Bina Screener Backtest – Cara Buat Trading Sistem & Uji Strategi

Loading...

Ramai trader nak bina screener backtest sendiri kerana ia beri lebih kawalan dan keyakinan. Dengan sistem ini, anda boleh uji strategi dan pilih kaunter saham lebih mudah
Alhamdulillah dah selesai sesi Traders Gathering tadi yang dibuat secara hybrid. Mereka yang tak dapat hadir bersemuka, boleh dengar secara online.
Cuma untuk peserta online, saya hanya jenguk sekali sekala kalau ada yang bertanya. Kadang-kadang sesi online pun sangat membantu untuk mereka yang tinggal jauh.
Topik pembelajaran harini nampaknya diminati ramai golongan professional terutama sekali mereka yang memang IT savvy dan ada background programming. Langkah asas untuk bina screener backtest adalah guna Pine ScriptSaya tunjukkan satu persatu cara untuk guna pinescript.
Mereka nampak banyak kelebihan di sebalik screener yang dihasilkan sendiri.
Tak perlu bergantung sepenuhnya kepada tradingview dan nak kena subscribe premium dengan harga mahal ataupun guna strategi orang lain.
Buat masa sekarang, tradingview masih diperlukan sebab semua data diambil dari situ.
Belajar buat screener sebenarnya boleh bagi satu kepuasan kepada diri sendiri sebab mereka akan rasa lebih yakin dengan keupayaan diri untuk trade menggunakan strategi yang mereka rasa dapat bagi keuntungan yang lebih besar.
Sebab lain mungkin mereka nak nampak lebih jelas bagaimana screener dihasilkan.
Sebelum ni mungkin main tekan-tekan support bot, terus nampak ada indikator-indikator keluar dekat chart, membuatkan mereka rasa ragu-ragu nak ikut.
Tapi lepas dah belajar, terus hilang rasa ragu-ragu.
Mereka juga dapat apply strategi yang ada dalam support bot dengan lebih yakin, tahu dekat mana nak buy, dan dekat mana nak sell atau cut loss.
Lama-lama, mereka nampak rupa-rupanya ada loopholes yang boleh ditambahbaik untuk jadikan screener lebih maju dan terkehadapan berbanding screener sedia ada.
Mungkin ramai orang sangka, belajar harini, balik terus boleh hasilkan screener overnight.
Sebenarnya tak, nak buat screener makan masa berbulan-bulan.
Ada antara peserta yang hadir harini saya rasa lebih banyak perkara yang mereka tahu berbanding saya.
Boleh kata expert dalam dunia programming samada secara langsung atau tak langsung.
Mungkin mereka hadir untuk lengkapkan beberapa aspek yang tak pasti apa solusi untuk permasalahan tertentu supaya tak tersilap langkah ketika menganalisa data.
Ataupun mungkin mereka nak tahu shortcut dan cara prompt yang betul ketika menggunakan AI.
Kesimpulannya, bila anda bina screener backtest, anda tak lagi bergantung pada orang lain
Namun begitu,Saya juga ada buka peluang sekiranya mereka berminat nak buat usahasama dengan saya.
Mungkin dengan cara adakan kerjasama dengan pakar-pakar programming dalam kalangan klien sedikit sebanyak dapat tambahkan lagi potential income stream kepada saya dan strategic partner tersebut.
Seterusnya boleh diusahakan ke skala yang lebih besar. Boleh roger saya https://t.me/m/5RjIMjFeZDM1
Backtest, saya ajar dalam sesi sebelah petang lebih kepada cara nak uji samada screener betul-betul ikut dan apply strategi yang dimasukkan.
Diharapkan sesi kali ini menjadi satu titik tolak kepada dimensi baru dalam dunia screener saham.
Bukan sahaja untuk trader, malah untuk orang lain yang ada idea-idea baru untuk memantapkan lagi screener saham di masa depan.
Untuk traders gathering bulan depan, saya nak sekalikan dengan webinar dan rakaman kelas kepada beberapa pakej harga sebagai jualan akhir tahun.
Siapa yang nak attend traders gathering bulan depan akan dapat hadir webinar dan juga rakaman MTG bulan depan (untuk yang hadir bersemuka).
Promosi akan dibuka tidak lama lagi. Itu sahaja dari saya untuk kali ini.
Semoga bermanfaat.
Pakej GOLD Mahersaham – Untuk Anda Yang Serius Nak Jana Untung Konsisten di Pasaran Saham!
Sesuai untuk newbie dan pelabur/trader yang tak ada masa nak buat kajian dan monitor saham.
Screener saham ialah alat yang menapis saham berdasarkan kriteria tertentu seperti harga, volum, indikator teknikal dan fundamental. Ia membantu trader menjimatkan masa dengan mengenal pasti saham yang memenuhi syarat strategi mereka secara automatik tanpa perlu semak satu persatu.
Backtesting ialah proses menguji strategi trading menggunakan data harga lampau untuk melihat sama ada strategi tersebut menguntungkan. Ia penting kerana membolehkan trader menilai keberkesanan strategi tanpa mempertaruhkan wang sebenar, serta mengenal pasti kelemahan sebelum masuk pasaran.
Antara platform popular ialah TradingView, ChartNexus, dan Amibroker. Setiap platform mempunyai kelebihan tersendiri — TradingView mudah digunakan untuk pemula, manakala Amibroker lebih sesuai untuk trader yang mahu membina sistem trading automatik yang kompleks.
Sekurang-kurangnya 3 hingga 5 tahun data historis diperlukan untuk backtest yang bermakna. Data ini perlu merangkumi pelbagai keadaan pasaran termasuk trend naik, trend turun, dan pasaran mendatar supaya strategi dapat diuji dalam semua senario.
Membina screener dan melakukan backtest adalah langkah penting untuk menjadi trader yang sistematik dan berdisiplin. Dengan strategi yang telah diuji, anda boleh trading dengan lebih yakin dan mengurangkan keputusan emosi.
Buka akaun CDS anda hari ini melalui panduan langkah demi langkah di sini untuk mula melabur dalam pasaran saham.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari awal.