Harga Emas Kini Merosot

Loading...

Hai dan salam sejahtera! Haaa… tajuk hari nie agak sedikit menarik kerana ia berkaitan dengan emas! Korang di luar sana mesti suka membeli emas dan suka memakai barang kemas kan?
Hari ini saya akan share dengan korang semua mengenai satu isu semasa ni yang telah keluar di The Edge Market. Berita ini telah keluar pada 24 Nov 2020.

Agak-agak korang apa khabar harga emas di pasaran sekarang ya?
Jom kita tengok…
Pada 24 Nov 2020, telah keluarnya berita mengenai harga emas kini mengalami kemerosotan sebanyak 2%. Ia telah turun pada waktu pagi dan merosot kepada paras four-month low.
Antara syarikat yang terjejas ialah Poh Kong Holdings Bhd dan Tomei Consolidated Bhd.

Berikut di atas adalah technical chart untuk GOLDETF. Melalui chart ini dapat kita lihat bahawa harga saham emas kini sedang jatuh.
Kini harga saham emas itu adalah pada RM 2.37 berbanding harga tertingginya baru-baru ini pada harga RM 2.45
Untuk pengetahuan korang, syarikat Poh Kong telah turun harga emasnya sebanyak 2 sen atau 2.48% kepada 78.5 sen pada waktu pagi.
Kaunter ini menyaksikan sebanyak 92.4 juta saham telah bertukar tangan.
Jika nak dibandingkan dengan puncak sejarahnya sebanyak RM1.55 pada 7 Ogos, kaunter ini nampaknya telah merosot sebanyak 48.71%.
Sementara itu, harga emas Tomei juga turun sebanyak 3.5 sen atau 4% kepada 84 sen pada dagangan waktu pagi.
Saham itu menyaksikan 83.11 juta saham telah diniagakan.
Jika nk dibandingkan pula dengan sejarah tertingginya sebanyak RM 1.55 pada 10 Ogos, Tomei telah jatuh sekitar 45.48%.
Kalau korang tanya saya penting ke emas nie? pada saya ia penting! Hal ini kerana ia tidak akan susut berbanding Ringgit Malaysia yang mempunyai susut nilainya.
Selain itu, terdapat beberapa hal lain lagi yang menyebabkan emas ini penting. Antaranya ialah:
Seperti yang korang tahu, nilai emas tidak akan luput dek zaman. Jika korang simpan emas sekarang dan ingin menjual pada masa hadapan ia masih laku berbanding Ringgit Malaysia. Jika RM1 zaman sekarang boleh beli minuman pada masa akan datang mungkin RM1 itu sudah tidak laku.
Ia adalah aset fizikal yang mudah dicairkan. Emas boleh dijual pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Kalau korang pergi ke luar negara dan ingin menjual disana juga ia diterima.
Kerana ia adalah ‘international money’ yang diterima sejak zaman berzaman.
Ia adalah aset yang mudah alih, senang dibawa ke mana-mana sama ada anda ingin merentas sempadan atau benua, ia senang dibawa. Jika dibandingkan dengan tanah atau rumah sewa yang tidak dapat dibawa ke mana-mana.
Kesimpulannya, walaupun harga emas menurun sekarang ni tetapi pasaran emas amat penting untuk masa hadapan
Hal ini kerana emas adalah kalis inflasi. Nilai emas juga tidak akan susut seperti Ringgit Malaysia yang ada susut nilainya.
Buat para pelabur, mungkin anda boleh ambil peluang ini untuk membeli emas semasa harganya masih rendah.
Harga emas biasanya merosot apabila kadar faedah meningkat, dolar AS mengukuh, atau pelabur beralih kepada aset berisiko tinggi seperti saham. Selain itu, permintaan fizikal emas yang menurun dan sentimen pasaran yang positif turut menyumbang kepada kejatuhan harga emas.
Tidak semestinya. Emas kekal sebagai aset lindung nilai (hedge) yang terbukti berkesan melawan inflasi dalam jangka panjang. Penurunan harga emas sebenarnya boleh menjadi peluang untuk membeli pada harga yang lebih rendah, terutama bagi pelabur yang melihat emas sebagai simpanan nilai jangka panjang.
Pelabur Malaysia boleh melabur emas melalui beberapa cara termasuk membeli emas fizikal (jongkong atau syiling), akaun simpanan emas di bank seperti Maybank, Gold ETF di Bursa Malaysia (0828EA), atau platform digital yang diiktiraf. Setiap kaedah mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.
Emas dikenali sebagai aset kalis inflasi kerana nilainya cenderung meningkat apabila kuasa beli mata wang menurun. Apabila kadar inflasi tinggi, pelabur biasanya beralih kepada emas sebagai perlindungan, menyebabkan permintaan dan harganya meningkat. Inilah sebab emas dipanggil 'international money' sejak zaman berzaman.
Berminat untuk mula melabur saham? Jom buka akaun CDS bersama Mahersaham hari ini.
Muat turun ebook asas saham percuma kami untuk memahami asas pelaburan dengan lebih mendalam.
Bacaan lanjut: