Lima Buku Terbaik Pelaburan Saham

Loading...

Kebanyakan trader sanggup berusaha mencari ‘holy grail’ iaitu sistem yang tepat selama berhari-hari, berbulan-bulan, bahkan bertahun-tahun. Tanpa mereka sedari, resipi kejayaan dalam trading sebenarnya merangkumi psikologi, trading system dan money management.
Kejayaan anda dalam trading saham bukan bergantung sepenuhnya kepada system atau strategi yang anda gunakan. Sebaliknya, emosi dan keadaan mental yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan seseorang trader. Jadi untuk memastikan anda dapat bertahan lama dalam dunia trading, pastikan anda mempunyai mindset yang betul terlebih dahulu.
Banyak seminar dan buku berkaitan trading berkisar mengenai teknik atau system yang diguna pakai untuk menjana keuntungan pelaburan. Memandangkan trading set up tidak menjamin kejayaan dan kelangsungan anda dalam bidang trading, kali ini kami kongsikan buku berkaitan mindset dan psikologi yang boleh anda jadikan rujukan.
Alexander Elder merupakan Doktor Psikiatri, trader professional dan juga pakar dalam technical analysis. Beliau percaya bahawa penentu kejayaan seseorang dalam dunia trading apabila mereka dapat menguasai 3 M iaitu Mind, Method dan Money.
Beliau berkongsi mindset yang betul bagi seorang trader, bagaimana untuk membentuk disiplin yang tinggi dan bagaimana mengawal emosi. Buku ini turut mengupas mengenai technical indicators, trading system dan pengurusan risiko.
Buku ini dikeluarkan pada tahun 2000 dan ditulis oleh Mark Douglas, seorang yang aktif bergiat dalam pengajaran trading. Mengikut review yang diterima, kandungan konten buku ini bagus akan tetapi penyampaiannya agak meleret.
Dalam buku ini, penulis menekankan bahawa cara pemikiran trader yang sering mencatat keuntungan secara konsisten amat berbeza dengan trader yang mediocre. Penulis berkongsi mengenai cara pemikiran dan tindakan yang menghasilkan consistent profit dalam pasaran saham.
Antara buku terbaru berkaitan trading psychology yang dikeluarkan pada 2005. Penulis Brett N. Steenbarger merupakan Profesor Madya dalam bidang Psychiatry and Behavioral Sciences di SUNY Upstate Medical University New York. Beliau juga merupakan seorang trader dan turut melatih ramai trader untuk hedge fund dan investment bak company.
Buku ini menyediakan panduan menyeluruh cara mengaplikasikan sains psikologi dalam dunia trading. Ia terbahagi kepada 4 bab utama yang mengupas mengenai teknik menyesuaikan diri dengan perubahan, membina kekuatan, memupuk kreativiti, dan membangun cara yang paling efektif dan efisien dalam menjana keuntungan.
Mana-mana trader yang baru terlibat dalam perdagangan saham pastinya pernah merasa ragu-ragu ketika ingin membuat belian atau jualan walaupun signal telah keluar atau mereka terlalu cepat mengambil keuntungan dan terperangkap dalam kaunter yang mengalami kerugian.
Ini adalah contoh cabaran terbesar seorang trader dan ia berlaku kerana faktor tekanan. Dalam buku ini, penulis Yvan Byeajee berkongsi sendiri bagaimana beliau mengatasi cabaran tersebut untuk kekal konsisten dalam tindakan dan hasil trading.
Buku ini membincangkan mengenai kajian psikologi dan bagaimana ia boleh diguna pakai oleh trader untuk menjadi lebih fokus, yakin dan mencipta hasil yang positif. Dr Gary Dayton merupakan seorang psychologist dan mula terllibat dalam aktiviti trading pada 1999.
Di awal pembabitan beliau dalam trading beliau mengalami kerugian. Hanya setelah beberapa tahun kemudian beliau mula mencatatkan keuntungan.
Psikologi mempengaruhi setiap keputusan dagangan — dari ketamakan semasa untung hingga ketakutan semasa rugi. Pedagang yang berjaya menguasai emosi mereka dan berpegang kepada pelan dagangan tanpa dipengaruhi perasaan.
Money management ialah strategi mengurus modal supaya kerugian dapat diminimumkan dan keuntungan dimaksimumkan. Ia melibatkan menentukan saiz posisi, had kerugian, dan peruntukan modal untuk setiap dagangan.
Ya, buku pelaburan memberikan pengalaman dan ilmu dari pedagang dan pelabur yang telah berjaya. Ia membantu anda memahami strategi, mengelak kesilapan biasa, dan membina mindset yang betul untuk berjaya dalam pasaran.
Holy grail merujuk kepada sistem dagangan sempurna yang sentiasa untung — ia tidak wujud. Trading system yang baik pula ialah sistem yang memberikan kelebihan statistik dalam jangka panjang, walaupun ada dagangan yang rugi.
Ilmu pelaburan bermula dengan membaca dan memahami asas — mulakan perjalanan pelaburan anda dengan langkah pertama yang betul.
Buka akaun CDS dan mula praktikkan ilmu yang anda pelajari dari buku-buku pelaburan — Daftar akaun CDS sekarang.
Dapatkan ebook asas pelaburan saham secara percuma sebagai permulaan pembelajaran anda — Muat turun ebook percuma di sini.
Bacaan lanjut: