5 Kesilapan Utama Newbie Dalam Pasaran Saham — Dan Cara Elak Daripadanya
<p>Bagi Newbie yang berhasrat nak Melabur dalam pasaran saham, ia boleh menjadikan satu usaha untuk tambah pendapatan yang menguntungkan 💰 — tetapi bagi ramai pelabur baru @ newbie, ia juga…</p>

Bagi Newbie yang berhasrat nak Melabur dalam pasaran saham, ia boleh menjadikan satu usaha untuk tambah pendapatan yang menguntungkan 💰 — tetapi bagi ramai pelabur baru @ newbie, ia juga boleh menjadi medan penuh perangkap dan kesilapan mahal yang perlu dibayar. Ramai newbie yang terinspirasi oleh kisah “cepat kaya” Full time trader,di media sosial, namun akhirnya kecewa apabila modal menyusut sebelum sempat menikmati keuntungan.
Untuk bantu anda elak daripada buat kesilapan yang sama, artikel kali ni kami tekankan lima kesilapan paling biasa yang dilakukan oleh newbie melalui pengalaman kami, berserta cara bagaimana anda boleh mengatasinya.
1. Tiada Pelan Pelaburan Yang Jelas
Ramai pelabur baru mula melabur tanpa ada strategi atau hala tuju yang jelas. Newbie sering membeli saham hanya kerana dengar “ramai orang tengah beli” atau “nampak macam nak naik”. Mana dia dapat tips? – Forum dan group saham dalam FB.
Tanpa pelan pelaburan, anda sebenarnya sedang berjudi, bukan melabur. Untuk seorang newbie, ini amat berisiko.
Sebelum beli sebarang saham, tanya diri anda:
- Apa matlamat pelaburan saya? (jangka pendek atau panjang?)
- Berapa banyak risiko saya sanggup tanggung?
- Apa strategi keluar saya jika harga naik atau turun?
✅ Tip: Tulis pelan pelaburan anda dalam bentuk “trading plan” atau “investment checklist”. Bila ada pelan, keputusan anda akan lebih tenang dan rasional — bukan ikut emosi.
2. Kejar harga dan Masuk lambat dalam trend
Antara kesilapan paling besar pelabur baru ialah masuk pasaran terlalu lewat, bila harga saham sudah pun melonjak tinggi. Fenomena ini dikenali sebagai FOMO (Fear of Missing Out).
Harga Belian Newbie masa ni merupakan Sell Que Smart Money.
Contohnya, bila saham tertentu viral di media sosial, ramai pelabur baru mula beli tanpa semak harga semasa atau potensi sebenar syarikat. Akibatnya, mereka beli di puncak — dan bila harga mula jatuh, mereka panik dan menjual rugi 😓. Kesalahan ini sering dilakukan oleh newbie.
✅ Tip: Jangan kejar saham yang sudah terlalu “hype”. Fokus pada saham yang fundamental kukuh tapi masih berada pada harga undervalued. Dalam arena pelaburan saham, Kesabaran lebih menguntungkan daripada tindakan impulsif.
3. Membiarkan Emosi Membuat Keputusan
Pasaran saham bukan sekadar tentang angka — ia juga ujian kawalan diri. Emosi seperti takut, tamak, dan terlalu yakin boleh menghancurkan prestasi pelaburan anda.
Contohnya:
- Takut rugi → terus jual walaupun saham masih sihat secara fundamental.
- Tamak → beli banyak tanpa pengurusan risiko kerana yakin “kali ni pasti naik”.
- Terlalu yakin → abaikan analisis dan percaya rasa hati semata-mata.
✅ Tip: Sentiasa ikut strategi yang telah anda tetapkan. Jika perlu, gunakan trading journal untuk catat sebab anda masuk atau keluar sesuatu posisi — supaya anda belajar dari keputusan sendiri, bukan dari emosi newbie.
4. Gagal bina Portfolio yang Pelbagai (Diversifikasi)
Pelabur baru sering letak semua modal dalam satu saham atau satu sektor sahaja. Masalahnya, bila saham itu jatuh — seluruh portfolio ikut terjejas 📉. Kesalahan ini berlaku kerana newbie kurang pengalaman.
Diversifikasi membantu mengurangkan risiko. Jika satu saham jatuh, yang lain boleh menampung kerugian.
✅ Tip: Pecahkan pelaburan anda kepada beberapa kategori:
- Saham besar (blue-chip) untuk kestabilan-makan dividend
- Saham pertumbuhan (growth) untuk potensi tinggi-Buy Low Sell High
- Dana indeks atau ETF untuk kepelbagaian automatik
Ingat — jangan letak semua telur dalam satu bakul 🥚. This is a common mistake for any newbie.
5. Malas dan tak Reti Nak Buat Kajian Sendiri
Satu lagi kesilapan besar: percaya bulat-bulat pada rumor dan tip. Ramai pelabur baru beli saham kerana “kawan Kat Fb kata bagus” atau “influencer TikTok cakap boleh naik gila-gila”.
Masalahnya, kebanyakan “tip” ini datang tanpa sebarang analisis sebenar. Bila harga tak naik seperti dijangka, pelabur terperangkap dengan saham rugi. Lagi naya kalau terkena dengan saham pump and dump oleh operator yang newbie percayai.
✅ Tip: Sebelum beli, buat penyelidikan sendiri (DYOR). Semak laporan kewangan, pertumbuhan pendapatan, hutang, dan prospek industri. Anda tak perlu jadi pakar — cukup faham asas fundamental syarikat tersebut. Lepas tu baru guna technical Analysis untuk cari entry terbaik di permulaan trend. Ingat, Saham kalau FA dia baik macam mana sekalipun, tapi overall trend masih downtrend, jangan sesekali sentuh, lari jauh-jauh, laju-laju — terutama jika anda seorang newbie.
Pelaburan Saham Perlukan Disiplin, Bukan berserah Nasib Semata-mata
Tiada jalan pintas untuk berjaya dalam pelaburan. Setiap pelabur hebat — dari Warren Buffett hingga Minervini — belajar daripada kesilapan dan membina sistem yang disiplin.
Jika anda boleh elakkan lima kesilapan di atas, anda sudah selangkah ke hadapan berbanding majoriti pelabur baru di luar sana.
Ingat:
💬 “Dalam pasaran saham, yang paling sabar dan berdisiplin — itulah “the real winner”, bukan yang paling hebat baca chart.
Belum Ada CDS Akaun? Apa kata anda Buka Satu PERCUMA dengan Mahersaham Disini
🎯Baru Nak Mula Melabur Saham? Jangan Ulang Kesilapan yang Newbie Selalu Sangat Buat
Ramai pelabur baru rugi bukan sebab saham tu tak bagus — tapi sebab tiada bimbingan yang betul.
Di Mahersaham, kami percaya ilmu ialah pelaburan terbaik sebelum modal.
Dengan kepakaran Tuan Maher Ilham (MSTA, CFTe) — seorang tenaga pengajar bertauliah dalam bidang Technical Analysis & Market Strategy, anda akan dibimbing langkah demi langkah dalam memahami dunia pelaburan sebenar.
💼 Melalui Pakej Gold Mahersaham, anda akan:
✅ Belajar dari asas hingga teknik advanced — sesuai untuk pelabur baru & yang mahu naik level.
✅ Faham cara analisis saham di Bursa Malaysia & NYSE dengan mudah.
✅ Nikmati modul interaktif, praktikal, dan bahasa yang senang faham.
✅ Semua ini pada harga mampu milik – harga marhein, nilai premium.
🚀 Jangan tunggu rugi baru nak belajar.
Mulakan perjalanan pelaburan anda bersama Mahersaham hari ini — ilmu jelas, hala tuju nyata, risiko terkawal. Subscribe Pakej Gold Anda Disini,Dan Mulakan Perjalanan Sebagai Seorang Pelabur Baru Yang Berjaya: /pakejgold>
SUBSCRIBE PAKEJ GOLD ANDA DISINI
