Leader dan Laggard Dalam Pasaran Saham

Loading...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hai!!
Apa khabar semua?
Bagaimana prestasi korang dalam dunia saham sehingga hari ini?
Harapnya semakin banyak ilmu saham yang korang telah pelajari baik dengan Mahersaham mahupun dengan institusi lain.
Hari ini kita akan belajar satu topik yang berkait rapat dengan dunia saham.
Nak belajar apa tu?
Saya akan mengulas topik mengenai leader dan laggard dalam pasaran saham.
Biasa korang dengar perkataan leader dan laggard ni dekat mana?
Kalau korang ikuti rapat dengan live harian Mahersaham di Facebook dan juga Yotube, sudah pasti akan selalu dengar perkataan leader dan laggard apabila belajar mengenai indicator .
“Ini adalah leader indicator“
“MA merupakan laggard indicator“
Persoalannya apa yang dimaksudkan dengan kedua-dua perkataan tersebut?
Apa yang dimaksudkan dengan leader?
Jika kita terjemahkan perkataan tersebut ke dalam bahasa Malaysia ia bermakna ketua atau pemimpin.
Apa pulak maksud leader dalam saham?
Ia bermaksud kaunter yang menjadi ketua untuk sektor tersebut.
Terdapat beberapa sektor dalam pasaran saham bursa Malaysia, antaranya:
Contohlah pada hari ini korang nak kaji sektor hartanah (property).
Terdapat banyak kaunter dalam setiap sektor.
Jadi kaunter yang mendahului dalam sektor tersebut dipanggil sebagai leader.
Apa itu laggard?
Bila kita terjemahkan perkataan ini ia bermaksud seseorang atau sesuatu yang sangat lambat.
Dalam pasaran saham ia bermaksud kumpulan atau kaunter yang ketinggalan kebelakang sedikit.
Mudah cerita leader dan laggard merupakan dua perkara yang bertentangan.
Dah tahu maksud, sekarang nak tahu pula bagaimana untuk kenal pasti pula.
Terdapat beberapa cara untuk kenal pasti;
Korang boleh pilih mana satu cara untuk kenal pasti leader dan laggard.
Ada yang selesa menggunakan market cap.
Ada pula yang suka dengan PE ratio.
Kenal pasti melalui kenaikan harga kaunter tersebut pun boleh.
Semua terpulang kepada anda.
Leader adalah apabila market cap yang paling besar.
Sebaliknya laggard adalah market cap yang kecil.
Jom buka website malaysiastock.biz untuk lagi details.
Bila dah masuk website tersebut korang klik stock quote.

Seterusnya korang filter sektor dan subsektor yang ingin di kaji.
Contoh saya cari sektor hartanah (property)

Selepas itu akan keluar gambar seperti di bawah.

Gambar ini adalah sebahagian daripada kaunter dalam sektor property.
Ada banyak lagi, korang boleh pergi ke website tersebut untuk lebih lanjut.
Perasan tak dalam gambar tu ada market cap?
Dalam kotak merah adalah antara nilai market cap yang tertinggi bagi sesuatu syarikat.
Tidak semestinya satu kaunter sahaja, boleh jadi banyak kaunter.
Untuk cari PE ratio pun sama, korang pergi website malaysiastock.biz , kemudian klik stock quote dan filter sektor saham yang hendak di kaji.
Sama seperti market cap, akan keluar paparan seperti di bawah.

PE ratio yang besar adalah kaunter yang leader.
Korang boleh buka website tradingview klik bahagian carta dan pergi cari kaunter yang ingin di kaji.
Kemudian klik ikon seperti dalam kotak merah di bawah.

Lepas tu korang masukkan kaunter-kaunter yang korang berkenan.
Carta korang pun akan jadi macam di bawah ni.

Berdasarkan gambar di atas, A, B, C dan D adalah kaunter-kaunter yang saya pilih.
Korang boleh tengok harga saham Kaunter A telah menaik sebanyak 359.52%.
Kaunter B pula menaik sebanyak 261.17%.
Manakala Kaunter C dan Kaunter D masing-masing dengan kenaikan sebanyak 165.17% dan 30.92%.
Leader merujuk kepada saham atau kaunter yang memimpin pergerakan naik dalam sesuatu sektor, manakala laggard adalah saham yang bergerak perlahan atau tertinggal di belakang berbanding saham lain dalam sektor yang sama.
Saham leader boleh dikenal pasti melalui prestasi harga yang konsisten naik, volume dagangan yang tinggi, dan fundamental syarikat yang kukuh. Ia biasanya menjadi kaunter pertama yang bergerak apabila sesuatu sektor mula trending.
Ya, saham laggard boleh memberikan keuntungan kerana ia berpotensi mengejar pergerakan leader. Apabila pelabur mula memberi perhatian kepada sektor tersebut, saham laggard biasanya akan turut naik mengikut momentum sektor.
Memahami konsep ini membantu trader membuat keputusan yang lebih tepat sama ada untuk membeli saham leader yang sudah bergerak atau menunggu peluang daripada saham laggard yang belum naik tetapi berpotensi mengikut trend sektor.
Leader dan laggard adalah konsep penting yang membantu trader mengenal pasti kaunter yang berpotensi. Dengan ilmu yang betul, anda boleh membuat keputusan pelaburan yang lebih bijak di Bursa Malaysia.
Mahu mula belajar dan melabur? Buka akaun CDS dengan Mahersaham sekarang dan muat turun ebook percuma saham untuk panduan asas pelaburan anda.