LUNO – Aset Digital Patuh Syariah

Sekarang telah wujud pelbagai mata wang digital iaitu mata wang kripto (Cryptocurrency). Antara aset digital ini merangkumi Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Ripple (XRP), Litecoin (LTC), dan Bitcoin Cash (BCH).
Bitcoin merupakan aset pertama dalam bentuk mata wang kripto, menjadikannya aset yang paling popular.
Ia dihasilkan melalui proses mining dan mengambil masa yang amat panjang menggunakan peralatan komputer.
Aset Digital Yang Sah
Untuk melibatkan diri dalam jual beli aset digital pastikan anda beli aset digital yang telah mendapat pengesahan dan diluluskan oleh Security Commision, SC.

Luno – Aplikasi Aset Digital Yang Selamat
Berdasarkan senarai aset digital sah yang dikeluarkan oleh SC termasuklah Syarikat Luno.
Platform Luno telah memproses pembayaran bernilai lebih RM12 bilion pada 2021, peningkatan sebanyak 4.3 kali ganda berbanding tahun sebelumnya.
Cara Beli Aset Digital di Aplikasi Luno
Pertama sekali Download App Luno di Playstore atau Apple App Store. Kemudian klik ‘Get Started‘

Klik Sign Up. Boleh pilih Sign Up menggunakan Google akaun atau Facebook.

Masukkan no pin sebagai pengesahan untuk sebarang transaksi jual beli yang berlaku. Dan masukkan nombor telefon anda.

Cek SMS untuk sahkan maklumat nombor telefon anda. Kemudian klik ‘Set Up Profile’

Masukkan maklumat nama, kewarganegaraan dan nombor IC anda klik ‘Answer Questions”

Klik ‘Answer Questions’ dan jawb beberapa soalan yang tertera.

Masukkan alamat Penuh anda. Kemudian klik ‘Lets Confirm’

Snap gambar IC dan, Selfie dan Submit.

Sekarang anda sudah boleh mula beli aset digital. Klik ‘Buy’ untuk mula topup Wallet Luno anda.

Masukkan jumlah yang anda nak topup dan klik Continue To FPX. RM0.70 dikenakan sebagai caj setiap kali transaksi.
Pastikan guna akaun bank anda sendiri bukan 3rd party.

Pilih Online Banking anda dan siap! Anda dah boleh mula beli aset digital di Platform Luno.

Soalan Lazim (FAQ)
Adakah Luno diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia?
Ya, Luno Malaysia adalah salah satu platform dagangan aset digital yang diluluskan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), bermakna ia mematuhi semua peraturan dan garis panduan yang ditetapkan untuk melindungi pelabur.
Apakah aset digital yang boleh dibeli di Luno?
Di Luno Malaysia, anda boleh membeli beberapa aset digital utama termasuk Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Ripple (XRP), Litecoin (LTC), dan Bitcoin Cash (BCH). Status pematuhan syariah setiap aset mungkin berbeza — rujuk senarai terkini daripada Suruhanjaya Sekuriti atau penasihat syariah anda.
Berapakah caj transaksi di Luno?
Luno mengenakan caj RM0.70 bagi setiap transaksi deposit melalui FPX (Online Banking). Caj dagangan mungkin berbeza bergantung kepada jenis order dan volume dagangan anda.
Bolehkah saya beli Bitcoin dengan jumlah kecil di Luno?
Ya, anda tidak perlu membeli satu Bitcoin penuh. Luno membenarkan pembelian dalam pecahan kecil, jadi anda boleh memulakan pelaburan kripto dengan jumlah yang bersesuaian dengan bajet anda.
Pelbagaikan Pelaburan Patuh Syariah Anda
Melabur di aset digital patuh syariah melalui platform seperti Luno adalah langkah pertama yang bijak, namun pelabur yang berjaya tidak bergantung pada satu jenis aset sahaja — pelbagaikan pelaburan anda ke saham, ETF, dan REIT di Bursa Malaysia yang lebih stabil dan terbukti memberi pulangan konsisten kepada pelabur jangka panjang.
Belum ada akaun CDS? Buka akaun CDS sekarang bersama MaherSaham — syarat wajib untuk mula membeli saham di Bursa Malaysia, dan proses pendaftaran kini boleh dilakukan sepenuhnya secara online.
Baru pertama kali nak melabur? Muat turun Ebook Asas Saham percuma kami yang merangkumi semua fundamental pelaburan dalam bahasa yang mudah difahami sebelum anda mula membuat keputusan pelaburan.
Bacaan lanjut yang berkaitan:
- Mata Wang Digital Kripto Dan Cukai LHDN — LHDN sedang aktif mengesan pelabur kripto melalui “Ops Token”. Ketahui tanggungjawab cukai anda sebelum terlambat.
- Cara Bersihkan Wang dan Sucikan Harta Tidak Patuh Syariah — Panduan langkah-langkah penyucian harta secara praktikal untuk pelabur Muslim.
- Pengiraan Zakat Pelaburan ASB — Cara kira zakat pelaburan anda dengan betul.
- Panduan Buka Akaun CDS Mplus (2026) — Panduan langkah demi langkah terkini lengkap dengan screenshot.