Loading...
Bunyi macam teka teki, tapi ini adalah soalan yang valid. Pelabur-pelabur runcit mesti nak tahu, ada tak perkaitan antara hari dan bilangan kaunter untung mengatasi kaunter rugi pada hari tersebut.
Bukan sahaja pelabur biasa, sifu-sifu saham pun mesti berminat nak tahu, terutama yang buat Live Trade. Kalau boleh mesti nak pilih hari yang secara statistiknya memang menunjukkan kemungkinan itu tinggi untuk trade pada hari tersebut mudah untuk memperoleh keuntungan.
Untuk sesi kali ini kita mulakan dengan Soalan, sebab kita tidak ada hari yang spesifik yang kita tahu buat masa sekarang ini memang ‘high chance’ untuk buat duit. Sebab kalau kita tahu, maka kita akan hasilkan Hipotesis untuk diuji kaji dan bukannya Soalan.
Ini adalah ruangan berkaitan sumber data atau Data Source. Ianya bergantung kepada bagaimana kita mahu ubahsuai data kita.

2. Kaji data yang disedut supaya bebas dari kesalahan. Dalam fasa ini, apa yang hendak kita lihat adalah adakah itu data yang betul atau tidak? Berapa banyak baris (row) dan berapa banyak column yang data kita miliki? Betulkah data yang kita sedut tadi merangkumi kesemua saham yang ada?

3. Kemudian kita perlu menentukan apakah hari yang berkaitan berdasarkan tarikh yang kita ada. Kalau nak semak satu-satu tarikh dan tengok kalendar, kemudian tulis balik…. jenuh wooo. Nasib baik ada programming atau komputer untuk mudahkan kerja kita.

4. Task kita yang seterusnya adalah mengenal pasti kaunter tersebut untung, rugi atau tidak berubah pada hari tersebut. Untuk itu, kita perlu cari perbezaan harga ‘close’ semalam berbanding ‘close’ pada hari tersebut.

5. Kita labelkan setiap baris sebagai untung/rugi/tidak berubah berdasarkan perbezaan harga closing hari ini dan semalam.
6. Setelah kita memperolehi semua label (untung/rugi/tidak berubah) untuk semua kaunter, maka kita perlu jumlahkan mengikut label dan juga mengikut jenis hari (Isnin/Selasa/Rabu/Khamis/Jumaat)
7. Fasa terakhir adalah data visualisation. Cuma dalam sesi kali ini kita hanya susun dan ubah sedikit struktur data kita sahaja. Pada masa akan datang untuk memudahkan pemahaman kita akan persembahkan data dalam bentuk chart dan graf.
Kesimpulannya, hari yang terbaik untuk kita trade adalah hari Jumaat, diikuti hari Rabu, Khamis dan Selasa. Hari yang paling teruk adalah hari Isnin.
Jika tuan-tuan dan puan-puan teruja atau berhasrat untuk melihat lebih lanjut tentang prosedur kajian data ini dari awal hingga ke akhir, meliputi program yang kita gunakan, coding dan sebagainya, tuan-tuan dan puan-puan bolehlah mendaftar sebagai ahli PERCUMA website Mahersaham.
Selepas tuan-tuan dan puan-puan mendaftar sebagai ahli, tuan-tuan dan puan-puan dijemput untuk menonton VIDEO PENUH selama lebih kurang 40minit pada bahagian di bawah. (hanya boleh diakses oleh ahli Mahersaham)
Berdasarkan data sejarah, hari Selasa hingga Khamis sering menunjukkan pergerakan harga yang lebih aktif. Namun, hari terbaik bergantung kepada strategi trading dan keadaan pasaran semasa.
Hari Isnin sering dipengaruhi oleh berita hujung minggu yang menyebabkan ketidaktentuan, manakala hari Jumaat pelabur cenderung menutup posisi sebelum hujung minggu, menghasilkan volume yang berbeza.
Ya, sesi pembukaan (9:00-10:00 pagi) dan sesi penutup (4:00-5:00 petang) biasanya mempunyai volume dagangan yang lebih tinggi dan pergerakan harga yang lebih aktif.
Ya, menggabungkan pengetahuan tentang corak harian dengan analisis teknikal boleh meningkatkan keberkesanan strategi trading anda. Gunakan data sejarah untuk mengesahkan corak yang diperhatikan.
Untuk mempraktikkan strategi trading, pastikan anda mempunyai akaun pelaburan yang aktif dan ilmu asas yang mencukupi.
Belum ada akaun? Buka akaun CDS melalui Mahersaham untuk mula melabur di Bursa Malaysia.
Baru bermula? Muat turun Ebook Asas Saham percuma untuk fahami asas pelaburan saham.
Bacaan lanjut: