KWSP Sebagai Deposit Untuk Beli Rumah?

Loading...

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) mencadangkan supaya kerajaan membenarkan rakyat gunakan daripada duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai pendahuluan membeli rumah dari 30% hingga 50%.
Tetapi, pembeli rumah hendaklah membayar semula ke dalam Akaun 2 sekiranya mereka menjual rumah tersebut.
Berikut merupakan cadangan yang diutarakan ketika sesi perjumpaan antara Menteri Kewangan iaitu Lim Guan Eng dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.
Umum yang diketahui sebelum ini, caruman KWSP terbahagi kepada 2 iaitu 70% di Akaun 1 dan 30% di Akaun 2.
Caruman di dalam Akaun 1 tidak boleh dikeluarkan sehingga persaraan manakala Akaun 2 boleh digunakan bagi tujuan tertentu seperti pendidikan dan membeli hartanah.
Selain itu, pencarum KWSP boleh menggunakan wang di dalam Akaun 1 untuk melabur dalam Unit Amanah.
Yang terbaru, ahli KWSP dibenar labur sendiri caruman melalui i-Akaun.
Cadangan REHDA mahu kerajaan membenarkan rakyat menggunakan duit KWSP mencetuskan pelbagai reaksi masyarakat.
Ini kerana isu penjualan hartanah kepada warga asing masih hangat diperkatakan.
Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mencadangkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) untuk menarik tarikan pembeli dari China dan Hong kong.
Ini bertujuan bagi menyelesaikan isu lambakan rumah yang tidak terjual di negara ini.
Pelbagai reaksi dan ketidakpuasan hati rakyat Malaysia apabila cadangan REHDA diutarakan.
Rakyat Malaysia berpendapat bahawa cadangan menaikkan penggunaan duit KWSP daripada 30% kepada 50% sebagai pendahuluan membeli rumah sebenarnya menguntungkan pihak pemaju, bukannya rakyat.
Selain itu, sekiranya rakyat dibenarkan untuk menggunakan KWSP, besar kemungkinan pemaju akan menaikkan lagi harga rumah dengan dengan lebih tinggi.
Masyarakat juga berpendapat bahawa cadangan ini bukanlah alternatif kepada peluang rakyat bagi memiliki rumah pertama.
Hal ini kerana caruman KWSP bertujuan untuk simpanan persaraan pada hari tua kelak.
Sebelum sesuatu cadangan diluluskan, hendaklah mendapatkan persetujuan dan pandangan daripada orang ramai supaya kesemua pihak mendapat kebaikan tanpa ada golongan yang ditindas.
KWSP adalah badan yang bertanggungjawab mengumpulkan dana persaraan dan melaburkannya.
KWSP seterusnya akan melaburkan duit caruman ke dalam pelbagai instrumen-komoditi, bon dan saham-saham syarikat.
Pulangan dari pelaburan ini akan diagihkan kepada setiap pencarum dalam bentuk dividen.
REHDA mencadangkan penggunaan KWSP sebagai deposit rumah, namun cadangan ini masih dalam perbincangan kerana terdapat kebimbangan ia mungkin menyebabkan kenaikan harga rumah dan mengurangkan simpanan persaraan.
Risiko utama termasuk pengurangan simpanan persaraan, kemungkinan pemaju menaikkan harga rumah, dan hakikat bahawa caruman KWSP bertujuan untuk jaminan kewangan pada hari tua.
KWSP melaburkan wang caruman dalam pelbagai instrumen termasuk komoditi, bon, dan saham syarikat. Pulangan daripada pelaburan ini diagihkan kepada pencarum dalam bentuk dividen tahunan.
Alternatif termasuk menyimpan secara konsisten dalam akaun simpanan khas, melabur dalam saham atau unit trust untuk pulangan lebih tinggi, dan memanfaatkan skim pemilikan rumah kerajaan.
Selain menyimpan untuk rumah, membina portfolio pelaburan saham membantu anda mencapai matlamat kewangan dengan lebih pantas melalui pulangan yang berpotensi lebih tinggi.
Buka akaun CDS hari ini untuk mula melabur dalam saham di Bursa Malaysia dan bina kekayaan untuk masa depan.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk memahami cara pelaburan saham boleh membantu anda mencapai matlamat kewangan lebih cepat.
Bacaan lanjut: