Khabib Simbolik Juara Kekayaan

Ucapan Khabib Nurmagomedov dalam Faith Event, menjawab salah satu soalan hos.

“Adakah kekayaan dan kemasyhuran telah mengubah anda?”

Jawab beliau, “Setiap orang melihat duit dari pelbagai sudut pandang berbeza.

Khabib simbolik juara kekayaan — satu gelaran yang bukan datang dari kekayaan materi semata-mata. Ia datang dari reputasi, prinsip hidup, dan legasi luar biasa seorang juara UFC yang tidak pernah kalah. Artikel ini menyelami kenapa Khabib bukan hanya atlet, tapi ikon kejayaan dan harga diri yang dihormati seluruh dunia.
Ucapan Khabib Nurmagomedov dalam Faith Event, menjawab salah satu soalan hos.

“Adakah kekayaan dan kemasyhuran telah mengubah anda?”

Jawab beliau, “Setiap orang melihat duit dari pelbagai sudut pandang berbeza.

Ia takkan datang sendirian, dan akan datang dengan pakej masalah
Cabaran Dalam Fasa Kekayaan
Kekayaan bukan dapat dengan mudah.

Perlu berkorban masa untuk dapat kekayaan.
Mungkin sampai tak ada masa dengan keluarga dan anak-anak.

Akan diuji dengan godaan, sifat tamak dan cabaran-cabaran lain yang tak semestinya boleh berikan seseorang rasa bahagia.

Duit penting, tapi kekayaan bukan segala-galanya. Jika guna kekayaan dengan cara yang betul, boleh berikan rasa gembira.

Namun, ada juga orang-orang miskin yang gembira, cukup seadanya.

Dalam temubual yang lain, beliau mengatakan,

“Berapa banyak roti yang kita boleh makan untuk isi perut, dan kita cuma perlukan satu katil di malam hari untuk tidur.”

Maksudnya, walaupun seseorang inginkan harta kekayaan yang banyak, tapi dia cuma dapat makan beberapa keping roti sehari dan tidur di atas satu katil sahaja.

Coach beliau iaitu Javier Mendez apabila ditanya soalan yang sama, beliau jawab,

“Jika kau maksudkan kekayaan, menjadikan dia seorang yang sombong dan lupa diri, tidak sama sekali.
Kaya Boleh Mengubah Orang Jadi Lebih Baik
Tetapi, Khabib berubah menjadi manusia yang lebih baik.

Bila dia kaya, dia lebih bertanggungjawab, support team, belanja makan minum, tempat tinggal, penerbangan.

Dan menanggung kos latihan untuk team dia yang nilainya mencecah jutaan ringgit.

Apa yang dulu Khabib tak mampu buat, sekarang dia boleh buat untuk bantu orang lain”.

Petikan di atas diambil dari laman peribadi Facebook Reels Dr. Kamilin Jamilin.

Ucapan dari seorang Hero dan Champion MMA yang membawa nilai-nilai islamik yang sangat memberikan inspirasi dan semangat kepada semua orang.

Dalam setiap arena yang kita ceburi, hatta tinju dan martial arts sekalipun, pasti ada ruang untuk kumpul sebanyak mungkin pahala sebagai bekal persediaan di negeri abadi.

Dengan harta kekayaan, kita jadi orang yang lebih baik dan sentiasa membantu orang lain yang memerlukan.

Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang memiliki kekayaan jiwa.

Nak belajar cara buat duit dengan saham, tapi belum ada akauncds, klik link di bawah.

/pakejgold>