Transfer Share Guna Aplikasi Bursa Anywhere

Loading...

Pernahkah anda mengalami situasi seperti berikut;
Buka akaun cds dengan beberapa broker dan mempunyai pegangan saham dalam setiap akaun cds yang dibuka.
Anda membuat keputusan untuk memindahkan pegangan saham yang berada dalam akaun Maybank kepada akaun mplus.
Sebelum itu, pernahkah anda mendengar applikasi terbaru dari Bursa Malaysia iaitu Bursa Anywhere?
Ya, aplikasi Bursa Anywhere ini memudahkan anda untuk transfer share dari satu akaun ke akaun yang lain.
Benar, kini anda tidak perlu lagi untuk mengisi borang kerana semuanya boleh dibuat secara online.
Jika anda mempunyai pegangan saham dan ingin memindahkannya, berikut merupakan cara untuk memindahkan saham.
Pemindahan ini boleh digunakan melalui aplikasi Bursa Anywhere!







Setiap jenis saham yang dipindahkan mempunyai transaksi cas sebanyak rm10.
Contohnya jika anda memindahkan saham Inari, FGV dan Top Glove , akan dikenakan cas sebanyak rm30.


Maka selesailah proses untuk memindahkan saham anda kepada akaun cds yang lain.
Semuanya bergantung kepada objektif pelaburan dan kesesuaian pelabur dalam menguruskan akaun cds yang memiliki lebih dari satu.
Mungkin anda mahu menguruskan portfolio pelaburan anda dengan lebih tersusun.
Ini memudahkan anda untuk monitor kesemua pelaburan dalam satu akaun.
Mungkin juga anda mahu mengasingkan pelaburan mengikut objektif.
Contohnya, saham untuk jangka masa pendek dalam satu akaun, manakala untuk saham jangka panjang anda letakkan dalam satu akaun.
Anda tidak perlu lagi untuk mengisi borang untuk memindahkan saham ke akaun cds yang lain.
Semuanya boleh dibuat pada hujung jari sahaja iaitu secara online.
Aplikasi Bursa Anywhere juga memudahkan anda untuk mengemaskini maklumat akaun cds.
Jika anda masih belum mempunyai akaun cds bersama broker Malacca Securities atau dikenali sebagai Mplus, ayuh buka bersama kami di Mahersaham.
Anda boleh memindahkan saham ke akaun CDS lain secara online melalui aplikasi Bursa Anywhere tanpa perlu mengisi borang fizikal atau pergi ke kaunter broker.
Ya, biasanya terdapat caj pemindahan yang dikenakan oleh broker dan Bursa Malaysia untuk setiap transaksi transfer saham antara akaun CDS — kadar bergantung kepada broker masing-masing.
Antara sebab utama termasuk mahu menguruskan portfolio dengan lebih tersusun, mengasingkan pelaburan jangka pendek dan jangka panjang, atau memindahkan pegangan ke broker dengan yuran dagangan yang lebih rendah.
Proses transfer saham melalui Bursa Anywhere biasanya mengambil masa 1-3 hari bekerja bergantung kepada broker dan jenis pemindahan yang dibuat.
Sudah tahu cara transfer saham — jika anda belum ada akaun CDS lagi, ini masa yang sesuai untuk membuka akaun pertama anda.
Buka akaun CDS hari ini bersama Mahersaham untuk mula melabur di Bursa Malaysia.
Muat turun ebook percuma Mahersaham untuk pelajari asas pelaburan saham dari sifar.
Bacaan lanjut: