40 sen, walaupun waktu saya letak harga 0.40 sen, harga semasa masih lagi 0.45 sen.
.
Orang boleh pertikaikan, “kalau beli time orang tengah berduyun-duyun nak jual, harga saham akan makin drop, nak tunggu harga naik, lambat. Kalau tunggu lama, bila nak untung?”
.
Sebab itu kena belajar strategi yang sesuai untuk satu-satu tempoh ataupun fasa-fasa yang ada dalam saham. Kalau tunggu dan monitor satu dua kaunter, memang lambat.
.
Kena apply strategi ni dekat kaunter-kaunter saham yang lain di Bursa untuk expedite dapat untung.
Kepentingan Memahami Strategi Saham
.
Dalam saham memang ada banyak strategi dan idea. Kalau tanya setiap coach saham di seluruh dunia pun, mereka ada cara mereka sendiri, tapi mana satu nak ikut?
.
Jawapan saya mudah. Mana-mana cara pun boleh asalkan kita tahu dan faham betul-betul strategi yang kita belajar selagimana ia tak buatkan kita rugi teruk sangat-sangat sehingga modal yang kita laburkan pun lesap.
.
Kalau boleh, kita nak ikut cara yang paling efisien dan kita yakin betul-betul boleh dapat untung yang maksimum, dalam masa yang singkat, dengan risiko yang paling minimum. Inilah cara dan falsafah saya.
.
Dan strategi ini terbentuk melalui proses yang panjang untuk faham chart, dan pengalaman yang lama dalam dunia saham sebelum saya adaptasikan dalam bentuk modul pembelajaran saham yang tersusun.
.
Modul yang dimaksudkan ialah kelas paling bawah (webinar babyshark) sehinggalah advance (daddyshark)
Bagaimana Strategi Saham Berevolusi
.
Pada hakikatnya, segala bentuk strategi yang ada dalam saham bermula dengan proses pemahaman setiap orang yang berbeza beza. Strategi saham pun tersebar luas dan semakin berkembang mengikut peredaran zaman.
.
Strategi yang saya hasilkan adalah berdasarkan pengalaman saya trade selama beberapa tahun dan ilmu yang saya belajar daripada mentor-mentor saya.
.
Dari situ, saya mula hasilkan strategi tersendiri dan create tool Mahersaham Support Bot khas untuk klien guna, dan screen kaunter-kaunter berpotensi supaya mereka boleh trade dengan mudah.
.
Walaupun dah ada tool dan strategi tersusun, tak hairan kalau ada segelintir orang yang masih berteka teki dan skeptikal dengan strategi yang saya ajarkan.
.
Tak mengapa, saya anggap benda macam tu normal sebab strategi pun boleh berubah-ubah dari semasa ke semasa.
Sentiasa Up-to-Date Strategi Baru
.
Contohnya, ada klien saya yang dah join group babyshark tanya dalam group, boleh tak saya hold kaunter ni? kaunter ni boleh pergi lagi ke?
.
Saya akan tengok dan reply bila mereka tanya saya direct. Kalau ramai sangat yang tanya, kadang-kadang team saya atau ahli group yang lain yang dah senior yang akan komen dan reply.
.
Yang penting, jawapan mestilah berdasarkan kefahaman yang betul seperti yang disampaikan dalam webinar babyshark. Sebab itu kena tengok sampai habis, kalau masih tak faham, ulang dan hadam.
.
Berbalik kepada soalan klien tadi, pada mulanya saya tetapkan untung sekitar 20-40% pun dah cukup.
.
Kemudian, setelah saya kaji balik, timbul idea baru di mana saya nasihatkan kepada klien supaya hold kaunter yang dah dibeli selagimana saham tersebut masih ada momentum kenaikan dan boleh hasilkan untung yang maksimum.
.
Dalam masa yang sama, mereka hanya perlu monitor pergerakan harga saham menggunakan trailing stop.
.
Supaya harga semasa tidak lebih daripada 10% dibandingkan dengan harga saham yang paling tinggi pernah capai, untuk minimakan kerugian.
.
Selain itu, saya turut galakkan mana-mana klien saya, untuk guna dan apply mana-mana indikator yang mereka dah belajar dari saya atau mentor-mentor lain.
.
Tujuannya ialah untuk kukuhkan lagi rasa yakin sebelum beli apa-apa kaunter.
.
Saya sendiri pun kena sentiasa usaha cari market timing yang betul untuk entry dan exit sesuatu kaunter.
.
Sebab tu, saya pun kadang-kadang tanya klien, timeframe apa yang dia pakai masa beli sesuatu kaunter.
Berkongsi Pengalaman
.
Pada yang dah ada banyak pengalaman, jangan berhenti berkongsi ilmu. Kadang-kadang, kita rasa diri dah tahu banyak benda, kita pun tak nak kongsi sebab tak nak orang lain judge.
.
Elok benda betul, tiba-tiba jadi salah. Percaya atau tak, bila kita stop berkongsi, kita sebenarnya dah hentikan evolusi strategi saham.
.
Kepada klien yang baru join, gunakan sebaik mungkin platform group babyshark untuk bertanya sebarang soalan sebelum berpindah ke group brothershark dan level seterusnya.
.
Kalau ada apa-apa yang kita nak faham walaupun rasa soalan tu newbie, terus tanya dalam group.
.
Kalau sesuai dengan diri sendiri, terus praktikkan. Sebaliknya, kalau rasa keliru, biasakan diri untuk terus tanya soalan.
.
Supaya ahli lain dalam group pun boleh berinteraksi dan dalam masa yang sama boleh tingkatkan skil trade saham. Belakang parang diasah, lagikan tajam.
.
Sebenarnya ada klien saya dalam group yang memang dah ada banyak pengalaman, Kadang-kadang mereka kongsi kaunter saham dan masukkan indikator-indikator lain dalam chart.
.
Atau ada sebut nama-nama indikator https://cms.mahersaham.com/cara-guna-indikator-macd-teknikal-analisis/dan sebagainya. Jadi, mereka yang baru join pun boleh sama-sama belajar.
.
Sebab saham ni adalah satu ilmu yang kompleks lagi-lagi orang awam yang tak ada asas tentang saham, nak belajar satu-satu secara mendalam, lambatlah nak pandai trade saham.
.
Bila dah jadi macam tu, terus jadi malas nak trade sebab tak tahu hujung pangkal kaedah nak trade dengan betul.
Menjadi Trader Berpengalaman Dengan Teknik Jerung
.
Dengan jadi klien saya, proses perjalanan untuk kenal dan faham cara nak trade saham dah jadi mudah bermula dari bawah.
.
Langkah demi langkah, sehingga mereka capai satu tahap atau level yang lebih tinggi dan advance.
.
Dalam webinar babyshark, mereka akan belajar dua perkara asas iaitu cara guna platform Mplus, dan dipecahkan kepada beberapa subtopik. Keduanya ialah Teknik Indikator Jerung.
.
Pada mereka yang dah lama jadi klien, sejak beberapa tahun lepas dan baru nak start aktif trade, boleh refresh ilmu dengan hadir ke webinar babyshark. Boleh tanya team saya untuk daftar kelas.
.
Mereka yang belum join jadi klien saya, klik link di bawah untuk saya bantu anda menjadi seorang trader yang bukan sahaja pandai guna teknik jerung, tapi faham selok belok pasaran saham.
.
.