Kuasai Intraday Trading dengan Analisis Multi-Timeframe

Loading...

Dalam intraday trading, masa adalah segalanya. Masuk terlalu awal, pasaran mungkin “shake out” anda. Masuk terlalu lambat, pergerakan utama sudah habis.
Di sinilah analisis multi-timeframe jadi penyelamat. Dengan gabungan pandangan timeframe besar dan eksekusi di timeframe kecil, trader boleh masuk dengan lebih tepat sambil kekal selari dengan hala tuju pasaran. Gambar rajah di atas ringkaskan alirannya: 4H → 1H → 15min
Timeframe 4 jam ibarat kompas. Ia tunjukkan hala tuju utama pasaran.
Arah (Direction) – Adakah pasaran dalam keadaan bullish, bearish, atau sideway?
Trend – Kenal pasti sama ada harga sedang buat higher high/higher low atau sebaliknya.
Zon Supply dan Demand – Kawasan asal pergerakan kuat, biasanya jadi support atau resistance yang kukuh.
Key Levels – Nombor bulat, high/low terdahulu, atau aras penting institusi.
Senang cerita, 4H ini ibarat peta sebelum anda memulakan perjalanan.
Selepas jelas arah dari 4H, kita zoom in ke 1H untuk perincian setup.
Order Block (OB) – Kawasan institusi besar masuk order.
Fair Value Gap (FVG) – Jurang imbalance antara buyer dan
seller yang biasanya harga akan kembali isi.
Liquidity Pools – Kawasan “stop order” terkumpul, selalunya atas high atau bawah low.
Breaks & Reversal – Perhatikan pecahan struktur sama ada sambungan trend atau tanda pembalikan(reversal)
Timeframe ini ibarat jambatan – daripada bias besar (4H) kepada tindakan yang lebih jelas.
Akhir sekali, turun ke 15 minit untuk merancang entry sebenar.
Reversal Signals – Pattern candlestick, wick panjang, atau perubahan momentum yang selari dengan bias lebih besar.
Confirmation – Jangan terburu-buru. Tunggu 15min sahkan cerita daripada 4H dan 1H.
Entry & Risk Management – Masuk pada paras yang beri nisbah risiko/ganjaran terbaik, guna zon liquidity atau imbalance berhampiran.
Inilah tempat untuk “pull the trigger”. Timeframe kecil bagi keyakinan tambahan sambil ketatkan stop loss.
Pasaran bersifat fraktal. Corak sama muncul di semua timeframe, cuma tahap kepentingannya berbeza.
4H beri keyakinan hala tuju.
1H beri peta struktur.
15min beri timing entry tepat.
Gabungan ketiga-tiga ini buat anda tak hanyut dengan noise pasaran dan mampu ride pergerakan sebenar.
Soalan Lazim (FAQ)Analisis multi-timeframe ialah teknik menggabungkan pandangan dari beberapa timeframe berbeza (4H, 1H, 15min) untuk mendapatkan gambaran lengkap pasaran. 4H tunjukkan arah utama, 1H perincikan struktur setup, dan 15min digunakan untuk entry tepat.
Pasaran bersifat fraktal — corak yang sama muncul di semua timeframe. Dengan gabungan 4H (hala tuju), 1H (struktur), dan 15min (timing), anda dapat mengelak noise pasaran dan masuk pada paras risiko/ganjaran terbaik.
Kesilapan paling biasa ialah masuk trade tanpa rujuk timeframe besar. Trader yang hanya fokus 15min tanpa faham bias dari 4H dan 1H sering terkena shakeout atau masuk terlalu awal sebelum trend sebenar bermula.
Ya, teknik ini sesuai untuk semua tahap pelabur kerana ia membina disiplin trading. Bermula dengan gambaran besar (4H), halusi dengan struktur (1H), kemudian execute di timeframe kecil (15min) menjadikan proses keputusan lebih sistematik.
Nak dalami teknik intraday trading dengan analisis multi-timeframe?
Buka akaun CDS melalui Daftar Akaun CDS Mplus untuk mula trading saham di Bursa Malaysia.
Baru nak belajar saham? Download Ebook Asas Saham Percuma untuk fahami asas pelaburan.
Bacaan lanjut: