Mata Wang Digital Kripto Dan Cukai LHDN
Baru-baru ini ada keluar berita tentang LHDN akan melaksanakan “Ops Token” bagi mengenalpasti syarikat atau individu yang terlibat dalam perdagangan mata wang kripto supaya mereka membayar cukai kepada LHDN.
Boleh rujuk berita LHDN conducts special ops to curb tax leakage from cryptocurrency trading
Kepelbagaian Jenis Transaksi Yang Melibatkan Kripto
Ada setengah orang dia menggunakan matawang digital kripto untuk menjalankan bisnes mereka. Ada juga yang menggunakan matawang kripto ni untuk pelaburan semata-mata.
Ada perbezaan antara cara dan motif seseorang itu dengan kewajipan seseorang itu untuk membayar cukai. Ada setengah aktiviti yang apabila benda itu dibuat sebagai pelaburan tak dikenakan cukai. Hal ini adalah sebab Malaysia setakat ini tak ada Capital Gain Tax untuk pelupusan aset mata wang digital.
Garis Panduan Oleh LHDN
LHDN memang ada memberikan garis panduan layanan cukai ke atas transaksi matawang digital. Garis panduan tersebut boleh dirujuk di GP_LAYANAN_CUKAI_KE_ATAS_TRANSAKSI_MATA_WANG_DIGITAL.pdf (hasil.gov.my)
Antara topik utama dalam garis panduan tersebut adalah adakah transaksi mata wang digital yang berlaku berbentuk perniagaan?
Sebagai contoh, kalau berdagang matuang digital antara satu sama lain, membeli dan menjual matuang digital bagi mendapatkan keuntungan maka benda itu akan dikenakan cukai.
Kalau sebuah syarikat ataupun individu menjalankan aktiviti perlombongan maka dia akan dikenakan cukai.
Kalau seseorang itu menjual produk ataupun servis dan mendapat bayaran dalam bentuk matuang digital maka dia punya konsep dia sama macam kalau dapat keuntungan dalam bentuk wang ringgit, menjalankan urus niaga dalam bentuk wang ringgit maka turut dia dikenakan cukai.
Kalau membayar gaji ataupun upah kepada pekerja dengan menggunakan matawang digital maka transaksi itu untuk majikan boleh dimasukkan dalam akaun dan dijadikan sebagai expenses.
Pekerja yang dapat gaji dalam bentuk mata wang digital – juga perlu melaporkan pendapatan atau gaji tersebut dan tertakluk dan akan dikenakan cukai.
Faktor-faktor Tambahan Untuk Bezakan Pelaburan Dengan Perdagangan
Dalam segmen yang berkaitan dengan pelaburan, panduan tersebut menjelaskan bahawa pembelian atau penjualan mata wang digital sebagai satu pelaburan jangka masa panjang tidak akan dikenakan cukai apabila aset tersebut dilupuskan. Namun, pihak LHDN telah menetapkan beberapa faktor pertimbangan untuk menentukan sama ada wujud unsur perdagangan dalam aktiviti tersebut.
Faktor-faktor ini termasuk:
- Jumlah Transaksi: Jika mata wang digital dibeli dan dijual dalam jumlah yang terlalu banyak, ia mungkin dianggap sebagai perdagangan.
- Tempoh Pembelian dan Penjualan: Jika tempoh antara pembelian dan penjualan adalah pendek, ia juga mungkin dianggap sebagai perdagangan.
- Kekerapan Transaksi: Kekerapan transaksi yang tinggi boleh menunjukkan sifat perdagangan.
- Usaha Tambahan: Jika terdapat usaha tambahan yang bukan sekadar beli, simpan, dan jual, seperti melakukan aktiviti tertentu untuk meningkatkan nilai aset, ia mungkin juga dikira sebagai perdagangan.
Walaupun demikian, kelihatannya bagi saya penilaiannya adalah agak subjektif – persoalan seperti berapa kali transaksi yang akan dikatakan kerap? Berapa lama tempoh simpan yang dikatakan adalah satu bentuk pelaburan?
Soalan Lazim (FAQ)
Adakah keuntungan daripada mata wang kripto dikenakan cukai di Malaysia?
Ya, jika aktiviti jual beli kripto anda dianggap sebagai perdagangan oleh LHDN berdasarkan faktor seperti kekerapan transaksi, tempoh pegangan, dan jumlah transaksi, keuntungan tersebut boleh dikenakan cukai pendapatan.
Bagaimana LHDN menentukan sama ada aktiviti kripto adalah perdagangan?
LHDN melihat beberapa faktor termasuk jumlah transaksi, tempoh antara pembelian dan penjualan, kekerapan transaksi, dan sama ada terdapat usaha tambahan untuk meningkatkan nilai aset.
Apakah itu Ops Token yang dilaksanakan oleh LHDN?
Ops Token adalah operasi oleh LHDN untuk mengenal pasti syarikat atau individu yang terlibat dalam perdagangan mata wang kripto supaya mereka membayar cukai yang sepatutnya kepada kerajaan.
Perlukah saya melaporkan pendapatan kripto dalam borang cukai?
Ya, sebarang pendapatan yang diperoleh termasuk daripada aktiviti berkaitan mata wang digital perlu dilaporkan kepada LHDN untuk memastikan pematuhan cukai yang betul.
Memahami peraturan cukai berkaitan mata wang kripto adalah penting untuk setiap pelabur digital di Malaysia.
Buka akaun CDS anda hari ini melalui panduan langkah demi langkah di sini untuk mula melabur dalam pasaran saham.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari awal.