Filem Wajib Tonton Untuk Para Pelabur

Loading...

Kebanyakan daripada kita memang gemar menonton filem-filem yang ditayangkan di pawagam. Lebih-lebih lagi apabila keluar cerita baru pasti berpusu-pusu orang ke pawagam untuk menonton filem yang menarik.
Sekiranya anda penggemar movie pawagam. Anda pasti tahu beberapa filem yang ditayangkan sesuai untuk pelabur.
Tahukah apakah filem tersebut?
Jom tengok apa antara cerita yang pernah ditayangkan di pawagam dan merupakan filem untuk pelabur.


Filem ‘Margin Call’ merupakan sebuah cerita dari Amerika pada tahun 2011 yang ditulis oleh J. C. Chandor. Filem ini mengisahkan apa yang berlaku di Bank terbesar, Wall Street ketika berlakunya krisis kewangan 2007-2008.
Yang menariknya adalah tindakan yang dilakukan oleh sekelompok karyawan dalam filem ini selama krisis kewangan tersebut berlaku. Cerita ini menampilkan pelakon Kevin Spacey, Paul Bettany, Jeremy Irons, Zachary Quinto dan ramai lagi.

Filem ‘Becoming Warren Buffett’ mengisahkan kisah kehidupan seorang lelaki bernama Warren Buffett yang berusia 7 tahun telah membaca buku ‘Seribu Cara Menghasilkan USD1,000’.
Apabila dewasa, beliau mendapatkan duit tambahan hasil menjual Coca Cola dan surat khabar. Hari ini beliau merupakan salah seorang ahli perniagaan yang terkaya di dunia dan sangat dikenali.
‘Becoming Warren Buffett’ banyak menyampaikan kata-kata oleh Buffet sendiri bagaimana sejak pertama kali menjadi pelabur sehingga menjadi pakar bisnes berjaya sehingga hari ini.

‘The Big Short’ adalah filem tentang krisis ekonomi yang berlaku di Amerika pada tahun 2008. Ianya menceritakan krisis kewangan yang mengakibatkan market crash dalam sektor perumahan.
Michael Burry salah seorang watak dalam filem ini sudah mengagak 2 tahun lebih awal sebelum krisis tersebut berlaku. Filem ini dibintangi pelakon Brad Pitt, Cristian Bale, Ryan Gosling, Steve Carell dan ramai lagi.

‘The Crooked E: The Unshredded Truth About Enron’ menceritakan kisah kebankrapan sebuah syarikat terbesar di Amerika Syarikat, Enron Corporation. Syarikat ini jatuh disebabkan oleh hutang yang teruk.
Keadaan bertambah buruk apabila hutang tersebut disembunyikan kepada pemegang sahamnya dengan penipuan oleh perakaunan. Filem ini dibintangi oleh Christian Kane, Shannon Elizabeth, Mike Farrell dan Brian Dennehy
Kesemua filem ini membawa pengajaran dan idea yang sangat menarik berkaitan dengan ekonomi dan kewangan.
Tidak rugi jika anda menonton filem-filem seperti ini. Lebih-lebih lagi jika anda minat mengikuti isu-isu semasa dalam dunia pelaburan atau kewangan.
Anda juga boleh ikuti Channel Telegram dan Facebook Mahersaham untuk mengikuti perkembangan dan informasi semasa tentang saham dari kami setiap minggu.
Antara filem terbaik untuk pelabur termasuk The Wolf of Wall Street, The Big Short, dan The Crooked E — kesemua filem ini memberikan pengajaran penting tentang dunia pelaburan dan kewangan.
The Big Short mengajar pelabur tentang pentingnya membuat kajian sendiri, memahami risiko pasaran, dan bagaimana krisis kewangan 2008 berlaku akibat gelembung subprima yang tidak dikawal.
Filem berkaitan kewangan membantu pelabur memahami psikologi pasaran, risiko tamak dan takut, serta pengajaran daripada krisis kewangan sebenar yang pernah berlaku dalam sejarah.
Ya, filem pelaburan sangat sesuai untuk pelabur baru kerana ia menyampaikan konsep kewangan yang kompleks dalam cara yang mudah difahami dan menarik melalui cerita dan watak yang boleh diikuti.
Selepas menonton filem-filem ini, langkah seterusnya ialah memulakan perjalanan pelaburan anda sendiri di Bursa Malaysia.
Buka akaun CDS hari ini untuk mula melabur dalam saham di Bursa Malaysia.
Muat turun ebook percuma Mahersaham untuk pelajari asas pelaburan saham dari sifar.
Bacaan lanjut: