Malaysia Melepasi Pendapatan Pertengahan Tinggi 2025

Loading...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Diharapkan semua sihat hendaknya. Kali ini saya ingin berkongsi suatu info terkini berkaitan jangkaan Malaysia melepasi pendapatan pertengahan tinggi tahun 2025. Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Bank Dunia pada 16 Mac 2021.

Malaysia mengalami kemelsetan ekonomi terburuk dalam abad ini akibat krisis kesihatan Covid-19 bermula awal tahun 2020. Keadaan ini menyedarkan semua pihak untuk bangkit bersama memulihkan keadaan ekonomi negara.
Kini setelah setahun berlalu. Bank Dunia telah mengeluarkan suatu kenyataan berkaitan prospek jangkaan ekonomi Malaysia untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi pada tahun 2025.
Kenyataan yang dikeluarkan Bank Dunia ini dari alasan ekonomi Malaysia dilihat sedang terus berkembang. Selain itu dilihat sihat dalam tempoh tahun ke depan. Ramalan yang dilalakukan ini meletakkan dua senario yang akan berlaku.

Iaitu jika potensi ekonomi Malaysia adalah tinggi maka, matlamat untuk melepasi pendapatan pertengahan tinggi mampu dicapai awal pada tahun 2024. Manakala jika potensi ekonomi rendah maka, matlamat dapat dicapai pada tahun 2028.
Unjuran yang dikeluarakan oleh Bank Dunia ini adalah bersandarkan beberapa andaian. Pertama, ekonomi Malaysia dilihat akan terus berkembang di sekitar kadar pertumbuhan potensinya. Di tambah dengan nilai kadar tukaran dollar AS tetap dan tidak berubah pada sekitar RM 4 per dollar AS sepanjang jangkaan.
Selain itu juga, potensi ekonomi Malaysia yang tinggi mengandaikan kedudukan ekonomi lebih kukuh untuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ini bergantung pada kadar pertukaran tinggi dan keadaan yang sebaliknya untuk potensi ekonomi yang rendah.
Kementerian Kewangan Malaysia menyasarkan unjuran ekonomi negara akan berkembang antara 6.5% dan 7.5% pada tahun 2021. Walaupun negara sedang mengalami kemelesetan, pendapatan per kapit Malaysia meningkat hampir empat kali ganda sejak memasuki kumpulan negara berpendapatan sederhana tinggi pada tahun 1992.

Pada tahun 2020, Pendapatan Per Kapita Negara Kasar menunjukkan bahawa untuk mencapai AS 1.335 yang kurang dari tahap ambang semasa untuk menentukan ekonomi berpendapatan tinggi.
Bank Dunia menyatakan faktor kemungkinan besar untuk potensi ekonomi Malaysia rendah adalah dari kesan negatif yang berpanjangan dari kesan pandemik Covid-19 terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Kedua, faktor kehilangan daya saing di sektor elektrik dan elektronik, sektor pembuatan dan eksport secara umum telah menimbulkan kebimbangan kepada ekonomi Malaysia untuk terus mencari potensi bagi prospek pertumbuhan ekonomi dalam jangka panjang negara.
Negara berpendapatan pertengahan tinggi merujuk kepada klasifikasi Bank Dunia berdasarkan Pendapatan Negara Kasar (GNI) per kapita. Malaysia perlu mencapai ambang tertentu untuk naik ke status negara berpendapatan tinggi dan ini memberi kesan kepada peluang pelaburan.
Apabila Malaysia mencapai status berpendapatan tinggi, keyakinan pelabur asing meningkat, aliran pelaburan langsung asing (FDI) bertambah, dan ini boleh memacu pertumbuhan pasaran saham di Bursa Malaysia secara keseluruhan.
Cabaran utama termasuk kesan pandemik Covid-19 terhadap pertumbuhan ekonomi, kehilangan daya saing dalam sektor elektrik dan elektronik, serta keperluan pembaharuan model pertumbuhan ekonomi yang lebih lestari.
Pelabur perlu meningkatkan ilmu pelaburan, memahami trend ekonomi makro, mempelbagaikan portfolio pelaburan, dan sentiasa mengikuti perkembangan dasar ekonomi kerajaan untuk membuat keputusan pelaburan yang bijak.
Bank Negara menyatakan perombakan model pertumbuhan perlu dilakukan untuk meningkatkan potensi pertumbuhan ekonomi Malaysia dan mencapai matlamat kelestarian ekonomi berpendapatan tinggi.
Bersedia untuk memanfaatkan peluang pelaburan? Buka akaun CDS dengan Mahersaham dan muat turun ebook percuma saham untuk memulakan perjalanan pelaburan anda.