Filem Trader: 7 Filem Wajib Tonton

By Lukman Hakim
Filem Trader: 7 Filem Wajib Tonton
This article is also available in English
A

Filem Trader

Kerugian (loss) memang tidak boleh lari dari seorang Trader.

Apabila loss semestinya kita perlukan motivasi. Perlukan semangat. Sebagai contoh, ada orang pergi main bola, main golf untuk kurangkan stress dan kecewa loss tersebut.

Ada orang dengan baca buku dapat naikkan semangat kembali.

Ada orang suka tonton Movie untuk hilangkan stress. Bagi peminat movie, dalam artikel kali ini saya nak kongsikan 7 filem trader yang patut anda tonton sekarang.

Filem 1: Wall street

filem trader
Filem ini tentang Bud FOX yang merupakan seorang Broker saham yang masih muda.

Beliau berimpian untuk bekerja dengan Gordon Gekko yang mana seorang Lejen Wall Street. Dengan semangat dan usaha yang kuat menghasilkan kejayaan.

Cerita ini mengambarkan realiti kehidupan seorang broker saham.

Filem 2: Margin Call

filem trader
Filem ‘Margin Call’ merupakan sebuah cerita dari Amerika pada tahun 2011 yang ditulis oleh J. C. Chandor.

Filem ini mengisahkan apa yang berlaku di Bank terbesar, Wall Street ketika berlakunya krisis kewangan 2007-2008.

Yang menariknya adalah tindakan yang dilakukan oleh sekelompok karyawan dalam filem ini selama krisis kewangan tersebut berlaku.
Cerita ini menampilkan pelakon Kevin Spacey, Paul Bettany, Jeremy Irons, Zachary Quinto dan ramai lagi.

Filem 3: Becoming Warren Buffet

filem trader
Filem ‘Becoming Warren Buffett’ mengisahkan kisah kehidupan sebenar seorang lelaki bernama Warren Buffett yang berusia 7 tahun telah mula membaca buku ‘Seribu Cara Menghasilkan USD1,000’.

Apabila dewasa, beliau mendapatkan duit tambahan hasil menjual Coca Cola dan surat khabar. Hari ini beliau merupakan salah seorang ahli perniagaan yang terkaya di dunia dan sangat dikenali ramai.

‘Becoming Warren Buffett’ banyak menyampaikan kata-kata oleh Buffet sendiri bagaimana sejak pertama kali beliau menjadi pelabur sehingga menjadi pakar bisnes berjaya pada hari ini.

Filem 4: The Big Short

filem trader
‘The Big Short’ adalah filem berkaitan krisis ekonomi yang berlaku di Amerika pada tahun 2008.

Ianya menceritakan krisis kewangan yang mengakibatkan market crash dalam sektor perumahan.

Michael Burry salah seorang watak dalam filem ini sudah mengagak 2 tahun lebih awal sebelum krisis tersebut berlaku.

Filem ini dibintangi pelakon Brad Pitt, Cristian Bale, Ryan Gosling, Steve Carell dan ramai lagi.

5. Boiler room

filem trader
Filem ini dihasilkan pada tahun 2000. Ia menceritakan tentang seorang broker saham iaitu Seth David yang tersilap langkah bekerja dengan sebuah broker yang tidak di iktiraf oleh SEC (Security and Exchange Commision) di US.

Selain itu, kita boleh lihat tentang konsep pump & dump yang ditunjukkan dalam filem ini.

Pengajaran dalam filem ini kita perlulah peka dalam memilih broker dan mengelakkan dari ditipu oleh Broker yang tidak diiktiraf.

6. Inside job

Filem dokumentari yang menceritakan krisis pada tahun 2008 yang berlaku di Amerika syarikat.

Dalam ini diceritakan tentang siapa tangan-tangan yang bertanggungjawab dengan krisis 2008 tersebut.

7. ‘The Crooked E: The Unshredded Truth About Enron’

Menceritakan kisah kebankrapan sebuah syarikat terbesar di Amerika Syarikat, Enron Corporation.

Syarikat ini jatuh disebabkan oleh hutang yang teruk. Keadaan bertambah buruk apabila hutang tersebut disembunyikan kepada pemegang sahamnya dengan penipuan oleh perakaunan.

Filem ini dibintangi oleh Christian Kane, Shannon Elizabeth, Mike Farrell dan Brian Dennehy.

Soalan Lazim (FAQ)

1. Apakah filem terbaik untuk trader dan pelabur saham?

Antara filem terbaik untuk trader termasuk The Wolf of Wall Street, The Big Short, Margin Call, dan Wall Street. Filem-filem ini memberi gambaran realistik tentang dunia pelaburan dan kewangan.

2. Adakah menonton filem trading boleh membantu dalam pelaburan?

Ya, filem trading memberi inspirasi, motivasi dan pengajaran tentang risiko serta peluang dalam pasaran kewangan. Ia juga membantu memahami psikologi pasaran dan kesilapan yang perlu dielakkan.

3. Filem mana yang sesuai untuk pelabur pemula?

Untuk pelabur pemula, filem seperti The Big Short dan Too Big to Fail sangat sesuai kerana ia menerangkan konsep kewangan dengan cara yang mudah difahami melalui jalan cerita yang menarik.

4. Di mana boleh menonton filem-filem trading ini?

Filem-filem ini boleh ditonton melalui platform streaming seperti Netflix, Amazon Prime Video, atau Disney+. Sesetengah filem juga boleh disewa atau dibeli secara digital melalui Google Play atau Apple TV.


Terinspirasi untuk mula melabur selepas menonton filem-filem ini? Daftar Akaun CDS bersama kami untuk bimbingan dari zero hingga advance. Muat turun juga Ebook Percuma Asas Saham untuk langkah pertama anda.

Bacaan Lanjut