Faktor-faktor Mempengaruhi Pergerakan Saham

Loading...

Pasaran saham Amerika Syarikat merupakan salah satu pasaran saham terbesar dan paling berpengaruh di dunia. Pergerakan saham di pasaran ini dipengaruhi oleh berbagai faktor, termasuk faktor ekonomi, politik, dan sentimen semasa. Terdapat beberapa faktor utama yang boleh mempengaruhi pergerakan saham di pasaran saham Amerika Syarikat.

Faktor ekonomi memiliki pengaruh yang kuat terhadap pergerakan saham di pasaran saham Amerika Syarikat. Pertumbuhan ekonomi yang kuat, seperti peningkatan GDP, kadar pengangguran, dan inflasi, cenderung memberikan kesan terhadap pasaran saham.
Dasar Monetari yang diambil oleh Bank Sentral Amerika Syarikat, Federal Reserve (Fed), juga memiliki pengaruh signifikan terhadap pergerakan saham. Tindakan Fed dalam menaikkan atau menurunkan kadar pinjaman, boleh mempengaruhi keadaan pasaran.
Keadaan politik Amerika Syarikat juga dapat mempengaruhi pergerakan saham di pasaran saham. Keputusan politik seperti dasar fiskal dan peraturan perdagangan juga boleh memberikan impak terhadap pasaran saham secara amnya. Contohnya, perubahan dasar yang menguntungkan para perusaha perniagaan syarikat dapat meningkatkan keuntungan mereka, yang mendorong kenaikan harga saham syarikat mereka. Selain itu, ketidakstabilan politik atau pemerintahan yang kucar kacir juga dapat menyebabkan ketidakstabilan pasar.

Sentimen semasa pasaran juga boleh memberi kesan terhadap kondisi pasaran. Ketika pelabur merasa optimis tentang keadaan ekonomi semasa, mereka cenderung untuk membeli saham, yang dapat seterusnya boleh menyebabkan kenaikan harga saham. Sebaliknya, ketika sentimen pasaran negatif, seperti kerisauan terhadap keadaan ekonomi atau konflik geopolitik, pelabur lebih mengambil sikap berhati-hati dan menjual saham mereka, yang boleh menyebabkan penurunan harga saham.
Berita dan peristiwa global yang memberi kesan kepada keadaan ekonomi global juga dapat mempengaruhi pergerakan saham di pasaran saham Amerika Syarikat. Sebagai contoh, peristiwa politik, kejadian alam, atau konflik geopolitik di negara lain dapat menciptakan ketidakpastian global yang dapat mempengaruhi pasaran saham Amerika. Berita tentang perniagaan-perniagaan besar, seperti laporan kewangan mereka, pelancaran produk baru, atau keterlibatan mereka dalam skandal juga dapat mempengaruhi harga saham syarikat dan pasaran secara keseluruhan.
Faktor utama termasuk keadaan ekonomi makro, dasar monetari dan fiskal kerajaan, prestasi kewangan syarikat, sentimen pelabur, serta berita dan peristiwa global yang memberi kesan kepada pasaran.
Apabila kadar faedah meningkat, kos pinjaman syarikat bertambah dan pelabur cenderung beralih kepada instrumen pendapatan tetap, menyebabkan harga saham cenderung menurun. Sebaliknya, kadar faedah rendah menggalakkan pelaburan dalam saham.
Ya, pasaran saham Malaysia turut terkesan dengan berita dan peristiwa global seperti konflik geopolitik, perubahan dasar ekonomi negara besar, dan turun naik harga komoditi dunia kerana ekonomi Malaysia bergantung kepada perdagangan antarabangsa.
Pelabur boleh memantau indikator ekonomi utama, mengikuti berita korporat dan global, serta menggabungkan analisis fundamental dan teknikal untuk membuat keputusan pelaburan yang lebih tepat dan berinformasi.
Memahami faktor-faktor yang mempengaruhi pergerakan saham adalah asas penting untuk menjadi pelabur yang berjaya dalam jangka panjang.
Buka akaun CDS anda hari ini melalui panduan langkah demi langkah di sini untuk mula melabur dalam pasaran saham.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari awal.