Mahersaham Traders Gathering di Bangi Resort Hotel

Berakhir sudah Mahersaham Traders Gathering (MTG) bulan ini yang bertempat di Bangi Resort Hotel.

Saya ucapkan terima kasih kepada semua peserta MTG, anda semua memang awesome!

Tahniah atas semangat anda semua yang tak jemu-jemu nak belajar dan mendalami ilmu teknik intraday.

Berakhir sudah Mahersaham Traders Gathering (MTG) bulan ini yang bertempat di Bangi Resort Hotel.

Saya ucapkan terima kasih kepada semua peserta MTG, anda semua memang awesome!

Tahniah atas semangat anda semua yang tak jemu-jemu nak belajar dan mendalami ilmu teknik intraday.

Walaupun sekarang mungkin rasa belum sesuai, tak ada masa nak fokus intraday dan sebagainya.

Siapa tahu, berbekalkan perkongsian daripada saya yang kerdil dan tetamu jemputan, akan buatkan anda berubah fikiran untuk tetapkan matlamat untuk jadi fulltime intraday trader.

Ada beberapa peserta baru yang turut serta , yang datang dari JB, dan Melaka pun ada.

Peserta otai yang pernah join supertrader yang pernah diadakan di Damansara. Saya sendiri pun tak berapa ingat yang dulu pernah buat kelas dekat sana.

Masa yang dia luangkan untuk hadir amat saya hargai walaupun dah pernah belajar intraday dalam sesi livetrade bersama saya dan team dulu waktu zaman Mahersaham rancak buat kelas.

Dah lama trade sejak tahun 2004 pun ada, namun banyak alami kerugian, masih lagi hadir untuk timba ilmu teknik intraday atau teknik swing yang betul.

Yang mana di hujung sesi, saya selitkan juga beberapa teknik swing termasuk teknik jerung.

Sekali lagi saya dengan rendah hati ucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan yang anda berikan.

Saya doakan anda akan beroleh rezeki yang tak pernah putus-putus dan sentiasa berjaya buat untung dalam saham.
1. Perangai Kaunter dan Market dalam Intraday

Seperti review yang pernah saya kongsikan sebelum ni, di awal topik mengenai persediaan, saya tekankan kepada setiap peserta, supaya mereka nilai diri mereka sendiri dulu.

Samada mereka memang betul-betul sesuai atau tak untuk intraday, cukup tak kriteria untuk jadi intraday trader, dari segi masa dan modal selain aspek emosi dan aspek-aspek lain.

Dari sudut masa, adakah mereka memang orang yang ada banyak masa, waktu pagi, tengahari atau petang.

Kalau boleh monitor market pagi-pagi, fokus intraday trade waktu pagi, tak perlu ikut orang lain yang tengok market petang-petang.

Tapi, kalau memang fulltime suri rumah sebagai contoh, mungkin banyak masa pagi atau sebelah petang untuk monitor market.

Waktu pagi, mungkin ada kaunter yang trending, bila masuk waktu tengahari, dia mula retrace atau sideways.

Start jam 2.30 petang ke atas mungkin ada kaunter yang memang rebound, ada juga yang naik all time high, dan tak gerak-gerak pun ada.

Jadi, ciri-ciri atau bahasa pasar kita panggil, “perangai” kaunter dan market, pun lain-lain, tak tentu. Sama macam manusia, ikut mood. Ada masa kadang-kadang dia okey, ada masa tak okey.

Kalau dia dah tetapkan nak trade masa awal pagi sebelum market open, terpulang.

Lepas trade selama berbulan-bulan, dengan pengalaman tersebut dia boleh identify sesebuah kaunter tanpa perlu ambil masa yang lama untuk buat untung.

Seolah-olah gaya trade yang dia praktikkan dah sebati dengan diri dan boleh trade sepantas yang boleh. Hanya beberapa minit saja yang diperlukan untuk tekan buy dan sell.
2. Dapat Energi dan Semangat Nak Trade

Tetamu khas yang saya jemput untuk berkongsi pun sangat sporting,

Makan tengahari saya tengok tak henti-henti berkongsi tips dan jawab soalan-soalan peserta yang makan semeja.

Ukhuwwah networking dalam saham ni kadang-kadang boleh bagi dorongan semangat untuk belajar pengalaman yang orang lain pernah lalui.

Supaya bila balik rumah lepas kelas, kita tak buat silap sepertimana yang dia pernah buat dulu. Lagi satu, semangat nak trade pun tak lemau.

Kemudian, ada sorang klien yang cakap dengan saya, dia segan nak bertanya dalam group, jadi, dia hadir ke traders gathering untuk dia dengar semua penjelasan daripada awal.

Di akhir sesi, dia nampak lebih bersemangat dan saya harap dia lebih yakin dan nak belajar banyak lagi tentang saham.
3. Belajar Ilmu Volume Price Distribution

Lagi, saya ajarkan kepada peserta dalam traders gathering kali ini, features yang ada dalam platform mplus dengan terperinci termasuk bahagian volume price distribution, dan volume berdasarkan masa.

Kedua-dua elemen ini juga adalah ilmu yang sangat mahal nilainya dan amat penting untuk teknik intraday selain market depth analysis yang biasa saya ajarkan.

Konsep ini merupakan salah satu indikator yang digunakan untuk mengenalpasti momentum sesuatu kaunter yang telah dipilih mampu berikan untung yang maksima kepada intraday trader.

https://cms.mahersaham.com/cara-guna-volume-price-analysis-dalam-kajian-saham/
4. Ikut Proses Mahersaham Bot Sebagai Persediaan untuk Hadir ke MTG

Kepada klien-klien saya yang mana teringin nak join traders gathering, tapi masih belum cukup 30 transaksi untuk dapat rebate, jangan risau.

Sebagai permulaan, saya sarankan, gunakan sebaik mungkin kemudahan dan tools support bot, dan teruskan belajar langkah demi langkah, ikut proses-proses yang saya dah susun untuk anda mara ke peringkat seterusnya.

Selesai semua proses modul pembelajaran, sampai satu tahap, anda akan lebih faham dan yakin untuk trade.

Anda berpeluang untuk sertai traders gathering setelah lengkap 30 transaksi dan dapat rebat serta diskaun kehadiran yang jauh lebih murah berbanding yang belum buat sebarang transaksi.

Kepada yang belum ada akauncds, atau nak bukakan akauncds mplus untuk ahli keluarga, boleh cepat-cepat tekan link di bawah. Mula belajar trade tanpa perlu modal yang besar. Daftar sekarang!