Balloting Result Cara Baca & Fahamkan

Loading...

Sekarang sudah ramai yang tahu tentang IPO dan mula mohon IPO sama ada di Miti atau Online Banking.
Apabila anda mohon IPO, perkara wajib peka:
Kesemua tarikh IPO ini anda boleh semak pada bahagian details IPO tersebut semasa memohon.
Jadi selepas selesai mohon IPO, akan keluar balloting result pada hari Balloting Date.
Apabila balloting result keluar, ada 6 perkara anda perlu tahu.
Dalam balloting ini, pemohon boleh tahu berapa ramai jumlah pemohonan sesuatu IPO tersebut, berapa peratus winning rate untuk dapat ipo, berapa unit saham yang akan dapat dan banyak lagi.
Jadi daripada result ini pemohon boleh membuat analisa balloting.
Sebagai contoh, ini adalah contoh balloting result IPO CEKD;

Berdasarkan balloting result CEKD Berhad ini, anda boleh rujuk permohonan anda di 2 kategori sama ada ‘Bumi‘ ataupun ‘Public‘
Dalam balloting result IPO ada 6 perkara anda perlu tahu.
1. Range Of Shares : Semak berapa unit ipo yang anda mohon.
2. Total Number Of Applications : Jumlah pemohon yang mohon ipo berdasarkan range of share
3. Number Of Successful Applications : Pemohon yang berjaya dapat ipo
4. Success Rate (%) : Peratus pemohon yang berjaya dapat ipo
5. Number Of Shares To Be Alloted Per Application : Bilangan unit yang akan dapat bagi setiap permohonan
6. Total Number Of Shares Alloted : Jumlah unit yang diperuntukkan (berdasarkan jumlah pemohon yang berjaya)
Kemudian selepas sudah faham maksud Balloting result ini, sekarang anda boleh semak berapa unit yang berkemungkinan anda boleh dapat berdasarkan permohonan anda.
Sebenarnya IPO result ini lebih tinggi peluang kepada Bumi berbanding Public. Jika lihat pada bahagian Success Rate (%) ‘Bumi’ lebih tinggi daripada Success Rate ‘Public‘.
Sebagai contoh, Mak Kiah mohon IPO CEKD sebanyak 7,100 unit.
Jadi ia termasuk dalam Range Of Share antara 6,100 hingga 11,000 unit (berdasarkan balloting result CEKD).
Total Number Of Applications adalah seramai 1,449 pemohon. Namun hanya 206 pemohon sahaja yang berjaya mendapat ipo ini bersamaan 14.22% success rate.
Jika Mak Kiah antara pemohon yang berjaya, maka Mak Kiah berjaya mendapat 1,000 unit saham CEKD (Lihat pada Number Of Shares To Be Alloted Per Application) di portfolio nanti semasa Listing date.
Dan permohonan Mak Kiah yang selebihnya (7100-1,000) 6,100 unit x 0.48 = RM2,928 akan di refund.
Bagi pemohon yang berjaya mendapat IPO boleh semak di portfolio anda. Ia akan keluar saham yang anda mohon serta unit yang berjaya diperoleh.
Manakala bagi yang tidak berjaya mendapat ipo, modal anda akan di refund ke akaun bank anda dalam tempoh 3-7 hari bekerja.
Artikel ini adalah sebahagian daripada siri artikel yang ditulis di Mahersaham berkaitan IPO. Untuk senarai penuh artikel, boleh rujuk Panduan Belajar IPO Dari A Sampai Z.
Khas buat pemohon IPO, pastikan anda peka dengan setiap tarikh dan butiran IPO yang dipohon.
Semasa balloting date, keputusan balloting boleh disemak di laman cara semak permohonan IPO.
Dalam kelas Supertrader ada diajarkan lebih mendalam tentang analisa IPO. Kelas ini disediakan khas untuk mereka yang buka Akaun CDS bersama Mahersaham.
Anda juga boleh mulakan dengan muat turun Ebook Percuma dari Mahersaham untuk belajar asas pelaburan saham.
Balloting result adalah keputusan cabutan yang menentukan sama ada permohonan IPO anda berjaya atau tidak. Ia diumumkan selepas tarikh tutup permohonan IPO.
Anda boleh semak keputusan balloting di laman TIIH Online (tiih.online) menggunakan nombor MyKad atau nombor akaun CDS anda.
Jika tidak berjaya, wang permohonan anda akan direfund ke akaun bank dalam tempoh 3-7 hari bekerja selepas keputusan balloting diumumkan.
Anda boleh mohon melalui pelbagai bank serentak dan pastikan permohonan dihantar awal. Buka Akaun CDS bersama Mahersaham dan muat turun Ebook Percuma untuk pelajari strategi IPO dengan lebih mendalam.