IPO SWIFT HAULAGE BERHAD DI MITI

Loading...


Sebelum listing di Bursa Malaysia sesebuah syarikat akan melalui IPO terlebih dahulu. Waktu di IPO, syarikat akan membuka peluang kepada orang awam untuk memohon saham syarikat tersebut di dua tempat iaitu :
Jadi sekarang IPO Swift Haulage Berhad di Bursa Malaysia di buka tawaran untuk BUMIPUTRA melalui MITI
Swift Haulage Berhad merupakan salah satu Upcoming IPO Malaysia 2021.
Jumlah saham Khas : 111,225,600 unit
Harga : Belum ada Swift Haulage Sdn Bhd share price . Akan ditentukan nanti. (Perlu mohon dahulu)
Bank penasihat : MIDF Amanah Investment Bank Berhad
Pegawai untuk di hubungi : MIDF Swift IPO Helpdesk
Tel : 03 2772 1611/ 1666
Email: [email protected]
Swift Haulage IPO date
Tarikh tutup Permohonan : 21 September 2021 hari Selasa jam 12.00 tengah hari
Tarikh Akhir Penghantaran Dokumen Permohonan : 28 September 2021 hari Selasa jam 4.30 petang
Pemegang saham sebelum listing

sumber MAKLUMAT MITI
Syarikat ini diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 pada 29 November 2000 dan dianggap berdaftar di bawah Akta sebagai syarikat berhad persendirian dengan nama Yinson Haulage Sdn Bhd dan kemudian ditukarkan kepada syarikat berhad awam pada 24 Jun 2021. Syarikat ini terlibat dalam penyediaan perkhidmatan logistik bersepadu yang terdiri pengangkutan kontena, pengangkutan darat, perkhidmatan pergudangan dan penghantaran barang, dan pegangan pelaburan.
Operasi logistik bersepadu dan ibu pejabat terletak di Malaysia, sementara operasi di Thailand tertumpu pada pengangkutan rentas sempadan dan penghantaran barang.
Pada FYE 2020, operasi logistik bersepadu disokong oleh operasi armada mereka di Malaysia iaitu Swift logistics Malaysia dan Thailand termasuk 1,591 penggerak utama, 5,585 treler kontena, 698 treler kotak atau langsir, 22 trak dan 42 kapal tangki CNG. Mereka mengendalikan gudang dengan jumlah kapasiti penyimpanan 952,871 kaki persegi dan depot kontena dengan jumlah kapasiti 28,500 TEU.

sumber gambar prospectus Swift Haulage Berhad
Dibawah ini adalah gambar rajah ringkasan financial information untuk IPO Swift Haulage Berhad dari 2018 sehingga 2020

Berdasarkan pembacaan dari Prospectus belum dinyatakan secara menyeluruh dalam bentuk ringgit dan peratusan setiap kegunaan IPO tersebut, tetapi dari prospectus kita boleh lihat ia akan digunakan untuk
Berdasarkan prospectus, IPO ini mendapat shariah dari Shariah Advisory Council of SC

Pertama anda perlu ada akaun cds
Kedua pergi ke website MITI

Bagi yang belum ada akaun di MITI klik bahagian jenis pelabur dan daftar dahulu. Bagi yang sudah daftar sebelum ini masukan IC dan password kemudian login.
Ketiga selepas login akan keluar maklumat IPO terkini. Untuk sekarang adalah Swift Haulage Berhad, ORGABIO HOLDINGS BERHAD dan MTT Shipping and Logistics Berhad. Jika nak memohon klik butang hijau iaitu POHON untuk Swift Haulage Berhad.

Keempat masukkan unit yang ingin dipohon. Diingatkan anda memohon ini tidak lengkap selagi segala borang permohonan tidak dihantar ke alamat MITI. Minima untuk memohon adalah 1000 unit.

Kelima selepas sudah isi unit yang diinginkan sila cetak borang permohonan anda dan pos ke alamat MITI seperti di dalam gambar . Bila klik cetak, anda akan terima borang dari MITI ada 3 muka surat. Kena print.

Sila sediakan juga perkara yang diperlukan dalam senarai semak seperti gambar di bawah ini

Semua dokumen ini hendaklah di hantar ke MITI sebelum 28 September 2021 iaitu hari Jumaat jam 4.30 petang . Selepas itu jika anda berjaya anda akan dihubungi melalui email atau boleh check di portal MITI bila keputusan keluar nanti dan perlu membuat pembayaran.
Diambil daripada laman web MITI sendiri, berikut adalah kriteria-kriteria yang perlu ada pada pemohon:
Individu
– Warganegara Malaysia;
– Berstatus Bumiputera;
– Berumur 18 tahun ke atas; dan
– Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
– Pelajar adalah tidak layak memohon.
Syarikat
– Syarikat Sendirian Berhad sahaja;
– Modal Berbayar tidak kurang dari RM100,000;
– Pemegang saham adalah 100% Bumiputera;
– Ahli Lembaga Pengarah adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
– Kakitangan sokongan adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
– Minimum jumlah pekerja adalah seramai dua (2) orang tidak termasuk
pemegang saham/ahli lembaga pengarah; dan
– Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
Koperasi/Yayasan
– Pemegang saham/ahli koperasi adalah sekurang-kurangnya 95% Bumiputera dan Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
– Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) adalah tidak layak memohon
Bagi pengguna MPLUS login menggunakan PC kemudian pergi ke bahagian My Account dan klik My Profile. Disitu akan terdapat no akaun cds anda.
Untuk isi no akaun cds mesti ikut ini
012001 kemudian sambung dengan no akaun cds anda.

Anda boleh aktifkan BURSA ANYWHERE terlebih dahulu . Bila dah aktif boleh download penyata dalam Bursa Anywhere
Untuk membeli IPO anda perlu tahu background syarikat dan membuat sedikit kajian. Segala keputusan adalah di tangan anda.
Nak belajar tentang IPO? Sertai kelas Supertrader yang disediakan khas untuk mereka yang buka Akaun CDS bersama Mahersaham. Jika berminat nak belajar dari Zero sehingga Advance, boleh daftar sekarang.
Anda juga boleh muat turun Ebook Percuma dari Mahersaham untuk mula belajar asas saham!
IPO Swift Haulage Berhad adalah tawaran awam permulaan syarikat logistik dan pengangkutan ini sebelum disenaraikan di Bursa Malaysia. Pelabur boleh memohon saham pada harga IPO melalui MITI atau Online Banking.
Anda perlu log masuk ke laman MITI, lengkapkan borang permohonan dengan nombor akaun CDS, dan hantar sebelum tarikh tutup. Pastikan akaun CDS anda aktif dan mempunyai baki mencukupi.
Untuk pengguna Mplus, format nombor CDS adalah 012001 diikuti dengan nombor akaun CDS anda. Anda boleh semak nombor ini di bahagian My Profile dalam aplikasi Mplus.
Buka Akaun CDS bersama Mahersaham untuk sertai kelas Supertrader. Muat turun juga Ebook Percuma untuk belajar asas pelaburan saham dari awal.