IPO ORGABIO HOLDINGS BERHAD DI MITI

Loading...


Sebelum listing di Bursa Malaysia sesebuah syarikat akan melalui IPO terlebih dahulu. Waktu di IPO, syarikat akan membuka peluang kepada orang awam untuk memohon saham syarikat tersebut di dua tempat iaitu :
Jadi sekarang IPO ORGABIO HOLDINGS BERHAD di buka tawaran untuk BUMIPUTRA melalui MITI

IPO ORGABIO HOLDINGS BERHAD
Untuk harga tawaran adalah RM0.240. Bagi bumiputra hanya sekarang adalah proses untuk memohon kerana tarikh untuk memohon adalah bermula dari 13 September sehingga 17 September 2021 jam 12.00 tenghari. Jika anda ingin memohon boleh baca cara memohon di MITI
.
Syarikat ini diperbadankan di Malaysia pada 2 Mei 2018 di bawah Akta sebagai syarikat berhad persendirian dengan nama Orgabio Holdings Sdn Bhd. Pada 24 November 2020, kemudian bertukar menjadi syarikat berhad dengan nama ORGABIO HOLDINGS BERHAD. Mereka digabungkan sebagai “special purspose vehicle” untuk
memudahkan penyenaraian Anak Syarikat di Pasaran ACE.

sumber PROSPECTUS ORGABIO HOLDINGS BERHAD
Orgabio Holdings adalah syarikat pemegangan pelaburan dan melalui anak syarikat, pada dasarnya terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pembuatan premix minuman segera kepada pemilik jenama pihak ketiga dan pembuatan, penjualan dan pemasaran premix minuman segera.

Dibawah ini adalah gambar rajah ringkasan financial information untuk Orgabio Holdings Berhad dari 2018 sehingga 2020

Berdasarkan pembacaan dari Prospectus belum dinyatakan secara menyeluruh setiap kegunaan IPO tapi dari prospectus kita boleh lihat ia akan digunakan untuk
Belum dapat disahkan status ini. Jika anda ingin bertanya boleh terus menghubungi pegawai untuk dihubungi :
1.Mr. Wan Ahmad
No. Tel : 03-2284 2911
Emel : [email protected]
Sumber website MITI
Pertama anda perlu ada akaun cds
Kedua pergi ke website MITI

Bagi yang belum ada akaun di MITI klik bahagian jenis pelabur dan daftar dahulu. Bagi yang sudah daftar sebelum ini masukan IC dan password kemudian login.
Ketiga selepas login akan keluar maklumat IPO terkini. Untuk sekarang adalah ORGABIO HOLDINGS BERHAD dan MTT Shipping and Logistics Berhad. Jika nak memohon klik butang hijau iaitu POHON

Keempat masukkan unit yang ingin dipohon. Diingatkan anda memohon ini tidak lengkap selagi segala borang permohonan tidak dihantar ke alamat MITI. Minima untuk memohon adalah 1000 unit.

Kelima selepas sudah isi unit yang diinginkan sila cetak borang permohonan anda dan pos ke alamat MITI seperti di dalam gambar . Bila klik cetak, anda akan terima borang dari MITI ada 3 muka surat. Kena print.

Sila sediakan juga perkara yang diperlukan dalam senarai semak seperti gambar di bawah ini

Semua dokumen ini hendaklah di hantar ke MITI sebelum 24 September 2021 iaitu hari Jumaat jam 4.30 petang . Selepas itu jika anda berjaya anda akan dihubungi melalui email atau boleh check di portal MITI bila keputusan keluar nanti dan perlu membuat pembayaran.
Diambil daripada laman web MITI sendiri, berikut adalah kriteria-kriteria yang perlu ada pada pemohon:
Individu
– Warganegara Malaysia;
– Berstatus Bumiputera;
– Berumur 18 tahun ke atas; dan
– Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
– Pelajar adalah tidak layak memohon.
Syarikat
– Syarikat Sendirian Berhad sahaja;
– Modal Berbayar tidak kurang dari RM100,000;
– Pemegang saham adalah 100% Bumiputera;
– Ahli Lembaga Pengarah adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
– Kakitangan sokongan adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
– Minimum jumlah pekerja adalah seramai dua (2) orang tidak termasuk
pemegang saham/ahli lembaga pengarah; dan
– Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
Koperasi/Yayasan
– Pemegang saham/ahli koperasi adalah sekurang-kurangnya 95% Bumiputera dan Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
– Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) adalah tidak layak memohon
Bagi pengguna MPLUS login menggunakan PC kemudian pergi ke bahagian My Account dan klik My Profile. Disitu akan terdapat no akaun cds anda.
Untuk isi no akaun cds mesti ikut ini
012001 kemudian sambung dengan no akaun cds anda.

Anda boleh aktifkan BURSA ANYWHERE terlebih dahulu . Bila dah aktif boleh download penyata dalam Bursa Anywhere
Untuk membeli IPO anda perlu tahu background syarikat dan membuat sedikit kajian. Segala keputusan adalah di tangan anda.
Nak belajar tentang IPO? Sertai kelas Supertrader yang disediakan khas untuk mereka yang buka Akaun CDS bersama Mahersaham. Jika berminat nak belajar dari Zero sehingga Advance, boleh daftar sekarang.
Anda juga boleh muat turun Ebook Percuma dari Mahersaham untuk mula belajar asas saham!
IPO Orgabio Holdings Berhad adalah tawaran awam permulaan syarikat ini sebelum disenaraikan di Bursa Malaysia. Pelabur berpeluang memohon saham pada harga IPO melalui MITI atau Online Banking.
Anda perlu log masuk ke laman MITI, lengkapkan borang permohonan termasuk nombor akaun CDS, dan hantar sebelum tarikh tutup. Pastikan anda memenuhi syarat kelayakan permohonan.
Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai akaun CDS yang aktif layak memohon. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) adalah tidak layak memohon IPO melalui MITI.
Langkah pertama adalah buka Akaun CDS bersama Mahersaham dan sertai kelas Supertrader. Muat turun juga Ebook Percuma untuk memahami asas pelaburan saham dari awal.