Beza Kos Intraday & Swing, Kenapa Perlu Exclude Intraday?

Loading...

Secara umumnya semua orang mengetahui bahawa Malacca Securities Sdn Bhd atau MPlus menawarkan brokerage fee atau kos jual beli saham antara yang termurah berbanding broker lain.
Bagi mereka yang buka akaun CDS Cash Upfront, Mplus memberikan 2 rate yang berbeza untuk anda iaitu rate Intraday dan rate Swing.

Brokerage fee yang dikenakan oleh MALACCA SECURITIES adalah seperti berikut:
| INTRADAY | 0.05% | Minima RM8 |
| SWING | 0.08% | Minima RM8 |
Jadi, setiap kali berlaku transaksi BUY dan SELL pelabur akan dikenakan caj brokerage fee dan beberapa caj lain. Boleh baca lebih lanjut disini : Caj Terlibat Dalam Saham
Untuk artikel ini kita hanya akan fokuskan pada BROKERAGE FEE sahaja agar anda lebih mudah faham apa yang akan berlaku.
Sebelum kita teruskan kepada main point untuk artikel ini iaitu “Kenapa Perlu Exclude Intraday” adalah lebih baik untuk anda faham apa yang dikatakan sebagai intraday
| Intraday adalah proses jual dan beli saham yang sama, pada jumlah yang sama, yang berlaku dalam hari yang sama |
Apabila berlaku 2 transaksi jual dan beli saham yang sama pada hari yang sama, secara automatiknya brokerage fee yang dikenakan kepada anda adalah caj intraday iaitu 0.05% atau minima RM 8
Contoh :
“Berbaloilah macam tu. Dapat rate yang lebih rendah. Kenapa nak kena exclude intraday pula?”
Tidak menjadi masalah sekiranya anda jual dan beli kuantiti saham yang sama pada hari yang sama, tetapi akan menjadi konflik apabila kuantiti saham yang anda beli dan jual berbeza.
Untuk lebih mudah faham, saya akan terangkan dalam bentuk situasi dibawah:

Anda juga boleh tonton video dibawah untuk lebih memahami tentang perkara ini :
Bagi mengelakkan lebihan brokerage fee dikenakan kepada anda apabila transaksi jual dan beli saham yang sama dilakukan pada hari yang sama, anda perlu mohon untuk Exclude Intraday.
Request Exclude Intraday melalui Remisier anda.
Untuk client CDS Maher Alias, anda boleh mohon untuk Exclude Intraday menggunakan google form yang telah disediakan.
Dapatkan link google form tersebut di Mahersaham Support Bot

Anda juga boleh rujuk artikel ini untuk penerangan cara request exclude intraday
Selamat Berdagang.
Intraday trading (beli dan jual pada hari yang sama) dikenakan brokerage fee yang lebih rendah berbanding swing trading. Ini kerana broker memberikan kadar khas untuk transaksi intraday. Swing trading pula dikenakan kadar brokerage standard.
Secara default, akaun Mplus mungkin disetkan untuk kadar intraday. Jika anda bukan intraday trader, anda perlu request exclude intraday supaya kadar brokerage anda dikira berdasarkan kadar swing yang lebih sesuai dengan gaya trading anda.
Anda boleh hubungi remisier atau dealer anda untuk membuat permohonan exclude intraday. Proses ini biasanya mengambil masa 1-2 hari bekerja untuk diaktifkan.
Intraday trading memerlukan kemahiran membaca carta yang tinggi, keputusan pantas, dan modal yang mencukupi. Ia lebih sesuai untuk trader berpengalaman. Pelabur baru digalakkan bermula dengan swing atau position trading.
Memahami perbezaan kos antara intraday dan swing trading membantu anda memilih gaya trading yang paling sesuai dengan bajet dan strategi pelaburan anda.
Muat turun ebook asas pelaburan percuma kami untuk belajar asas-asas pelaburan saham.
Sudah bersedia? Buka akaun CDS anda untuk mula membeli saham di Bursa Malaysia.