IPO Mestron Holdings Berhad

Loading...

Initial Public Offering untuk semua telah dibuka iaitu syarikat MESTRON Holdings Berhad.
Untuk faham apa itu IPO boleh baca di APA ITU IPO ATAU SAHAM TERBITAN AWAM?









Pada permulaan syarikat ini adalah pada 10 september 2002 sebagai Private Limited Company dengan nama MESTRON Engineering Sdn Bhd kemudian pada 18 MEI 2018 diperbadankan sebagai Public Limited Company di bawah nama MESTRON HOLDINGS BERHAD.
Dalam struktur mestron holdings berhad terdapat sebuah anak syarikat iaitu MESTRON ENGINEERING. Di bawah MESTRON ENGINEERING pula terdapat 2 buah anak syarikat iaitu Meslite dan Max Lighting.
Untuk Meslite ia tertumpu kepada “ manufacturing of steel poles” manakala untuk max lighting adalah “ trading of outdoor lighting products”.

Selain itu Akreditasi yang diterima oleh MESTRON HOLDINGS BERHAD adalah :
Yang menarik lagi tentang MESTRON HOLDINGS BERHAD adalah market business syarikat bukan semata-mata tertumpu di Malaysia ia melibatkan market Thailand, Brunei , Singapura, Indonesia, Filipina, Myammar, India, Korea Selatan, Taiwan, Bahrain, Vietnam, Iraq, Australia dan Negara-negara Afrikra.
Revenue untuk syarikat ini adalah seperti berikut

2015 RM40.5 JUTA
2016 RM 44.3 JUTA
2017 RM60.7 JUTA
2018 RM 63.6 JUTA
Jika kita lihat graf ini ia semakin meningkat meningkat dan terus meningkat.
Kita boleh lihat jugak hasil revenue setiap tahun MESTRON HOLDINGS BERHAD ini besar datang dari Segment Manufacturing :

2015 RM29.8 JUTA total revenue 2015
2016 RM32.0 JUTA total revenue 2016
2017 RM40.0 JUTA total revenue 2017
2018 RM41.1 JUTA total revenue 2018
KEGUNAAN IPO UNTUK MESTRON holdings berhad

Syarikat ini memerlukan sebanyak 25 juta . Dari 25 juta ada beberapa pecahannya seperti berikut
Mestron Engineering bercadang pengembangan pembuatan utama mereka di atas tanah yang berkeluasan 120,190 kaki persegi yang merupakan tanah hak milik mereka sendiri.
Malahan mereka memiliki tanah juga sebelahan tanah ini yang di gunakan sebagai kawasan simpanan untuk produk dan bahan mentah. Mereka berhasrat untuk gabungkan kedua-dua tanah ini untuk memudahkan pengembangan kemudahan pembuatan utama.
Mereka telah hantar permohonan pergabungan kedua-dua tanah ini menjadi satu kepada Pejabat Tanah/Daerah Sepang pada 28 Mac 2019. Anggaran untuk pergabungan ini adalah RM0.35 JUTA. Mereka merancang untuk mengembangkan kemudahan pembuatan utama mereka untuk menampung pertumbuhan perniagaan masa depan.
Pengembangan kemudahan ini ke tanah bersebelahan akan meningkatkan ruang lantai pengeluarana mereka. Ruang lantai pengeluaran yang diperluasakan akan membolehkan mereka memaksimunkan kapaisiti pengeluaran untung tiang besar seperti “Telecommunications monipoles” dan “MAST POLES” yang umumnya mempunyai ketinggian sehingga 50 meter.
Pengeluaran semasa mereka tidak optimum untuk pengeluaran tiang besar disebabkan ruang lantai yang terhad. Ruang lantai pengeluaran tambahan ini akan menyediakan ruang yang mencukupi untuk pembuatan tiang-tiang besar. Jadi untuk kos pembinaan ini adalah RM5JUTA . Anggaran siap pembinaan adalah pada 2021. 
Baki RM8 juta dari 13 juta adalah untuk mendapatkan mesin-mesin baru iaitu :

Modal kerja – RM5.1 JUTA
Ia digunakan untuk pembelian bahan mentah seperti STEEL PLATES and STEEL PIPES yang merupakan pemangkin utama jualan syarikat mestron.
Bayaran balik pinjaman bank – RM4JUTA
Hasil ini akan digunakan untuk membayar sebahagian daripada Pinjaman Bank yang di buat pada tahun 2016 untuk pemerolehan tanah yang dirancang untuk pengembangan kemudahan utama.
Perbelanjaan listing – RM3.1 JUTA
untuk listing iaitu seperti Profesional Fees, Fees of authorities, underwriting commissions, brokerage and placement fees.
Bagi muslim status syariah sangat penting dalam menjaga harta kita. Untuk IPO Mestron Holdings Berhad ini ia berstatus patuh syariah.


Untuk Public share kita boleh mohon hanya melalui ONLINE BANKING seperti Maybank2u , Cimbclicks , Public Bank dan lain-lain lagi.
Jika anda menggunakan CIMBCLICKS anda boleh baca disini CARA MEMOHON IPO MELALUI ONLINE BANKING CIMB
Dari pandangan penulis , IPO MESTRON HOLDINGS BERHAD adalah satu IPO yang baik dari segi REVENUE dan kegunaan IPO itu sendiri. Yang menarik tentang IPO ini adalah business modelnya global bukan tertumpu di Malaysia sahaja. Iaitu satu syarikat yang boleh berdaya saing. Kekurangan sedikit IPO ini dari segi bank advisor yang ramai tidak kenal. Itu sahaja.
Bagi peserta kelas Supertrader Mahersaham mereka tahu apa itu GOOD IPO dan BAD IPO yang kami ajar dalam kelas tersebut.
Secara umumnya saya menegaskan bagi pandangan peribadi saya tentang MESTRON HOLDINGS BERHAD. Sebarang keputusan untuk memohon IPO ini adalah di tangan anda para pelabur yang bijak sekalian.
IPO Mestron Holdings Berhad ialah tawaran saham awam pertama oleh syarikat pengeluar komponen keluli dan besi ini untuk disenaraikan di Bursa Malaysia — model perniagaan globalnya menjadi kelebihan utama.
Dari pandangan penulis, Mestron Holdings dinilai sebagai IPO yang baik dari segi revenue dan kegunaan dana — kekurangannya hanya dari segi bank advisor yang kurang dikenali ramai.
IPO boleh dimohon secara online melalui platform perbankan internet seperti Maybank2u, CIMBClicks, dan Public Bank — prosesnya mudah dan pantas tanpa perlu ke kaunter bank.
Antara risiko termasuk harga saham boleh jatuh di bawah harga tawaran pada hari penyenaraian, fundamental syarikat mungkin tidak sekukuh yang dijangka, dan peruntukan saham mungkin tidak mencukupi jika permintaan tinggi.
Berminat nak mula melabur dalam IPO dan saham di Bursa Malaysia? Buka akaun CDS anda melalui panduan pembukaan akaun CDS di sini untuk memulakan, dan muat turun ebook asas saham percuma untuk fahami asas pelaburan sebelum memohon IPO.
Bacaan lanjut: