Kos Yang Terlibat Dalam Proses Jual Beli Saham

Loading...

Seperti mana perniagaan, pelaburan saham juga melibatkan kos.
Terdapat pelabur yang cuba menjual setelah melihat keuntungan mereka mencecah RM 100 tetapi akhirnya mereka hanya mampu capai breakeven point (untung tidak, rugi pun tidak).
Sebab itu penting untuk anda mengetahui kos transaksi jual beli saham dari A hingga Z. Secara umum, terdapat 4 jenis kos yang terlibat dalam pembelian saham di Bursa Malaysia iaitu:
Kos yang dikenakan berbeza mengikut jenis akaun yang anda buka dan juga syarikat broker mana yang anda pilih
Sebagai contoh, di M+ kami menawarkan cash account trading dan margin account trading.
Brokerage fee untuk cash account lebih rendah berbanding margin account.
Cas SST sebanyak 6% akan dikenakan ke atas kos brokage fee sahaja
Kadar standard untuk semua broker iaitu RM 1 untuk setiap RM 1000 pelaburan modal.
Sebagai contoh jika anda mengeluarkan modal RM 10,000 untuk membeli saham, maka stamp duty adalah sebanyak RM 10.
Jika anda keluarkan modal sebanyak RM 8,000 untuk beli saham maka stamp duty yang dikenakan sebanyak RM 8.
Rate standard untuk setiap untuk semua broker iaitu 0.03% dari jumlah contract value.
Jika anda keluarkan modal RM 10,000 maka clearing fee ialah 0.03% dari RM 10k
Kami akan tunjukkan dua jenis senario untuk berikan anda gambaran bagaiman kos transaksi akan memberi kesan kepada keuntungan anda jika modal pelaburan terlalu kecil.
Modal Permulaan dan Keuntungan
| BUY | SELL (untung 2%) | SELL (untung 5%) | |
| Trade Price | 1.00 | 1.02 | 1.05 |
| Total Shares | 900 | 900 | 900 |
| Proceed (RM) | 900.00 (A) | 918.00 (B) | 945.00 (C) |
Kos Belian dan Jualan Yang Terlibat

Untuk situasi B, anda anda dapat lihat dengan keuntungan kasar 2%, pelabur masih mengalami kerugian kerana kos jual beli saham melebihi peratus keuntungan jualan saham.
Pengiraan seperti berikut: RM 908.24 – RM 909.75 = – RM 1.51
Situasi C pula, dengan keuntungan kasar 5%, baru pelabur boleh merasa keuntungan kerana kos jual beli saham rendah dari peratus keuntungan jualan saham.
Pengiraan seperti berikut: RM 935.235 – RM 909.75 = RM 25.485
| BUY | SELL (untung 2%) | SELL (untung 5%) | |
| Trade Price | 1.00 | 1.02 | 1.05 |
| Total Shares | 5,000 | 5,000 | 5,000 |
| Proceed (RM) | 5,000.00 (A) | 5,100.00 (B) | 5,250.00 (C) |
Kos Belian dan Jualan Yang Terlibat
| Brokerage Fee (RM) | 8.00 | 8.00 | 8.00 |
| SST 6% (RM) | 0.48 | 0.48 | 0.48 |
| Stamp Duty (RM) | 5.00 | 5.00 | 5.00 |
| Clearing Fee (RM) | 1.50 | 1.53 | 1.58 |
| Total cost (RM) | 14.98 | 15.01 | 15.06 |
| Contract Price (RM) | =5, 000 + 14.98 =5, 014.98 (Situasi A: Buy) | =5, 100 – 15.01 =5, 084.99 (Situasi B: Sell) | =5, 250 -15.06 =5, 234.94 (Situasi C: Sell) |
Dengan modal pelaburan yang besar, sama ada keuntungan kasar 2% atau 5% anda masih tetap mencatatkan keuntungan. Pengiraan:
2%: RM 5, 084.99 – RM 5, 014.98 = RM 70.01
5%: RM 5, 234.94 – RM 5, 014.98 = RM 219.96
Nasihat kami, kalau nak melabur modal permulaan yang sesuai adalah RM 5 ,000 ke atas.
Kalau tidak, anda terpaksa menanggung risiko kerugian kerana kos transaksi.
Sekiranya anda masih ingin mula melabur dengan modal rendah, masih boleh tapi pastikan keuntungan kasar anda sekurang-kurangnya melebihi 3%.
Kos utama termasuk brokerage fee (yuran broker), clearing fee (0.03%), stamp duty (RM1 per RM1,000 nilai transaksi), dan SST (6% atas brokerage fee). Semua kos ini dikenakan pada setiap transaksi jual dan beli.
Kebanyakan broker mengenakan minimum brokerage fee sekitar RM8 hingga RM12 setiap transaksi. Ini bermakna walaupun anda beli saham bernilai RM100, anda tetap kena bayar minimum fee tersebut.
Kerana kos transaksi dikenakan dua kali — sekali semasa beli dan sekali semasa jual. Jika jumlah kos beli + kos jual melebihi keuntungan kasar anda, anda hanya akan breakeven atau rugi. Sebaiknya pastikan keuntungan kasar melebihi 3%.
Tidak. Setiap broker mempunyai kadar brokerage fee yang berbeza. Mplus contohnya menawarkan antara kadar terendah di Malaysia. Clearing fee dan stamp duty adalah standard yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia.
Memahami kos transaksi saham adalah penting supaya anda boleh mengira keuntungan sebenar dan menetapkan target price yang realistik untuk setiap trade.
Muat turun ebook asas pelaburan percuma kami untuk belajar lebih lanjut tentang kos dan strategi pelaburan saham.
Sudah bersedia untuk mula melabur? Buka akaun CDS anda untuk mula beli saham di Bursa Malaysia.