Kenapa EPS Growth Adalah “Catalyst” Paling Ampuh Untuk Harga Saham Naik mencanak?

By Neo Capitalist2 min bacaan
Kenapa EPS Growth Adalah “Catalyst” Paling Ampuh Untuk Harga Saham Naik mencanak?
This article is also available in English
A

Dalam dunia saham, banyak faktor yang boleh tolak harga saham naik — news, sentimen, laporan analisis… Tapi antara yang PALING POWERFUL?

EPS Growth (Earnings Per Share Growth). Kenapa?

1.Cerminan Prestasi Syarikat

EPS ialah keuntungan bersih yang diagihkan kepada setiap unit saham. Bila EPS meningkat setiap suku atau setiap tahun, itu petanda syarikat semakin untung — bukan sekadar cakap kosong, tapi fakta kewangan.

2.Menarik Minat Big Player (Institusi)

Fund manager dan pelabur institusi suka syarikat yang consistently grow earnings. Bila mereka masuk beli dalam jumlah besar, harga saham akan melonjak.

3.Keyakinan Pelabur Runcit Naik

Retail investor biasanya ikut jejak institusi. Bila nampak EPS cantik, ramai sanggup pegang saham lebih lama — ini kurangkan tekanan jualan dan bantu naikkan harga.

4.Valuation Jadi Lebih ‘Justified’

Kalau EPS naik, PE Ratio akan jadi lebih rendah (jika harga tak berubah). Ini buat saham nampak lebih murah berbanding potensi, dan menarik lebih banyak pembeli

Contoh Real: Lihat saham-saham seperti Inari, Vitrox atau Greatech masa tengah grow EPS bertahun-tahun — harga naik bukan sebab hype semata, tapi backed by real earnings growth.

Kesimpulan

EPS Growth adalah salah satu catalyst paling kuat untuk mendorong kenaikan harga saham kerana ia mencerminkan prestasi sebenar syarikat. Pelabur bijak sentiasa memantau pertumbuhan EPS sebagai penunjuk utama sebelum membuat keputusan pelaburan.

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah maksud EPS Growth dan mengapa ia penting?

EPS Growth merujuk kepada kadar pertumbuhan keuntungan bersih per saham (Earnings Per Share) dari satu tempoh ke tempoh lain. Ia penting kerana menunjukkan sama ada syarikat semakin untung atau sebaliknya, dan pertumbuhan EPS yang konsisten biasanya mendorong harga saham naik.

Bagaimana cara mengira EPS Growth sesuatu syarikat?

EPS Growth dikira dengan formula: ((EPS Terkini - EPS Sebelum) / EPS Sebelum) x 100%. Contohnya, jika EPS suku tahun ini RM0.10 dan suku sebelumnya RM0.08, maka EPS Growth = ((0.10 - 0.08) / 0.08) x 100% = 25%.

Adakah EPS Growth sahaja cukup untuk membuat keputusan pelaburan?

Tidak. Walaupun EPS Growth adalah petunjuk yang kuat, pelabur perlu mengambil kira faktor lain seperti PE ratio, revenue growth, margin keuntungan, hutang syarikat, dan sentimen pasaran untuk membuat keputusan pelaburan yang lebih menyeluruh.

Berapa kadar EPS Growth yang dianggap baik untuk sesuatu saham?

Secara umum, EPS Growth melebihi 15-20% setahun dianggap baik. Namun, yang lebih penting ialah konsistensi pertumbuhan merentasi beberapa suku tahun berturut-turut. EPS Growth yang tinggi tetapi tidak konsisten mungkin kurang meyakinkan berbanding pertumbuhan sederhana yang stabil.


EPS Growth adalah kunci utama dalam analisis fundamental saham. Dengan memahami metrik ini, anda boleh mengenal pasti saham berpotensi tinggi sebelum pasaran bertindak balas terhadap pertumbuhan keuntungan syarikat.

Buka akaun CDS anda hari ini melalui panduan langkah demi langkah di sini untuk mula melabur dalam pasaran saham.

Muat turun ebook asas saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari awal.

Bacaan Lanjut:

Kongsi: