Healthcare Investment

Loading...

Tahap kesihatan seseorang perlu sentiasa dititiberatkan dan diambil perhatian oleh sesiapa sahaja tidak mengira tua atau pun muda.
Masing-masing terdedah dengan risiko pelbagai jangkitan penyakit yang kian bertambah hari demi hari.
Laporan yang dikeluarkan oleh pihak World Health Organization menyatakan keharusan kerajaan membelanjakan sekurang-kurangnya 1% daripada KDNK.
Kesedaran tentang penjagaan kesihatan amat penting dalam kalangan masyarakat dan harus dipupuk sedari kecil lagi.
Terdapat beberapa buah negara yang masih berada di tahap yang membimbangkan.
Ini kerana, paras pendapatan kelas rendah dan menengah masih lagi tidak mampu untuk menanggung kos biaya rawatan kesihatan yang semakin mahal.
Perkara yang amat memeranjatkan adalah, hampir separuh daripada angka 7.7 bilion penduduk sahaja yang dilindungi oleh perkhidmatan kesihatan.
Sekiranya trend ini berterusan, ditakuti lebih 5 bilion populasi penduduk akan hilang manfaat perkhidmatan kesihatan pada tahun 2030.
Healthcare investment tidak akan merugikan malah ianya menguntungkan orang yang masih sihat jika mendapat serangan penyakit secara tiba-tiba.
Ramai golongan di luar sana yang menanggung kemiskinan yang kian meningkat dek kerana terlalu banyak berbelanja untuk hal ini.
Selain itu, pelaburan dalam sektor kesihatan ini juga amat digalakkan untuk membantu golongan susah yang sering mengeluarkan belanja yang berlebihan demi untuk merawat penyakit yang dialami.
Bil/ Kod Stok/ Nama Sekuriti /
No. Stock code Name of Securities
Tidak lokek dalam memberi itu amalan yang mulia.
Melaburlah dalam institusi kesihatan patuh syariah bagi membantu golongan yang memerlukan.
Marilah kita saling tolong-menolong agar hidup lebih bermakna apabila melihat manusia sejagat mendapat manfaat hasil daripada pelaburan kita bersama.
Kesenangan yang dikecapi hari ini boleh hilang dalam sekelip mata sahaja. Jadi jangan bertangguh-tangguh lagi.
Bagi yang telah kematian ahli keluarga akibat diserang berbagai penyakit, pasti membuatkan kita semakin bersemangat mengharungi hidup ini dan berazam untuk membantu mengutip dana atau tabung yang akan disumbangkan dan disalurkan kepada hospital-hospital kerajaan dan swasta.
Sesungguhnya, sinar mentari esok pasti akan menjelma lagi buat mereka sekiranya kita semua bertindak segera.
Menjadi tanggungjawab kita bagi yang beragama Islam untuk menunaikan fardu kifayah ini demi mencapai redha ilahi.
Amal perbuatan yang kita lakukan hari ini pasti tidak akan dipersiakan selagi niat kita ikhlas.
Sektor kesihatan sentiasa relevan kerana permintaan untuk perkhidmatan dan produk kesihatan terus meningkat seiring pertambahan populasi, penuaan penduduk, dan peningkatan kesedaran kesihatan.
Antara saham kesihatan patuh syariah termasuk IHH Healthcare, Hartalega Holdings, Top Glove Corporation, dan Kossan Rubber Industries yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah SC.
Pelabur perlu melihat pertumbuhan pendapatan, margin keuntungan, perbelanjaan R&D, kedudukan pasaran, dan trend kesihatan global untuk menilai potensi saham kesihatan jangka panjang.
Ya, saham kesihatan biasanya dianggap sebagai pelaburan defensif yang stabil kerana permintaan untuk perkhidmatan kesihatan kekal tinggi walaupun semasa kemelesetan ekonomi.
Sektor kesihatan menawarkan peluang pelaburan jangka panjang yang menarik — mulakan langkah pertama dengan memahami asas pelaburan saham.
Buka akaun CDS hari ini untuk mula melabur dalam saham sektor kesihatan patuh syariah di Bursa Malaysia.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk memahami cara menilai dan memilih saham kesihatan yang berpotensi tinggi.
Bacaan lanjut: