Financial Planner untuk High Net Worth Client
<p>Kebanyakan orang sekarang dah semakin celik dengan kewangan. Mungkin ada yang masih tak tahu, sebenarnya dalam bidang kewangan di Malaysia, ada satu lesen yang dipanggil sebagai RFP/Shariah RFP. RFP tu…</p>

Kebanyakan orang sekarang dah semakin celik dengan kewangan. Mungkin ada yang masih tak tahu, sebenarnya dalam bidang kewangan di Malaysia, ada satu lesen yang dipanggil sebagai RFP/Shariah RFP. RFP tu singkatan untuk Registered Financial Planner. Shariah RFP ni sama dengan RFP, dua-dua penasihat kewangan. Ia satu cabang yang anda boleh ceburi jika berminat nak jadi penasihat kewangan untuk orang lain.
.
Saya ada jumpa dengan seorang penasihat kewangan tempoh hari. Saya dah lama plan nak jumpa dengan dia, tapi masa tu belum ada masa nak jumpa. Akhirnya, dapat juga jumpa dekat office dia. Dia dan husband dia pun sambutlah saya masuk dalam ofis tersebut. Masuk-masuk dalam ruangan ofis dia, dah nampak testimoni-testimoni client digantung dekat dinding dalam ofis.

.
Daripada perbualan dengan dia, dapatlah tahu bahawa client-client dia, sekarang ini, dia hanya dapat referral sahaja. Tak perlu nak susah-susah cari, existing client dia yang akan recommend dia kepada kawan-kawan dia yang lain.
.
Memang betul dalam bidang kewangan, senang guna referral ni, orang lain tolong promote, klien pun makin ramai, income pun makin banyak. Tapi, silap haribulan, kalau reputasi teruk, ada cerita-cerita kurang baik mengenai syarikat, semua klien tadi boleh hilang sekelip mata dan mungkin berpindah dekat orang lain.
.
Jadi, itu antara risiko yang orang dalam bidang kewangan ni kena jaga, iaitu good reputation.
.
Apabila saya tanya tentang demografi atau taburan client, memang majoriti Melayulah. Tetapi even ada Cina dan India pun ambil dengan dia. Tak cukup dengan itu, dia dah cakap awal-awal, semua produk yang kena ambil dengan dia semua patuh Syariah, sebagai contoh takaful. Jadi, klien dia kena ikut, kalau tak, tak boleh ambil financial planning dengan dia. Katanya itu adalah satu usaha dakwah daripada dia sendiri.
.
Ya. Macam saya katakan tadi, Cina, India yang ambil servis financial planning dengan dia pun kena ambil takaful juga. Walaupun mereka perlu ambil takaful, mereka pun tak kisah. Sebab mereka memang dapat perkhidmatan yang bagus.
.
Memang menginsipirasikan, di mana dengan hasil dia menjadi financial planner, husband dia pun turut bersama-sama dengan dia tolong uruskan mana yang patut. Sekarang, dah ada beberapa orang staf yang dia tengah train. Mungkin pada masa akan datang, akan jadi financial planner macam dia.
.
Next, saya tengok sekeliling dalam ofis dia, macam-macam cert, sijil tertampal dalam ofis dia. Antaranya dia pernah dapat MDRT beberapa tahun berturut-turut. MDRT ialah ‘Million Dollar Round Table’. Nak dapat sijil kelayakan ni pun bukan mudah.
.
Cuma yang ni saya baru tahu,ingatkan MDRT ni hanya untuk ejen takaful atau insurans yang banyak jual takaful/insurans. Tapi untuk Financial Planner, anugerah itu diberi berdasarkan income daripada semua cabang servis financial planning, bukan takaful semata-mata.
.
Tengah rancak berbual tu, saya ada juga tanya pasal duit zakat.
.
Apa yang saya faham, orang bayar zakat untuk jimatkan tax. Kemudian, duit zakat tersebut dipulangkan balik seolah-olah macam ‘cashback’, tapi sebenarnya bukan ‘cashback’. Duit tersebut sebenarnya ialah ‘wakalah’ duit zakat untuk diagihkan kepada asnaf.
.
Orang salah faham, dia ingat lepas dapat ‘wakalah’ duit zakat, duit tu boleh simpan, sebab tu dia tak agihkan duit wakalah kepada asnaf yang berhak. Jadi, dia terus kata, itu memang satu benda yang menipu, tak amanah dan tak jujur.
.
Fungsi ‘wakalah’ sebenarnya adalah untuk luaskan lagi pengagihan duit zakat supaya lebih ramai asnaf terima zakat. Kadang-kadang, senarai yang ada tak cover semua tempat. Jadi, dengan wakalahkan duit zakat, makin ramai asnaf yang terima zakat.
.

Dia ada tambah, kita bayar zakat 2.5% sebab kewajipan dan untuk kembangkan harta dengan berkat. Tetapi, kalau bayar lebih boleh dapat pahala, dan masa yg sama, dapat tax rebate untuk kurangkan bayaran tax 
.
Dalam nak menguruskan kewangan klien, bila ada klien yang perlu keluarkan zakat, dia pun memang dah ada channel-channel tertentu untuk mengagihkan zakat secara efektif.
.
Selain tu, dia juga ada bawa staf-staf pergi bercuti luar negara. Saya kira staf dia pun beruntung sebab dapat bercuti luar negara. Saya sendiri pun belum mampu nak bawa staf bercuti bersama di oversea.
.
Saya juga teringin nak tahu serba sedikit apa yang orang-orang kaya selalu buat, yang boleh dicontohi. Kebetulan, saya ada tonton video yang mempromosikan pembelian rumah di luar negara baru-baru ni. Saya pun tanyalah dia sendiri.
.
Dia cakap, klien-klien dia bolehlah dibahagikan kepada beberapa bahagian. klien kategori T20 ni jarang beli rumah luar negara. Biasanya, kategori Ultra High Net Worth client yang ada aset lebih 5 juta yang beli rumah luar negara siap ada ‘family office’ dan sebagainya.
.
‘Family office ni maksudnya ialah, sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh golongan Ultra High Net Worth client untuk urus aset-aset mereka, antaranya juga buat pelaburan.
.
Jadi, ia tak sama dengan penasihat kewangan biasa, ‘family office’ ni khas untuk orang yang betul-betul kaya sahaja.
Untuk kategori antara T20 dan Ultra High Net Worth, yang berada di tengah-tengah mungkin net worth asset dalam lingkungan 3 ke 5 juta. Bawah pada tu, masih consider sebagai T20.
.
Di sini, dapatlah kita tahu kerjaya dalam bidang kewangan ni luas dan pelbagai jenis. Contoh kerjaya yang ada dalam industri kewangan ialah remisier dan penasihat Kewangan. Semua kerja yang wujud dalam bidang kewangan ada peranan masing-masing.
.
Kerja remisier ni lebih kepada pasaran saham. Jadi, sebagai seorang remisier, saya kena fokus dengan skop kerja saya. Financial Planner pula bertanggungjawab buat kerja financial planning. Kita yang berada dalam industri kewangan kenalah tolong menolong antara satu sama lain.
.
Antara agenda dia jemput saya datang ke ofis ialah nak leverage kepakaran saya dalam stock market investment kepada klien-klien dia. Kalau ikut standard skop penasihat kewangan, memang boleh beri nasihat berkaitan stock. Tapi, lebih baik urusan tersebut diserahkan kepada yang lebih pakar, itu adalah lebih baik.
.
Jadi, kita nantikan usahasama antara saya dan dia pada masa akan datang.
.
Begitulah kisah yang dapat dikongsikan berkenaan kerjaya financial planner. Bagi yang zero dalam kewangan dan pelaburan saham, boleh daftar akaun CDS dengan saya. Klik link di bawah. Saya akan bantu satu per satu hingga berjaya dalam kewangan dan pelaburan saham.