Kenali Syarikat NGGB

Loading...

Dalam segmen kenali syarikat kali ini saya bawakan anda sebuah syarikat yang listed di BURSA MALAYSIA iaitu NGGB dan merupakan saham yang diklafikasikan sebagai PATUH SYARIAH.
Bagi kaunter-kaunter PATUH SYARIAH adalah simbol pulak selepas nama kaunter.
Itu cara unuk mengenali SYARIAH or NON SYARIAH seperti NGGB di bawah ini :

NGGB adalah NEXTGREEN GLOBAL BERHAD.
Ia wujud bermula pada tahun 1982.
Ia juga sebelum ini dikenali sebagai BHS INDUSTRIES BHD.
NGGB permulaanya adalah sebuah syarikat yang menjalankan bisnes berkaitan printing.

Pada tahun 2015 NGGB telah mempelbagaikan aktiviti perniagaannya untuk menghasilkan produk pulpa dan kertas yang boleh diperbaharui.
Satu langkah yang proaktif dalam mengekalkan momentum syarikat itu sendiri.
Dalam NGGB ia terbahagi kepada beberapa bahagian seperti core business, subsidiary entities, core business functions and common support functions running through the organisation seperti gambar di bawah :

Ia satu objektif untuk mengimbangi nilai pemegang saham, kebajikan pekerja, komuniti dan persekitaran di mana ia beroperasi.
Antara usaha yang telah di buat adalah :
Dalam visi NGGB iaitu “To create a greener global economy while delivering sustainable development. ”
Kita boleh lihat syarikat ini komited dengan apa mereka perkatakan.
Mereka komited dengan adanya satu projek yang di kenali sebagai Green Technology Park.

Green Technology Park adalah taman perindustrian Eco-inovatif yang didorong oleh Global Green Growth.
Ia adalah untuk menuju kearah “Green Civilation” dan mewujudkan masa depan yang hijau.
Teras projek ini adalah merevolusikan industri percetakan dan penerbitan dengan menyediakan sumber baru pulpa dan kertas yang mesra alam dan berkesinambungan, sambil menyediakan Malaysia dengan keselamatan berhubung kawalan sumber bekalan kertas.
Fakta yang perlu kita tahu adalah pengeluaran kertas dan papan kertas kebangsaan pada tahun 2014 berjumlah 1,943 ribu tan metrik manakala penggunaannya ialah 3.177 juta tan yang mengakibatkan Malaysia menjadi pengimport bersih kertas dan kertas kertas pulpa, dan dengan itu kehilangan berbilion ringgit setahun disebabkan oleh kos pengimportan.
Penyelesaiannya adalah dengan menggunakan teknologi yang dipatenkan oleh rakyat Malaysia untuk menggunakan Empty Fruit Bunches (“EFB”) dengan berkesan, yang merupakan sumber bahan mentah yang banyak terdapat saat ini yang dihasilkan oleh Industri Minyak Sawit tempatan.
GTP adalah di pekan, Pahang yang akan dibina di atas kawasan seluas 410 ekar. Pembangunan ini terdiri daripada 5 fasa dengan bangunan sampingan dan akan mengambil masa sekitar 5 tahun (sehingga 2020) untuk disiapkan.
5 kategori utama GTP ini adalah :

Kredit NGGB website
– Pulp and paper mill with production capacity of 10,000 metric tons of woodfree paper using the PRC RBMP Technology; and
– Pulp and paper mill with production capacity of 5,000 metric tons of tissue paper using the PRC RBMP Technology.
– Pulp and paper mill with production capacity of 100,000 metric tons of box liner paper using the PRC RBMP Technology; and
– Pulp and paper mill with production capacity of 120,000 metric tons of corrugated paper using the PRC RBMP Technology.
construction and development of pulp and paper mill with production capacity of 65,000 metric tons of tissue paper using the PRC RBMP Technology.
Feed mill with production capacity of 30,000 metric tons of agro-feed using the microbial fermentation technology; and
– Fertiliser plant with production capacity of 50,000 metric tons of fertiliser using the by-products produced from the biogas plant.
earmarked for light industries, involves the construction and development of packaging and printing factories.
The Renewable Paper Pulp Products produced in GTP Pekan such as wood free paper, tissue paper, corrugated paper and box liner paper can be used for the packaging and printing industries.



Jika kita lihat satu yang positif tentang NGGB. QR terbarunya bertarikh 22/11/2018 keuntung meningkat sehingga 102%. Syarikat macam ini yang pelabur mencari di BURSA MALAYSIA. Jika kita lihat :

Kredit : Malaysiastock biz
67% SETAHUN. Apa perasaan anda?
(Disclaimer : Ini adalah sekadar contoh dan saya tidak memberitahu anda saham bahawa saham ini patut beli atau tidak. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda)
Yang best dalam saham selain keuntungan, kita juga boleh tahu antara share holder terbesar dalam syarikat tersebut. Yang menarik minat saya dalam 30 LARGEST SHAREHOLDER NGGB adalah FELDA – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan.


Artikel ini kami hanya mengajar anda untuk mengenali syarikat NGGB lebih mendalam. Cara ini membuatkan anda yakin untuk membuat transaksi BUY/SELL kerana alasan dan kajian yang mendalam telah di buat.
Ini hanya contoh sebuah syarikat yang PATUH SYARIAH ada di BURSA MALAYSIA dari 1000 lebih kaunter yang ada.
NGGB ialah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia yang diklasifikasikan sebagai patuh Syariah dan terlibat dalam bidang green technology — ia merupakan salah satu daripada lebih 1000 kaunter yang ada di Bursa.
Saham patuh Syariah boleh dikenali melalui simbol khas yang dipaparkan selepas nama kaunter dalam platform dagangan seperti Mplus — senarai penuh dikemaskini oleh Suruhanjaya Sekuriti setiap tahun.
Mengenali syarikat secara mendalam membuatkan anda yakin untuk membuat keputusan BUY atau SELL berdasarkan kajian dan alasan yang kukuh, bukan sekadar ikut-ikutan atau dengar khabar angin.
Antara aspek utama termasuk latar belakang perniagaan, struktur pemegang saham utama, prestasi kewangan syarikat, dan status patuh Syariah — semua ini boleh disemak melalui platform broker atau laporan tahunan.
Dah tahu cara mengenali syarikat sebelum melabur? Buka akaun CDS anda melalui panduan langkah demi langkah di sini untuk mula membuat kajian dan melabur, dan muat turun ebook asas saham percuma untuk pelajari asas analisis fundamental.
Bacaan lanjut: