Hostile Takeover

By Lukman Hakim
Hostile Takeover
This article is also available in English
A
Hostile takeover pernah dengar tak? Bahasa lain serangan korperat dalam mengambil alih sesebuah syarikat.

Apa itu Hostile Takeover?

Bahasa mudah adalah apabila satu syarikat cuba untuk acquire syarikat lain walaupun ada bantahan dari lembaga pengarah syarikat yang ingin di acquire tersebut.

Cara ini berbeza dengan pengambil alihan biasa yang dikenali dengan friendly takeover.

Hostile takeover ini akan menyebabkan berlaku pembalahan dua pihak. Mungkin ada sampai saman menyaman. Ia ada berlaku di Malaysia dan luar negara.

Contoh Hostile Takeover

Pernah dengar Serangan Subuh? Meh saya ceritakan untuk lagi faham.

Ok saya bagi satu cerita yang mana ia merupakan sejarah penting kepada negara Malaysia sehingga kini.

hostile takeover

Dawn Raid

Pada 7 september 1981 London Stock Exchange LSE dikejutkan dengan serangan pengambil alihan sebuah syarikat perladangan British iaitu Guthrie oleh kerajaan Malaysia.

Serangan ini mengambil masa 4 jam sahaja yang mana dipimpin oleh Tun Dr Mahathir yang merupakan perdana menteri Malaysia pada waktu itu.

Dan kejadian ini berlaku selepas 2 bulan Tun menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Serangan ini dikenali dengan Dawn Raid atau serangan subuh.

Orang penting dalam serangan ini adalah Tun Dr Mahathir, Tun Ismail Ali dan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kenapa Guthrie?

Isu tentang Guthrie adalah disebabkan syarikat tersebut kerap kali menolak cadangan kerajaan Malaysia untuk menanam semula pokok getah bagi membantu petani dan penoreh getah Melayu meningkatkan hasil pendapatan mereka.

Syarikat British ini juga kerap kali menangguhkan mesyuarat dengan wakil kerajaan Malaysia dalam usaha untuk menyelesaikan masalah ini.

Selain itu, kerjaan British juga menghentikan subsidi bagi pendidikan pelajar Malaysia di United Kingdom dan menaikkan yuran pengajian kepada pelajar asing.

Undang-undang baru ini hanya terhad kepada pelajar dari beberapa buah negara sahaja yang mana salah satunya adalah Malaysia.

Tindakan ini telah memberi masalah kepada 17,000 rakyat Malaysia yang sedang belajar di UK yang kini dibebani dengan yuran yang sangat tinggi.

Kisah Pengambil alihan Guthrie

Dari rentetan ini, Tun Dr. Mahathir dan rakyat malaysia rasa tidak wajar tindakan ini kerana sangat terbeban.

Dah luka di perah pula limau, makin pedih. Itu yang berlaku apabila belum selesai isu pendidikan, kerjaan British menolak cadangan Malaysia untuk mendapatkan hak pendaratan tambahan di lapangan terbang Heathrow bagi syarikat penerbangan kebangaan negara iaitu Malaysia Airlines (MAS).

Makin pedih apabila kapal supersonik British iaitu Concorde telah menceroboh ruang udara antarabangsa Malaysia di Subang ketika dalam perjalanan ke Singapura.

Kes semakin panas apabila pada tahun 1981 Guthrie telah menjual asset kepada MPH yang mana sebuah syarikat milik jutawan rakyat Malaysia tanpa pengetahuan PNB.

PNB adalah memegang saham guhtrie sebanyak 25%.

Rancangan Pengambil alihan Guthrie

Jadi Tun Dr Mahathir Bersama Tun Ismail Ali serta Tan Sri Khalid Ibrahim yang merupakan seorang pengurus pelaburan sebuah agensi kerajaan Malaysia telah merancang serangan ini.

Tan Sri Khalid telah mengkaji dan membuat strategi bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar.

Tan Sri Khalid sebelum ini pernah bekerja di Barings, London yang merupakan sebuah syarikat penasihat kewangan kepada Guthrie bersama pakar-pakar pelabur Malaysia serta penasihat dari bank NM Rothschild & Sons Ltd. telah diminta untuk mengkaji sama ada Guthrie boleh diambil atau tidak serta cara dan strategi untuk melaksanakannya.

Tan sri khalid Ibrahim telah membuat kajian dan cara untuk membuat serangan ini jadi bila di buat kajian, sebanyak RM1 billion diperlukan untuk menjayakan misi dan ia perlu di lakukan dengan pantas.

Duit RM1 billion diperlukan dapat dari Petronas, Pernas dan Amanah Saham Nasional.

Rothschild telah menasihati Tan Sri Khalid supaya membuka akaun sebuah bank di Switzerland untuk proses pembayaran pembelian saham. Ini untuk mengelakkan British menyedari plan mereka.

Rothschild dilantik bagi pembelian saham Guthrie daripada pelabur besar di luar negara manakala Rowe & Pittman dilantik sebagai broker bagi membeli saham Guthrie daripada pelabur-pelabur kecil.

Bagi memastikan kejayaan serangan ini, hanya kumpulan kecil yang terlibat secara langsung.

Ceo PNB sendiri pun tidak dimaklumkan proses operasi ini. Semua yang terlibat akan mendapatkan kelulusan pembeli-pembeli saham sebelum London Stock Exchange dibuka.

Serangan Pengambil alihan Guthrie

Waktu dibuka, kerajaan Malaysia hanya akan mengumumkan tentang pemilikkan Guthrie yang mana akan mengejutkan dunia dan proses dokumentasi sahaja.

Di Malaysia, Tan Sri Khalid diberi tugas untuk menguruskan pembelian saham dengan syarikat tempatan seperti Genting , BSN dan KIG yang mana syarikat-syarikat ini mempunyai pegangan saham dalam Guthrie.

Dalam masa yang sama Tun Ismail Ali ke Singapura untuk bertemu dengan pengerusi OCBC Bank. Mereka berbincang ketikat makan tengahari. Perbincangan ini mengambil masa yang lama dan akhir perbincangan ini menyebabkan berita sedih iaitu OCBC menolak tawaran.

Tun Ismail Ali terus menelefon Tan Sri Khalid untuk memaklumkan berita buruk ini.

Walaupun berita buruk, Tan Sri Khalid meneruskan rancangan seperti biasa kerana berjaya membuat tawaran kepada Genting, BSN dan KIG.

Di London 2 syarikat yang dilantik iaitu Rotshchild dan Rowe & Pittman menanti lampu hijau dari Tan Sri Khalid.

Apabila mendapat lampu hijau dari Tan Sri Khalid, 2 syarikat terus melakukan proses pembelian seperti dirancang.

Rothschild berjaya memujuk M&G Investment Trust untuk menjual sahamnya sebanyak 11% dari 17% yang dimilikkinya dalam Guthrie.

Manakala Rowe & Pittman berjaya membeli 5% saham dari pelabur kecil yang terdiri daripada rakyat British.

Akhirnya Malaysia Berjaya mengawal saham guhtrie yang mana PNB memegang sebanyak 50.4% iaitu 8 juta unit saham Guthrie. Yang mana PNB adalah pemegang terbesar dalam Guthrie.

Akhirnya Guthrie jatuh ke tangan Malaysia. Pengerusi Guthrie, Mark Gent hanya menyedari berita pemilikkan ini hanya melalui radio.

Peristiwa ini memberi tamparan hebat kepada British.

Soalan Lazim (FAQ)

1. Apa itu hostile takeover dalam pasaran saham?

Hostile takeover atau serangan korporat ialah tindakan sebuah syarikat mengambil alih syarikat lain tanpa persetujuan pihak pengurusan syarikat sasaran. Ia dilakukan dengan membeli saham majoriti di pasaran terbuka.

2. Bagaimana hostile takeover berlaku?

Hostile takeover berlaku apabila pihak pengambil alih membeli saham syarikat sasaran secara besar-besaran di pasaran terbuka sehingga memiliki saham majoriti (lebih 50%) dan seterusnya mengawal syarikat tersebut.

3. Apakah contoh hostile takeover yang terkenal di Malaysia?

Contoh paling terkenal ialah pengambilalihan Guthrie oleh PNB Malaysia pada tahun 1981 yang dikenali sebagai Dawn Raid. PNB berjaya membeli 50.4% saham Guthrie dalam masa beberapa jam di London Stock Exchange.

4. Apakah kesan hostile takeover kepada pemegang saham kecil?

Kesan kepada pemegang saham kecil boleh positif atau negatif. Jika harga tawaran lebih tinggi dari harga pasaran, mereka boleh untung. Namun jika syarikat tidak berjaya selepas diambil alih, harga saham mungkin jatuh.


Nak belajar lebih mendalam tentang pelaburan saham dan strategi korporat? Daftar Akaun CDS bersama kami untuk bimbingan lengkap dari asas hingga advance. Muat turun juga Ebook Percuma Asas Saham untuk permulaan yang kukuh.

Bacaan Lanjut