Loading...
Ini adalah penerangan ringkas berkaitan pembelian saham pukul 450petang. Waktu 450petang adalah waktu di mana semua saham yang diniagakan di Bursa Malaysia akan diniagakan pada satu harga sahaja – itulah harga yang akan jadi Closing Price pada hari itu.
Seperti yang kita ketahui, dalam pembentukan candlestick ada harga open, high, low dan close (OHLC). Untuk belajar lebih lanjut tentang candlestick boleh ke Asas Pembentukan Candlestick
Sebelum 450petang, ada jangka masa 5 minit iaitu bermula 445petang – inilah waktu anda boleh key in order buy atau order sell sahaja. Tidak ada transaksi akan berlaku dalam 5 minit ini.
Perkara yang sama berlaku sebelum market buka waktu pagi iaitu dari pukul 830am hingga 9am dan juga waktu rehat 2pm hingga 230pm.
Walaupun hanya waktu-waktu ini disediakan untuk key in order, dengan menggunakan platform Mplus anda boleh key in order pada waktu cuti sekalipun dan sistem akan key in kan order tersebut untuk anda. Untuk belajar lebih lanjut tentang waktu urusniaga Bursa Malaysia boleh ke Waktu Dagangan Untuk Bursa Malaysia
Anda juga digalakkan menonton video Youtube yang saya dah buat di sini :
Pada pukul 4:50 petang, Bursa Malaysia memasuki sesi pre-closing (closing auction). Semua saham akan diniagakan pada satu harga sahaja iaitu harga penutupan. Ini bermakna order anda akan dipadankan pada harga tunggal tersebut.
Kerana harga penutupan sering digunakan sebagai rujukan oleh institusi dan fund managers. Membeli pada waktu ini membolehkan anda mendapat harga yang sama dengan harga rujukan pasaran, mengurangkan risiko slippage.
Letakkan order beli pada harga yang anda sanggup bayar sebelum pukul 4:50 petang. Sistem akan memadankan order pada harga penutupan. Jika harga penutupan lebih tinggi daripada harga order anda, order tidak akan berjaya.
Ya, ia sesuai untuk pelabur baru kerana ia mengurangkan tekanan membuat keputusan cepat semasa sesi dagangan aktif. Anda boleh membuat kajian sepanjang hari dan hanya execute pada waktu penutupan.
Strategi beli saham pukul 4:50 petang adalah salah satu teknik yang mudah dan berkesan untuk pelabur yang tidak mempunyai masa memantau pasaran sepanjang hari.
Muat turun ebook asas pelaburan percuma kami untuk belajar lebih banyak strategi pelaburan saham.
Belum ada akaun CDS? Buka akaun CDS anda untuk mula membeli saham di Bursa Malaysia.