Penggunaan Indicator Average True Range di Tradingview

Loading...

Assalamualaikum dan Hai. Moga anda semua dalam keadaan sihat sentiasa. Okey artikel kali nie saya akan berkongsi dengan anda semua mengenai indicator average true range.
Dah bersedia nak tambah ilmu? in shaa Allah sama-sama kita jadi trader/investor yang berjaya.
Jom sediakan pen dan buku nota.
Indicator Average True Range nie ada dalam tradingview, mungkin anda jarang menggunakannya jadi jom kita kenal dengan indicator nie.
Siapakah pengasas kepada indicator nie?
Pengasas indicator ini adalah J. Welles Wilder Jr.
ATR ini berfungsi sebagai indicator untuk kita tahu keadaan volatility market, kaunter atau syarikat tersebut.
Okey jom saya tunjukkan bagaimana cara pengiraannya:
Berikut di atas adalah cara pengiraan.
Ada dua cara pengiraan tapi basically kita kena cari True Range dulu dimana kita nak cari beza antara harga saham hari nie dengan harga saham semalam yang paling rendah.
Untuk n adalah kita kena bahagi dengan bilangan yang kita nak. Sebagai contoh 14 hari.
Kenapa 14?
Kerana itu adalah standardnya ataupun default
Market yang volatile adalah market yang
Average True Range (ATR) adalah indicator teknikal yang mengukur volatiliti sesuatu saham. Ia mengira purata julat harga sebenar dalam tempoh tertentu untuk menunjukkan sejauh mana harga saham bergerak.
Nilai ATR yang tinggi menunjukkan volatiliti yang tinggi manakala nilai ATR yang rendah menunjukkan volatiliti yang rendah. Secara default, ATR menggunakan tempoh 14 hari untuk pengiraan.
ATR membantu pelabur menetapkan stop loss yang sesuai berdasarkan volatiliti semasa. Ia juga membantu mengenal pasti waktu yang sesuai untuk masuk atau keluar dari pasaran.
Buka TradingView, klik butang Indicators, cari "Average True Range" dalam kotak carian, dan klik untuk menambahnya pada carta anda. ATR akan dipaparkan di bahagian bawah carta.
Jika anda serius ingin mula melabur dalam saham, langkah pertama ialah buka akaun CDS dengan Mahersaham hari ini. Anda juga boleh muat turun ebook saham percuma untuk memahami asas pelaburan saham dari awal.