5 Jenis Reversal Chart Pattern Yang Biasa Trader Gunakan

Loading...

Reversal Chart Pattern yang biasa trader gunakan ada 5 jenis . Antaranya adalah head and shoulder, double tops and bottoms, triple top & bottom, spike V top & bottom dan Rouding Pattern
Dalam saham, Teknikal dan Fundamental analisis amat penting untuk mengkaji pergerakan harga sesuatu saham.
Jadi artikel ini akan kongsikan sedikit Teknikal Analisis iaitu beberapa Chart Pattern yang menunjukkan pembalikan harga (Reversal Pattern) di mana kalau jumpa Chart Pattern ini anda sudah tahu apa maksudnya.

Head and Shoulder adalah pembentukan dengan 3 puncak, kiri dan kanan dengan ketinggian yang hampir sama dan tengahnya yang tertinggi.
Ia menunjukkan pergerakan harga daripada menaik kepada menurun.
Ramai pelabur percaya corak ini merupakan salah satu trend pembalikan yang paling kuat dan boleh dipercayai.

Double tops and bottoms adalah corak analisis teknikal yang penting digunakan oleh pelabur.
Untuk Double Tops ia mempunyai bentuk ‘M’ dan menunjukkan pergerakan harga yang menurun.
Manakala Double Bottoms pula mempunyai bentuk ‘W’ dengan pergerakan harga yang menaik.

Bagi Triple Bottom, harga menurun sehingga ke paras support dan cuba untuk memecahkan support sebanyak 3 kali. Ini menyebabkan pembentukan paras support. Maka ini diberikan nama Triple Bottom.
Namun yang berlaku pada Triple Top berlawanan dengan Triple Bottom dimana harga cuba memecahkan resistance sebanyak 3 kali dan kemudian jatuh dan membentuk Triple Top.

Spike V menunjukkan bentuk yang tajam sama ada di atas atau di bawah. Ia membentuk tanpa memberikan apa-apa isyarat.
Situasi sebegini sukar untuk di perdagangkan dan cara yang terbaik keluar dahulu dari pasaran sebegini.

Rounding Saucer juga merupakan salah satu reversal chart pattern. Tetapi ia mengambil masa yang lebih lama untuk membentuk dan harga bergerak secara perlahan.
Chart Pattern ini biasanya dapat dilihat dalam timeframe mingguan atau bulanan yang merangkumi beberapa tahun.
Jadi sebelum membeli sesuatu kaunter anda perlu fahamkan Teknikal analisis supaya anda boleh tahu di mana harga yang anda patut masuk (beli) dan keluar (jual).
Reversal chart pattern adalah corak carta yang menunjukkan perubahan arah trend harga saham, sama ada dari uptrend ke downtrend atau sebaliknya.
Lima jenis utama ialah Head and Shoulder, Double Tops and Bottoms, Triple Top and Bottom, Spike V Top and Bottom, dan Rounding Pattern.
Anda perlu memerhatikan pergerakan harga pada carta dan mengenal pasti corak seperti puncak berganda atau corak kepala dan bahu yang menandakan potensi perubahan trend.
Tidak. Tiada analisis teknikal yang 100% tepat. Reversal pattern perlu digabungkan dengan indikator lain dan pengurusan risiko yang baik.
Menguasai reversal chart pattern adalah langkah penting untuk menjadi trader yang lebih berdisiplin — dan langkah pertama adalah memiliki akaun CDS untuk mula berdagang.
Jom buka akaun CDS bersama Mahersaham untuk mula melabur dalam saham di Bursa Malaysia.
Muat turun Ebook Asas Saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari sifar.
Bacaan lanjut: