INTEL Lapor Kerugian Tetapi Naik 4% Semalam?

Loading...

Intel Corporation melaporkan kerugian suku pertama 2023 semalam. Kerugian suku paling teruk dalam sejarah Intel.
Walau bagaimanapun harga saham Intel melonjak 4% semalam. Kenapa ini berlaku?
Di sini kita dapat lihat peranan ‘expected earning’ vs ‘reported’ atau ‘ jangkaan’ vs ‘ laporan sebenar’.



Lihat pada carta harga saham Intel sejak beberapa minggu yang sudah menunjukkan kejatuhan kerana pelabur menilai berdasarkan pada jangkaan laporan kerugian teruk yang bakal dikeluarkan.
Tiba-tiba laporan sebenar yang dikeluarkan semalam tidaklah seteruk yang dijangka. Maka, harga saham Intel melonjak kerana laporan sebenar EPS mengatasi jangkaan sebanyak 72.19% selain daripada sentimen pasaran baik yang turut membantu sedikit sebanyak
Walaupun Intel lapor kerugian, sahamnya tetap melonjak kerana pelabur yakin dengan rancangan jangka panjang syarikat. Perkara ini menunjukkan bahawa memahami sentimen pasaran sama penting dengan membaca laporan kewangan. Bagi pelabur Malaysia, ini menjadi contoh bagaimana pasaran global bergerak berdasarkan prospek, bukan semata-mata pada angka semasa.
Menarik bukan? Catat kerugian tapi harga naik.
Berminat nak buka akaun dan trade di US? Boleh buka akaun Mplus Global sekarang!
Artikel ini ditulis oleh salah seorang Marketing Representative untuk Maher Alias, beliau juga boleh dihubungi di page FB ‘ Hamd Trade‘
Saham Intel naik kerana laporan kerugian sebenar tidak seteruk jangkaan penganalisis. EPS sebenar mengatasi jangkaan sebanyak 72.19%, menyebabkan pelabur lebih yakin dengan prospek syarikat.
Sentimen pasaran ialah perasaan dan jangkaan keseluruhan pelabur terhadap sesuatu saham atau pasaran. Ia boleh menyebabkan harga naik atau turun walaupun data kewangan menunjukkan sebaliknya.
Ya, pelabur Malaysia boleh melabur dalam saham US seperti Intel melalui platform seperti Mplus Global. Buka akaun CDS untuk memulakan proses pendaftaran.
Pelajaran utamanya ialah pasaran bergerak berdasarkan jangkaan (expectation) dan prospek masa hadapan, bukan semata-mata pada angka semasa. Muat turun ebook percuma asas saham untuk memahami lebih lanjut.
Ingin melabur dalam saham global seperti Intel? Muat turun ebook percuma asas saham untuk memahami asas pelaburan terlebih dahulu. Apabila sudah bersedia, buka akaun CDS dan mulakan pelaburan saham global anda hari ini.