Kemaskini Akaun CDS dengan Aplikasi Bursa Anywhere

Loading...

Seperti yang ramai ketahui, terdapat beberapa broker yang boleh kita pilih untuk membuka akaun CDS.
Antaranya seperti Bimb Securities, Cimb Investment, Jupiter Securities, Malacca Securities dan banyak lagi.
Kemudian apabila berjaya membuka akaun CDS dengan mana-mana broker, sebenarnya Bursa Malaysia telah membina suatu Aplikasi mudah yang membolehkan kita menyemak maklumat diri kita.
Aplikasi ini lengkap dengan pelbagai maklumat pendeposit seperti alamat, maklumat bank, nombor telefon dan lain-lain.
Kadang kala akan terdapat suatu masa dimana kita mahu mengubah maklumat diri yang berkaitan dengan CDS.
Maklumat diri kita mungkin berubah mengikut masa disebabkan oleh banyak faktor yang tidak dapat dielakkan.
Maka, dengan hanya menggunakan Aplikasi Bursa Anywhere sahaja dapat membantu untuk kemaskini akaun CDS kita tentang maklumat berkaitan.
Aplikasi mudah alih ini boleh didapati dan di muat turun terus di Google Play Store atau Apple Apps Store.
Sebagai contoh, kita mahu kemaskini alamat surat-menyurat atau nombor telefon kepada yang terbaru.
Maka semunya boleh hanya dibuat dengan Aplikasi ini sahaja.
Jadi sudah tidak perlulah lagi kita ke kaunter, telefon bahagian centre atau mengisi borang untuk kemaskini segala maklumat yang dikehendaki.
Mula-mula kita mestilah muat turun Aplikasi Bursa Anywhere ini terlebih dahulu.
Kemudian kita harus mendaftar akaun di Aplikasi ini seperti panduan di bawah
Pertama: Klik ‘Register’ untuk daftarkan akaun bagi Log masuk kali pertama

Kedua: Pilih jenis identiti samada nombor ic, ic tentera atau pasport

Ketiga: Masukkan nombor ic

Keempat: Kemudian masukkan tarikh lahir, jantina, alamat email dan nombor telefon

Kelima: Selepas itu, cipta Username dan Password. Klik ‘Next’

Keenam: Isikan jawapan bagi 3 soalan keselamatan yang dipilih. Dan siap!

Ketujuh: Klik ‘Agree’ untuk teruskan pendaftaran

Kelapan: Apabila pendaftaran berjaya dan pengesahan TAC, akan dapat lihat dashboard CDS

Kesembilan: Selepas itu kita akan dapat lihat dashboard senarai akaun CDS dan nilai portfolio kita

Kemudian selesai!
Dengan adanya Aplikasi Bursa Anywhere ini, maka kita sudah boleh kemaskini maklumat akaun CDS secara online sahaja.
Jadi kita boleh kemaskini segala maklumat CDS pada bila-bila masa sahaja dengan segera.
Anda boleh mengemaskini maklumat akaun CDS secara online melalui aplikasi Bursa Anywhere yang boleh dimuat turun dari App Store atau Google Play Store tanpa perlu ke kaunter broker.
Melalui Bursa Anywhere, anda boleh mengemaskini maklumat peribadi seperti alamat, nombor telefon, emel, dan maklumat bank yang dikaitkan dengan akaun CDS anda.
Ya, aplikasi Bursa Anywhere adalah percuma untuk dimuat turun dan digunakan oleh semua pemegang akaun CDS di Malaysia untuk menguruskan akaun pelaburan mereka.
Ya, pelabur boleh mempunyai lebih dari satu akaun CDS dengan broker yang berbeza — setiap akaun boleh digunakan untuk objektif pelaburan yang berlainan seperti dagangan jangka pendek dan pelaburan jangka panjang.
Sudah tahu cara kemaskini akaun CDS — jika anda belum ada akaun CDS lagi, ini masa yang sesuai untuk memulakannya.
Buka akaun CDS hari ini bersama Mahersaham untuk mula melabur di Bursa Malaysia.
Muat turun ebook percuma Mahersaham untuk pelajari asas pelaburan saham dari sifar.
Bacaan lanjut: