Kupasan Laporan CCMDBIO 30 Mei 2018

Kupasan laporan CCMDBIO ini adalah berdasarkan results update bertarikh 30 Mei 2018 yang dikeluarkan oleh TA Securities untuk Bursamids.com
Antara isi-isi penting dalam laporan adalah :
– TA Securities menyasarkan share price return adalah 5.8%, dividend return 3.4%
– jumlah keseluruhan sasaran ‘return’ kepada pelabur adalah 9.2%
– 80% raw material adalah diimport. Ini bermakna apabila Ringgit mengukuh, kos akan berkurang
– produk vitamin C seperti Champs, Flavettes dan Proviton adalah berada di bawah bahagian ‘over the counter’ segment. ‘Over the counter’ adalah ubat-ubatan yang boleh dibeli di farmasi tanpa preskripsi oleh doktor.
– Pengurusan berhasrat untuk menjadikan CCMDBIO syarikat farmaseutikal kedua terbesar di Malaysia dari segi ‘value’ atau nilai jualan. Pada masa ini, ia berada di belakang Merck&Co dan Pfizer. Namun demikian CCMDBIO sudah pun menjadi yang terbesar jika dilihat dari sudut ‘volume’.
– TA Securities menggunakan forward PE 20.0x dan meletakkan target share price pada harga Rm3.54 seunit saham. Ini bermaksud, TA menyasarkan EPS adalah pada rm3.54/20 = 17.7sen.
CCMDBio mempunyai 279juta unit saham.
Dengan EPS 17.7sen, sasaran keuntungan tahunan adalah 279juta x 17.7sen = rm49.383 juta. Dengan merujuk pada Table 2 : Earnings Summary kita boleh melihat bahawa research analyst TA Securities menjangka pertumbuhan keuntungan tahunan pada 7.4% pada tahun kewangan 2018 dan 9.3% pada tahun kewangan 2019.

Perkara yang perlu diberi perhatian
– Financial Analysis, atau apa jua analisa sekalipun, tidaklah tepat 100%. Hal ini adalah kerana dalam setiap analisa, pasti ada mengguna pakai anggaran / ‘assumption’ yang boleh jadi tidak berapa tepat atau terhasil dari bias oleh analyst itu sendiri.
Sebagai contoh, jika seseorang analyst itu terlalu optimis, maka dia akan meletakkan anggaran pertumbuhan keuntungan pada kadar yang tinggi. Oleh sebab itu, adalah penting setiap anggaran dibuat daripada kajian yang menyeluruh dan mengambil kira kesemua faktor.
Namun demikian, kita sebagai manusia belum tentu dapat mengenal pasti kesemua faktor yang boleh mempengaruhi keuntungan sesebuah syarikat. Jika kita dapat mengenal pasti kesemuanya sekalipun maka kita juga perlu mengetahui sejauh mana faktor tersebut mempengaruhi keuntungan sesebuah syarikat itu (‘weightage’).
Dua perkara yang perlu dititikberatkan oleh analyst atau pelabur adalah, untuk cuba menggunakan nilai anggaran yang paling konservatif dan dalam masa yang sama memperdalam ilmu pengetahuan berkaitan syarikat dan bisnes yang dijalankan agar segala anggaran dapat menjadi lebih hampir kepada realiti serta tidak terdedah kepada subjektiviti.
– Dalam laporan ini kita sudah pun mengetahui bahawa pesaing terdekat CCMDBio adalah Merck&Co dan Pfizer. Dengan maklumat ini, kita seharusnya boleh mengkaji ‘business model’ pesaing dan juga latar belakang ‘financials’ pesaing – dalam usaha mengenal pasti kelebihan CCMDbio berbanding pemain-pemain dalam industri.
Kesimpulan
TA Securities menurunkan status ‘BUY’ kepada ‘HOLD’ adalah disebabkan mengambil kira faktor ‘required rate of return’. Di penghujung laporan kita boleh membaca bahawa ‘required rate of return’ yang dimaksudkan adalah 7% (is defined as the yield for one-year Malaysian government treasury plus assumed equity risk premium).
Topik-topik yang perlu dikupas lebih lanjut :
– Revenue
– EBITDA
– depreciation
– amortisation
– net finance cost
– PBT
– ‘required rate of return’
– PATMI (atau PAT(-MI), seperti tertulis dalam report)
Source
– tuan-tuan dan puan-puan yang berminat untuk membaca laporan penuh oleh TA Securities ini bolehlah melawat bursamids.com dan cari laporan bertarikh 3 Mei 2018 untuk CCMDBIO oleh TA Securities.
– laporan results yang rasmi untuk CCMDBIO boleh diakses di Bursamalaysia.com pada bahagian company announcements.
Sebarang soalan atau maklum balas bolehlah dikemukakan dalam ruangan komen.
Soalan Lazim (FAQ)
Apa itu laporan analyst dalam pelaburan saham?
Laporan analyst ialah analisa profesional yang dikeluarkan oleh firma sekuriti mengenai prospek sesebuah syarikat. Ia merangkumi sasaran harga, penilaian risiko, dan cadangan sama ada untuk beli, pegang, atau jual saham tersebut.
Bagaimana cara baca sasaran return dalam laporan saham?
Sasaran return biasanya dipecahkan kepada share price return (kenaikan harga) dan dividend return (hasil dividen). Jumlah kedua-duanya memberi gambaran pulangan keseluruhan yang dijangkakan oleh analyst.
Bolehkah pelabur bergantung sepenuhnya pada laporan analyst?
Laporan analyst adalah panduan berguna tetapi bukan jaminan. Pelabur perlu membuat analisa sendiri dan mempertimbangkan pelbagai faktor termasuk keadaan pasaran semasa sebelum membuat keputusan.
Apa yang perlu diberi perhatian dalam laporan kewangan syarikat?
Antara perkara penting termasuk pertumbuhan hasil (revenue), margin keuntungan, nisbah hutang, dan jangkaan pertumbuhan masa depan. Data-data ini membantu menilai kesihatan kewangan sesebuah syarikat.
Untuk membuat keputusan pelaburan yang lebih bijak, lengkapkan diri dengan ilmu analisa kewangan dan akaun pelaburan yang betul.
Belum ada akaun? Buka akaun CDS melalui Mahersaham untuk mula melabur di Bursa Malaysia.
Baru bermula? Muat turun Ebook Asas Saham percuma untuk fahami asas analisa kewangan.
Bacaan lanjut: