Loading...
“Value investing strategy” merupakan salah satu strategi pelaburan.
Setiap strategi yang digunakan perlu mengambil kira pengurusan risiko ‘risk tolerance’.
Pengurusan risiko tidak semestinya akan membuatkan pelaburan sentiasa untung.
Dengan menguruskan risiko, kerugian dalam pelaburan akan dapat dikurangkan.
Pelabur yang bijak harus mengenalpasti beberapa maklumat asas sebelum menentukan strategi pelaburan yang berkesan.
Antara kriteria tersebut ialah mengetahui kedudukan atau situasi kewangan ‘financial position’.
Ketiadaan modal adalah salah satu bentuk situasi kewangan yang bermasalah.
Bagaimana menentukan sama ada individu itu tidak berada dalam kategori ini?
Caranya mudah sahaja. Pendapatan yang diperolehi tidak hanya dapat menampung kos sara hidup seperti keperluan isi rumah dan hutang, tetapi juga terdapat lebihan yang boleh dibelanjakan untuk perkara-perkara lain.
Selain itu, individu yang ingin melabur perlu tahu tahap kemampuan yang dimiliki sesuai dengan lebihan pendapatan yang ada.
Jangan pula saat terdesak memerlukan wang, kesemuanya telah habis dilaburkan!
Prinsip mudah, KAMU TIDAK PERLU ADA BANYAK DUIT UNTUK BERMULA, TAPI JANGAN BERMULA KALAU KAMU TAK MAMPU!
Keduanya, setiap pelaburan perlu ada matlamat yang jelas.
Kuncinya ialah apa yang kita NAK BUAT DENGAN HASIL pelaburan. Nak melancong? pendidikan anak-anak? nak beli kereta dan rumah mewah?
Cuba bayangkan, kalau kita ada duit berkepuk-kepuk! BEST kan???
Carilah ilmu, sekurang-kurangnya kita tahu perkara asas ‘basic understanding’ bukan melabur kerana ikut ikutan ‘invest blindly‘.
Banyakkan bertanya dan membaca. Selain itu hadir ke kelas asas saham yang dianjurkan.
Pilih saham berdasarkan kepada ‘intrinsic value‘ sesebuah syarikat.
Beli saham yang mana ‘intrinsic value’ lebih daripada harga semasa. Kemudian ‘hold’ sehinggalah ‘market price’ bertemu dengan ‘intrinsic value’ untuk menggambarkan ‘true value’.
Aliran tunai percuma adalah perolehan keuntungan kepada syarikat.
Namun, teknik ini sukar meramalkan aliran tunai syarikat pada masa hadapan.
Oleh itu, lebih baik labur dalam syarikat yang konsisten dan mempunyai pengurusan yang bagus dari segi ‘fundamental’.
Berita baik atau buruk sesuatu syarikat berupaya memberikan tindakbalas berlebihan ‘overreaction’ terhadap harga pasaran yang tidak seiring dengan pertumbuhan jangka panjang syarikat ‘company’s long-term fundamental’.
Jangan mudah termakan dengan sesuatu berita tentang syarikat itu sendiri sedangkan kita sendiri lebih kenal jauhari daripada jauhari sendiri yang mengenal manikam!
Beli saham untuk jangka panjang tentunya akan mengecewakan ramai pelabur sekiranya prestasi syarikat yang dilaburkan tidak memberansangkan.
Caranya ialah, “DO NOT FOLLOW THE HERD”, jangan beli masa orang ramai menjual, dan jangan jual masa orang ramai membeli.
Letakkan fokus kepada nilai sebenar syarikat yang boleh menguntungkan.
Selain itu, terus buat kajian mendalam mengenai syarikat tersebut.
Value investing adalah strategi membeli saham yang didagangkan pada harga lebih rendah daripada nilai sebenar (intrinsic value) syarikat. Pelabur value investing menganalisis fundamental syarikat — pendapatan, aliran tunai, aset — dan membeli apabila harga pasaran lebih rendah daripada nilai sebenar, kemudian memegang untuk jangka panjang.
Warren Buffett adalah pelabur value investing paling terkenal di dunia. Beliau membeli saham syarikat yang mempunyai fundamental kukuh pada harga berpatutan dan memegangnya untuk jangka panjang. Benjamin Graham, guru Buffett, dianggap bapa value investing dan menulis buku klasik The Intelligent Investor.
Pelabur boleh menggunakan nisbah seperti Price-to-Earnings (P/E), Price-to-Book (P/B), dan Discounted Cash Flow (DCF) untuk menilai sama ada saham didagangkan bawah nilai sebenar. Bandingkan nisbah ini dengan purata industri dan rekod sejarah syarikat untuk mendapat gambaran lebih jelas.
Risiko utama ialah value trap — saham yang kelihatan murah tetapi sebenarnya murah atas sebab yang kukuh (perniagaan merosot, hutang tinggi, atau industri sedang mati). Pelabur perlu memastikan saham murah kerana sentimen pasaran sementara, bukan kerana masalah fundamental yang kekal.
Value investing mengajar kita pentingnya membeli perniagaan berkualiti pada harga berpatutan — bukan sekadar mengejar saham popular atau mengikut trend pasaran semata-mata.
Buka akaun CDS untuk mula melabur dalam saham bernilai di Bursa Malaysia menggunakan strategi value investing.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk fahami asas analisis fundamental sebelum mula melabur.
Bacaan lanjut: