Konsep Supply and Demand Dalam Saham

Loading...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Hai korang!
Semoga ceria-ceria selalu dan sihat bersama yang tersayang.
Artikel kali ini saya nak kongsikan sedikit ilmu berkenaan supply and demand (pembekalan dan permintaan) dalam saham.

Seperti yang kita tahu, dua konsep ini merupakan konsep yang tidak asing dalam dunia urus niaga ataupun sektor perniagaan.
Sudah pasti harga barangan berkait rapat dengan supply and demand.
Sekiranya permintaan (demand) tinggi dan bekalan (supply) kurang maka harga barang akan naik.
Tetapi bagimana pula konsep ini dalam aplikasi dunia saham?
Jom kita bongkar bersama.
Sebelum mulakan penceritaan mengenai supply dan demand dalam saham ni, saya nak tanya korang dahulu.
Korang pernah dengar tak konsep ini?
Kat mana korang dengar ?
Bila kita kaitkan dengan pasaran saham, di mana kita jumpa konsep ini?
Sebenarnya konsep ini kita akan jumpa di dalam teori 3 Fundamental Law of Wyckoff.
Apa 3 laws yang dinyatakan tu?
Secara ringkas, sekiranya sesuatu saham itu mempunyai demand yang tinggi dan pada masa yang sama supply sedikit maka harga saham akan naik.
Begitu juga apabila saham itu mempunyai demand yang sedikit dan pada masa yang sama supply banyak maka harga saham akan jatuh.
Jom fahami dengan lebih mendalam.
Siapa demand?
Demand adalah buyer (pembeli saham)
Di mana apabila buyer ramai atau buyer agresif mungkin jugak buyer suka buy up maka harga akan naik.
Formula mudah macam ni.
Demand naik = buyer ramai = harga saham akan naik.
Siapa supply?
Supply adalah seller (penjual saham)
Kalau seller ramai agak-agak harga saham boleh naik tak?
Memang tak boleh.
Di mana apabila seller ramai sudah pasti harga saham akan jatuh.
Formula mudah macam ni.
Supply naik = seller ramai = harga saham akan jatuh
Supply dan demand juga boleh dikaji melalui volume dan candlestick.
Bagaimana?
Korang boleh rujuk chart saham masing-masing.
1.Candlestick hijau
2. Candlestick merah
3.Volume
Volume juga menunjukkan berapa banyak lot yang berlaku transaksi jual beli saham.
Sebab itu ia juga menunjukkan supply dan demand.
Sekiranya candlestick hijau dan volume sedikit itu juga menggambarkan sebenarnya demand pun tidak banyak.
Sama juga apabila candlestick merah dan volume kecil itu menunjukkan sebenarnya seller dah tak kuat.
Konsep supply and demand adalah asas penting dalam pelaburan saham. Apabila demand melebihi supply, harga saham cenderung naik. Sebaliknya, apabila supply melebihi demand, harga akan turun. Memahami hubungan ini membantu pelabur membuat keputusan yang lebih bijak.
Pastikan korang lakukan kajian sebelum membeli atau menjual sesuatu saham dan fahami market action melalui volume dan price.
Supply merujuk kepada jumlah saham yang ingin dijual oleh pemegang saham, manakala demand merujuk kepada jumlah saham yang ingin dibeli oleh pelabur. Interaksi antara kedua-dua kuasa ini menentukan harga pasaran sesuatu saham.
Anda boleh mengenal pasti supply dan demand melalui analisis volume dan candlestick. Candlestick hijau dengan volume tinggi menunjukkan demand kuat, manakala candlestick merah dengan volume tinggi menunjukkan supply kuat.
Tidak. Supply and demand adalah salah satu faktor penting, tetapi pelabur juga perlu mempertimbangkan analisis teknikal, analisis fundamental, dan pengurusan risiko sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.
Supply and demand zone merujuk kepada kawasan di mana berlaku ketidakseimbangan antara pembeli dan penjual, manakala support dan resistance merujuk kepada paras harga di mana harga cenderung melantun atau berbalik arah.
Jika anda ingin mula melabur dalam saham, langkah pertama ialah buka akaun CDS dengan Mahersaham hari ini. Dapatkan juga ebook percuma saham untuk memahami asas pelaburan dari zero.