Siri Pelabur Fundamental Terhebat : Peter Lynch

Loading...

Peter Lynch adalah antara pelabur institusi yang paling berjaya sepanjang zaman. Sebagai pengurus potfolio Fidelity Investments Magellan Fund, Lynch telah memperoleh purata pulangan tahunan sebanyak 29% setahun sepanjang tahun 1977 hingga 1990. Ramai yang setuju bahawa kehebatan beliau melabur adalah setaraf Warren Buffett.
Dilahirkan pada 19 Januari 1944 di Newton, Massachusetts, beliau telah kehilangan bapanya akibat kanser pada umur 10 tahun. Semenjak itu, ibunya telah mengambil tanggungjawab mencari nafkah keluarga. Pada tahun 1966, Peter Lynch telah mendapat tawaran menjadi pelatih di syarikat Fidelity Investment setelah tamat pembelajaran di Boston College, University of Pennsylvania.
Peter Lynch adalah seorang yang amat berhati-hati dan teliti dalam pelaburan. Beliau beranggapan bahawa saham adalah satu pelaburan yang berisiko tinggi. Setiap pelabur haruslah mempelbagaikan pelaburan di dalam kelas aset yang lain seperti membeli hartanah, sebelum memulakan pelaburan saham. Berikut adalah empat nasihat beliau kepada semua pelabur saham
Pelaburan memerlukan usaha dan penyelidikan yang berterusan. Peter Lynch merupakan seorang yang sangat kuat bekerja ketika menjadi pengurus portfolio Magellan Investment. Beliau percaya bahawa setiap orang mempunyai keupayaan intelektual untuk melabur dalam pelaburan saham. Malah, pelabur runcit mempunyai kelebihan berbanding pengurus pelaburan profesional kerana teknik untuk melabur dengan modal yang kecil adalah lebih mudah berbanding menguruskan modal yang besar.
Peter Lynch adalah seorang yang amat mementingkan “Diversification” ( kepelbagaian pelaburan ). Ketika penghujung karier nya sebagai pengurus pelaburan, Magelland Fund telah memegang hampir 1000 saham syarikat berasingan. Selain mempelbagaikan saham, beliau juga mempelbagaikan sektor saham yang dimilikinya.
Setiap saham yang dipegang beliau terbahagi kepada 3 kategori iaitu
Peter Lynch percaya bahawa syarikat Slow Grower dan Stalwarts memberi keseimbangan di dalam potfolio beliau, dan syarikat Growth pula adalah sumber keuntungan berganda yang mengalahkan pesaing beliau.
Peter Lynch telah memulakan pelaburan di usia muda. Beliau telah membayar kos-kos pembelajaran di University of Pennsylvania hanya dengan meggunakan keuntungan pelaburan beliau di dalam pelaburan Flying Tiger. Dianggarkan keuntungan beliau di dalam saham Flying Tiger adalah sebanyak 10 kali ganda!
Pelabur yang melabur dalam jangka masa panjang memiliki kelebihan berbanding pelabur jangka masa pendek. Pelaburan jangka panjang boleh meminimakan capital gain tax selain mengurangkan kos brokerage yang dibayar dalam urusan jual beli saham. Selain itu, pelabura jangka masa panjang juga lebih tenang dan sabar dalam meghadapi krisis pasaran.
Nasihat paling penting beliau adalah hanya melabur dalam apa yang anda tahu. Peter Lynch telah mengamalkan konsep ini bukan sebagai pengurus pelaburan tetapi sebagai pengguna runcit. Hal ini kerana beliau mengakui bahawa sektor produk pengguna adalah teras kepada ekonomi dan potfolio beliau telah menggambarkan konsep ini.
Sebagai contoh, beliau telah membeli saham syarikat pakaian dalam Hanes hanya apabila isteri beliau mengatakan amat berpuas hati dengan produk syarikat tersebut. Selain itu, pelaburan beliau di dalam Flying Tiger adalah kerana beliau yakin bahawa penghantaran kargo melalui udara adalah transportasi utama masa hadapan.
Peter Lynch merupakan penulis buku popular One Up On Wall Street. Di dalam buku ini, beliau telah menerangkan dengan terperinci mengenai definisi dan jenis-jenis syarikat seperti Growth, Stalwarts, Slow Growers dan Cyclical. Di samping itu, Peter Lynch membincangkan teknik pemilihan saham yang begitu mudah difahami oleh pelabur runcit.
Buku ini wajib dibaca oleh setiap pelabur yang berminat untuk menganalisa bisnes syarikat dalam membuat pemilihan saham.

Peter Lynch adalah pengurus portfolio Fidelity Magellan Fund yang berjaya mencatatkan purata pulangan 29% setahun dari 1977 hingga 1990. Beliau dianggap sebagai salah satu pelabur institusi paling berjaya sepanjang zaman.
Lynch terkenal dengan pendekatan "invest in what you know" — melabur dalam syarikat yang anda faham perniagaannya. Beliau juga menekankan pentingnya kajian fundamental yang mendalam sebelum membuat keputusan pelaburan.
PEG ratio (Price/Earnings to Growth) adalah nisbah yang membahagikan PE ratio dengan kadar pertumbuhan pendapatan syarikat. Lynch menggunakan nisbah ini untuk mengenal pasti saham yang undervalued berbanding potensi pertumbuhannya.
Walaupun kedua-duanya pelabur fundamental, Lynch lebih fokus kepada pertumbuhan pendapatan dan PEG ratio, manakala Buffett lebih fokus kepada value investing dan economic moat. Lynch juga lebih aktif dengan portfolio yang lebih besar dan pelbagai.
Belajar daripada pelabur legenda seperti Peter Lynch membantu anda membina strategi pelaburan yang berdisiplin dan berasaskan kajian fundamental yang kukuh.
Sila daftar akaun CDS melalui Mahersaham untuk mula melabur dalam saham di Bursa Malaysia.
Dapatkan Ebook Asas Saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham termasuk analisis fundamental.
Bacaan lanjut: