IPO UWC Berhad

Loading...

Initial Public Offering untuk semua telah dibuka iaitu syarikat UWC Berhad.
Untuk faham apa itu IPO boleh baca di APA ITU IPO ATAU SAHAM TERBITAN AWAM?







Bermula sebagai private limited company pada 29 MAC 2018 dengan nama UWC SDN BHD dan pada 17 Oktober 2018 menjadi public limited company dengan nama UWC BERHAD.
Di bawah UWC Berhad terdapat 3 anak syarikat iaitu UWC HOLDING, UWC INDUSTRIAL DAN UWC AUTOMATION.

UWC HOLDINGS adalah untuk “Provision of precision sheet metal fabrication and value-added assembly services” , UWC INDUSTRIL adalah untuk “Provision of precision sheet metal fabrication and value-added assembly services” dan manakala UWC AUTOMATION adalah “Provision of precision machined components”
IPO UWC Berhad sebagai penyedia perkhidmatan sokongan kejuruteraan bersepadu, UWC menyediakan perkhidmatan fabrikasi yang melibatkan pelbagai proses berkaitan logam seperti memotong, membentuk, bergabung dan lain-lain yang berkaitan proses untuk menghasilkan produk logam pertengahan, dari bahagian kepingan logam hingga ketepatan komponen mesin. Produk logam pertengahan ini kemudian digunakan untuk menghasilkan pelbagai produk untuk pelanggan dalam pelbagai industri seperti antara lain, semikonduktor, sains hayat dan teknologi perubatan, dan peralatan berat. Mereka menambah nilai perkhidmatan mereka yang mana mereka menyediakan perkhidmatan menyusun bahagian-bahagian logam ke dalam struktur mesin, penutup logam dan casis logam atau dan yang berkaitan. Selain fabrikasi logam dan perkhidmatan pemasangan, mereka juga bekerjasama dengan pelanggan mereka untuk mereka bentuk awal dan pembangunan produk pelanggan mereka untuk mengurangkan kos dan meningkatkan pengeluaran kitaran masa. Mereka juga menyediakan pengurusan inventori di mana mereka merancang jadual pengeluaran dan mengekalkan tahap inventori minimum yang ditentukan oleh pelanggan berdasarkan permintaan.

Selain itu award yang pernah di terima oleh IPO UWC Berhad adalah :
Malah UWC Berhad menerima beberapa Pengiktirafan seperti :
Revenue untuk syarikat ini adalah seperti berikut:

2016 RM76.3 JUTA
2017 RM 92 JUTA
2018 RM136.4 JUTA
Jika kita lihat graf ini ia semakin meningkat meningkat dan terus meningkat.
Kekuatan syarikat ini adalah :

Syarikat ini memerlukan sebanyak 57.4 juta . Dari 57.4 juta ada beberapa pecahannya seperti berikut





Bagi muslim status syariah sangat penting dalam menjaga harta kita. Untuk IPO UWC Berhad ini ia berstatus patuh syariah berdasar sumber di ambil dari laman facebook BIMB SECURITIES Sdn Bhd.

Untuk Public share kita boleh mohon hanya melalui ONLINE BANKING seperti Maybank2u , Cimbclicks , Public Bank dan lain-lain lagi.
Jika anda menggunakan CIMBCLICKS anda boleh baca disini CARA MEMOHON IPO MELALUI ONLINE BANKING CIMB
Ini hanya pandangan penulis sahaja, bagi saya IPO UWC BERHAD adalah satu IPO yang baik dari segi REVENUE dan bank penasihat untuk syarikat ini iaitu HONG LEONG INVESTMENT BANK BERHAD. Namun begitu bagi kegunaan IPO salah satu yang agak kurang baik adalah untuk pembayaran hutang bank yang terlalu tinggi sehingga 31.3% namun begitu bukan kegunaan ipo ini untuk pembayaran hutang semata-mata sahaja. Ia untuk membeli mesin baru dan juga working capital untuk menambah lagi production mereka. Syarikat ini juga bagus kerana berdaya saing sebab revenue yang mereka dapat bukan dari pelanggan di Malaysia sahaja ia datang dari Singapura, Amerika syarikat, China, Perancis, United kingdom, Australia, Denmark, Germany, Hong kong, Jepun , mexico, Belanda, Filipina, Sepanyol, Sweeden, Thailand dan Vietnam.
Bagi peserta kelas Supertrader Mahersaham mereka tahu apa itu GOOD IPO dan BAD IPO yang kami ajar dalam kelas tersebut.
Secara umumnya saya menegaskan ini hanya pandangan peribadi saya tentang IPO UWC BERHAD. Sebarang keputusan untuk memohon IPO ini adalah di tangan anda para pelabur yang bijak sekalian.
IPO UWC Berhad ialah tawaran saham awam pertama oleh syarikat pengeluar komponen semikonduktor dan automasi ini untuk disenaraikan di Bursa Malaysia — syarikat ini mempunyai pelanggan dari lebih 15 negara di seluruh dunia.
Dari pandangan penulis, UWC Berhad dinilai sebagai IPO yang baik dari segi revenue dan bank penasihat (Hong Leong Investment Bank) — kekurangannya hanya dari segi sebahagian dana IPO digunakan untuk pembayaran hutang bank.
Kegunaan dana IPO menunjukkan niat sebenar syarikat — dana yang digunakan untuk membeli mesin baru dan working capital lebih positif berbanding yang hanya untuk bayar hutang semata-mata.
Syarikat dengan pelanggan dari pelbagai negara lebih berdaya saing kerana tidak bergantung pada satu pasaran sahaja — ini mengurangkan risiko dan meningkatkan potensi pertumbuhan revenue.
Berminat nak mula melabur dalam IPO dan saham di Bursa Malaysia? Buka akaun CDS anda melalui panduan pembukaan akaun CDS di sini untuk memulakan, dan muat turun ebook asas saham percuma untuk fahami asas pelaburan.
Bacaan lanjut: