Kadar penurunan GST dalam Bursa Saham

Seperti yang kita maklum, kadar penukaran GST(Goods and sales Service tax) daripada 6% kepada 0% berlaku pada 1 Jun 2018. Kita akan dapat melihat penurunan harga barangan dengan kadar penukaran GST ini. Ini akan menggalakkan kadar perbelanjaan dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Dengan pertumbuhan ekonomi juga dijangka menggalakkan aktiviti inflasi yang terkawal.
Impak pengurangan kadar GST ada kaitannya juga pada pasaran saham dimana setiap transaksi caj yang dikenakan sebelum ini akan berkurangan. Contoh dibawah adalah pembelian sesuatu saham oleh pelabur runcit yang dikenakan oleh broker dimana Caj dibandingkan antara scenario yang berbeza sebelum penukaran kadar GST daripada 6% kepada 0% termasuk caj lain yang dikenakan oleh Bursa dan Kerajaan. Dalam contoh tersebut kita mengambil kira servis caj broker yang dikenakan oleh Malacca Securities Sdn Bhd yang berkadaran 0.08% atau minima RM8.

Senario 1: dimana kadar pembelian dikenakan pembayaran sebanyak RM21.66. Ini adalah kadar GST dikenakan sebanyak 6%.
Senario 2: dimana kadar pembelian dikenakan pembayaran sebanyak RM21.00 (pengurangan sebanyak RM0.66 kadar GST sifar dikenakan)
Senario 3: dimana kadar pembelian dikenakan pembayaran sebanyak RM 8.00 sahaja selepas pengurangan GST kepada 0% dan juga perlepasan beberapa caj lain. Senario ketiga dimana Setem Duti diberi pengecualian kepada pembelian saham-saham kaunter bermodal kecil dan sederhana diantara syarikat bermodal antara RM200 Juta ke RM2 billion yang tersenarai sehingga 31 Desember 2017. * Bagi pembukaan akaun saham baru, Clearing fees juga tidak akan dikenakan sebarang caj dan tidak terhad pada mana-mana syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia.
Menerusi kajian scenario-senario yang diterangkan, pengurangan GST memberi impak yang tidak begitu ketara kepada pelabur runcit, tetapi jika pelaburan yang melibatkan modal yang besar, aliran dagangan yang begitu banyak dan pengunaan AI(Artificial Inteligence) pasti pengurangan GST akan memberi penjimatan yang banyak kepada pelabur-pelabur bermodal besar.
Tidak dinafikan bahawa scenario 3 dimana perlepasan Duti setem dan juga clearing fees memberikan impak yang sangat besar dalam pelaburan saham oleh pedagang runcit dimana pengurangan sehingga 80% daripada transaksi perbezaan antara scenario 1 dan scenario 2. Ini kerana kadar Setem Duti adalah berkadaran dengan modal yang dilaburkan dan ianya memberikan impak yang begitu ketara jika pemansuhan setem duti itu dilakukan. Ini bermaksud para pelabur runcit dapat melakukan penjimatan dalam perdagangan mereka dan boleh melakukan beberapa transaksi dengan kos transaksi yang lebih rendah berbanding sebelum ini. Namun begitu haruslah diingatkan bahawa scenario 3 termaktub pada pembelian saham syarikat khusus sahaja.
Kata kunci: # GST, # Cukai, # Caj Broker
Soalan Lazim (FAQ)
Bagaimana penurunan GST memberi kesan kepada pasaran saham?
Penurunan GST dari 6% kepada 0% mengurangkan kos operasi syarikat dan meningkatkan kuasa beli pengguna. Ini boleh meningkatkan keuntungan syarikat dan seterusnya menarik minat pelabur di Bursa Malaysia.
Adakah caj broker juga terjejas dengan perubahan GST?
Ya, caj broker yang sebelum ini dikenakan GST turut berkurangan. Ini bermakna kos transaksi jual beli saham menjadi lebih rendah untuk pelabur.
Sektor mana yang paling banyak mendapat manfaat dari penurunan GST?
Sektor pengguna (consumer) dan peruncitan (retail) paling banyak mendapat manfaat kerana kuasa beli pengguna meningkat. Sektor automotif dan hartanah juga turut mendapat kesan positif.
Bagaimana pelabur boleh manfaatkan perubahan dasar cukai?
Pelabur boleh mengenal pasti syarikat yang mendapat manfaat langsung dari perubahan dasar cukai, menganalisa kesan terhadap pendapatan syarikat, dan membuat keputusan pelaburan berdasarkan data tersebut.
Memahami kesan dasar fiskal terhadap pasaran saham adalah kemahiran penting untuk pelabur yang berjaya.
Belum ada akaun? Buka akaun CDS melalui Mahersaham untuk mula melabur di Bursa Malaysia.
Baru bermula? Muat turun Ebook Asas Saham percuma untuk fahami asas pelaburan saham.
Bacaan lanjut: