Jenis Trader dan Gaya Trading: Cara Mengenali Personaliti Pelaburan Anda

Loading...

Jenis Trader Dalam dunia trading — sama ada saham, futures, kripto, ETF ataupun indeks — setiap orang mempunyai gaya dan pendekatan yang berbeza.
Ada yang suka memantau carta (chart) setiap minit, ada pula yang lebih santai dan hanya melihat pasaran seminggu sekali. Memahami jenis-jenis trader ini sangat penting kerana ia membantu anda mengenal pasti gaya yang paling sesuai dengan masa, emosi, dan modal anda.
Dalam Article ini kami senaraikan gaya trading yang perlu anda tahu sebelum memulakan langkah dalam dunia pelaburan.
Day trader ialah jenis pedagang yang entry (masuk) dan exit (keluar) semua posisi dalam hari yang sama.
Mereka tidak akan menyimpan pegangan semalaman (overnight position), kerana sasaran utama mereka hanyalah pergerakan harga harian yang cepat.
Golongan ini bekerja sangat pantas, menganalisis pergerakan harga (price movement) secara langsung (Live) dan sanggup mengambil risiko tinggi untuk mendapatkan keuntungan dalam tempoh singkat.
Walaupun ia menarik bagi mereka yang inginkan keputusan segera, gaya ini memerlukan fokus penuh, stamina mental, dan disiplin yang kuat.
Sebahagian trader pula memilih untuk menjadi scalper — gaya trading terpantas dalam pasaran.
Scalper memanfaatkan pergerakan harga yang sangat kecil dalam masa beberapa saat atau minit sahaja.
Mereka masuk dan keluar pasaran berkali-kali dalam sehari untuk mengumpul keuntungan mikro.
Walaupun nampak mudah, gaya ini sangat memerlukan ketepatan, pengalaman, dan kemampuan membuat keputusan serta-merta.
Ia boleh menjadi sangat meletihkan bagi mereka yang tidak biasa dengan tekanan pantas.
Bagi newbie yang bekerja sepenuh masa atau tidak mampu memantau pasaran setiap minit, swing trading sering dianggap gaya paling sesuai.
Swing trader memegang posisi selama beberapa hari hingga beberapa minggu, bergantung pada momentum dan trend sederhana dalam pasaran.
Gaya ini lebih santai, tidak memerlukan pemantauan berterusan, dan lebih mudah diurus oleh sesiapa yang ada komitmen lain seperti kerja pejabat atau perniagaan sendiri.
Namun, ia masih memerlukan kesedaran terhadap perubahan sentimen pasaran kerana harga boleh berubah secara tiba-tiba ketika anda tidak memantau.
Berbeza dengan swing trader, position trader fokus kepada gambaran yang lebih besar dan jangka masa panjang.
Mereka memegang posisi berbulan-bulan atau bertahun-tahun bergantung kepada prestasi fundamental aset serta arah trend besar pasaran.
Gaya ini jauh lebih tenang berbanding day trading atau scalping kerana turun naik kecil tidak memberi kesan besar kepada keputusan mereka.
Walau bagaimanapun, posisi jangka panjang memerlukan modal yang lebih besar dan kesabaran yang tinggi kerana keuntungan tidak datang serta-merta.
Breakout trader pula menunggu saat harga memecah paras penting seperti rintangan (resistance) atau sokongan (support) sebelum masuk pasaran.
Mereka percaya bahawa apabila harga berjaya “pecah” dan keluar dari zon tertentu, momentum biasanya akan kuat dan boleh membawa keuntungan besar.
Namun, taktik ini tidak selalu berjaya dan kadangkala berlaku “fake breakout” yang menyebabkan harga kembali jatuh selepas pedagang masuk.
Oleh itu, gaya ini memerlukan disiplin yang baik dan penggunaan stop-loss yang tegas.
Ada juga reversal trader — jenis pedagang yang cuba menangkap perubahan arah harga sebelum ia berlaku.
Mereka mencari tanda-tanda bahawa harga telah terlebih naik (overbought) atau terlebih jatuh (oversold) dan mungkin akan membuat pembalikan arah. Jika berjaya, reversal trading boleh memberikan hasil yang sangat besar kerana pedagang masuk pada harga paling optimum. Namun, gaya ini sangat berisiko kerana melawan arus pasaran memerlukan masa (timing) yang tepat dan kemahiran analisis yang tinggi.
Sementara itu, momentum atau trend trader ialah pedagang yang tidak melawan arus. Mereka hanya ikut pergerakan harga apabila trend sudah jelas.
Gaya ini dianggap lebih stabil dan sesuai untuk newbie, kerana mereka hanya mengikut arah pasaran dan tidak cuba meneka titik pembalikan.
Akhir sekali, terdapat trader yang fokus kepada instrumen lebih kompleks seperti derivatif, futures, options, forex (Non-shariah), dan juga trading automatik menggunakan algoritma.
Gaya ini lebih teknikal dan memerlukan pemahaman mendalam tentang produk kewangan serta risiko leveraj (leverage). Ia biasanya hanya sesuai untuk trader yang berpengalaman dan sanggup melabur masa untuk belajar aspek teknikal yang lebih mendalam.
Secara keseluruhan, setiap jenis trader ada kelebihan dan kekurangannya. Tidak ada satu gaya pun yang “paling betul” kerana semua bergantung kepada personaliti, masa, emosi, modal, dan pengalaman anda sendiri.
Yang paling penting, sebelum memilih mana-mana gaya, pastikan anda mempunyai disiplin, ilmu asas, dan pengurusan risiko yang mantap — kerana inilah tiga perkara yang menentukan sama ada anda seorang trader yang berjaya atau tidak.
Antara jenis utama termasuk Day Trader, Swing Trader, Position Trader, Trend Trader, Breakout Trader dan Scalper. Setiap gaya berbeza dari segi tempoh pegangan, masa yang diperlukan, dan tahap risiko.
Swing Trading atau Trend Trading paling sesuai untuk mereka yang bekerja sepenuh masa kerana ia tidak memerlukan pemantauan pasaran secara berterusan sepanjang hari.
Day trading memerlukan analisis pantas, ketahanan emosi yang tinggi, dan modal yang mencukupi. Pelabur newbie disarankan bermula dengan swing trading atau position trading terlebih dahulu sebelum mencuba day trading.
Tiga perkara utama yang menentukan kejayaan trader ialah disiplin, ilmu asas pelaburan, dan pengurusan risiko yang mantap — tanpa mengira gaya trading yang dipilih.
Setelah kenal pasti gaya trading anda, langkah seterusnya ialah membuka akaun dan mula berlatih dengan modal sebenar.
Buka akaun CDS anda melalui Daftar Akaun CDS Mplus dan mula praktikkan strategi trading pilihan anda di Bursa Malaysia.
Baru nak mula belajar saham? Download Ebook Asas Saham Percuma untuk fahami asas pelaburan saham sebelum mula melabur.
Bacaan lanjut: