Mahersaham Penipu & Scammer

Loading...

Semakin hari semakin banyak aduan dan makluman yang kami terima berkenaan scammer yang menggunakan nama Mahersaham untuk mempromosikan “pelaburan” atau aktiviti scam mereka.
AWAS!!! JANGAN TERTIPU!!!
Mungkin ada juga diantara anda yang telah terpengaruh dan menyertai “pelaburan” yang tidak wujud tersebut.
Saya telah beberapa kali membuat report polis terhadap kegiatan menggunakan nama saya atau Mahersaham untuk tujuan scam dan penipuan ini.
Saya juga telah membuat video dan posting di media sosial tentang bagaimana modus operandi scammer-scammer ini.
Anda boleh rujuk video-video saya ini :
Di sini saya senaraikan scammer-scammer yang telah menggunakan nama Mahersaham dan Maher Alias untuk tujuan penyamaran, penipuan dan aktiviti-aktiviti pelaburan yang tidak wujud.


Bagi mengatasi kegiatan penipuan, penyamaran, dan scammer ini berleluasa, kami memerlukan sokongan anda untuk bersama-sama kita membanteras aktiviti jenayah cyber ini.
Sekiranya anda mendapati terdapat akaun sosial media yang menyamar sebagai Mahersaham atau Maher Alias dan kemudiannya menawarkan aktiviti pelaburan yang meragukan, kami memohon jasa anda untuk memaklumkan kepada kami dengan Whatsapp : http://opy.la/mahersaham/bantusaya
Selain itu diharapkan anda dapat bersama-sama untuk report profile, page atau akaun yang mereka gunakan.
Tindakan ini supaya tiada dalam kalangan kita atau teman terdekat kita yang terperdaya dengan tawaran penipuan tidak wujud ini.
Mahersaham secara umumnya adalah salah satu usaha yang digerakkan bagi mencelikkan masyarakat tentang kewangan dan secara khususnya meningkatkan skil dalam pelaburan saham.
Mahersaham mempromosikan cara pembukaan akaun CDS (akaun yang digunakan untuk jual beli saham) kepada masyarakat diluar sana selain menyebarluaskan ilmu saham teknikal dan fundamental.
Mahersaham juga mendidik dan berkongsi ilmu berkaitan pelaburan-pelaburan yang sah, selamat dan patuh syariah yang terdapat di Malaysia.
Usaha ini diharap dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat terutamanya dalam kalangan Melayu & Bumiputera tentang peluang pemilikan syarikat melalui pembelian saham di Bursa Malaysia.
Menurut laporan KOSMO pada tahun 2019 pegangan ekuiti Bumiputera hanya pada tahap 17.2 peratus, jauh dari sasaran 30 peratus yang ditetapkan kerajaan.
Bagi anda yang ingin memulakan pelaburan saham anda boleh membuka akaun CDS dengan Mahersaham di Daftar Akaun CDS
Sekiranya anda nak tahu lebih lanjut tentang apa itu pelaburan saham, anda boleh baca di artikel ini : Apa itu saham?
Tidak. Mahersaham adalah platform pendidikan pelaburan saham yang sah dan berdaftar. Mahersaham mendidik masyarakat tentang pelaburan saham teknikal dan fundamental yang patuh syariah di Bursa Malaysia.
Scammer biasanya menjanjikan pulangan tetap yang tinggi, meminta wang melalui akaun peribadi, dan tidak mempunyai kaitan rasmi dengan platform Mahersaham. Sentiasa semak saluran rasmi Mahersaham sebelum membuat sebarang transaksi.
Saluran rasmi Mahersaham termasuk laman web mahersaham.com dan Telegram rasmi di t.me/mahersahamplatform. Jangan percaya mana-mana akaun atau saluran lain yang mendakwa mewakili Mahersaham.
Laporkan segera kepada pihak berkuasa seperti PDRM dan Bank Negara Malaysia. Anda juga boleh memaklumkan pihak Mahersaham melalui Telegram rasmi supaya amaran boleh disebarkan kepada orang ramai.
Mahersaham komited dalam menyebarkan ilmu pelaburan saham yang sah dan patuh syariah kepada masyarakat Malaysia. Berhati-hati dengan scammer yang menyalahgunakan nama Mahersaham dan sentiasa sahkan melalui saluran rasmi sebelum membuat sebarang keputusan kewangan.
Mulakan perjalanan pelaburan anda dengan betul. Buka akaun CDS melalui Mahersaham dan muat turun ebook percuma asas pelaburan saham untuk belajar dari asas dengan panduan yang dipercayai.