Loading...
Monthly Client Statement adalah salah satu dokumen yang dikeluarkan oleh Mplus dan ada dalam sistem. Untuk semak di mana boleh perolehi, pergi ke /blogs/client-statement-apa-yang-anda-perlu-tahu


Penyata ini adalah untuk akaun Islamic Stockbroking Mplus bagi bulan Mei 2024. Ia mengandungi dua bahagian utama:
Untuk mengesahkan ketepatan penyata ini, kita kena semak pengiraan:
Debit dan credit merujuk duit keluar masuk. Kalau duit debit RM100 dari akaun 1, maka kena ada ‘equivalent’ atau sama nilai dikreditkan daripada akaun 2. Sepatutnya lah, akan tetapi saya tengok dalam statement ini, saya tengok trust account dan trading account tidak dibuat seperti itu.
Dalam trust account, dapat diperhatikan bahawa sebarang duit yang di depositkan akan diletakkan dalam bahagian credit. Duit keluar daripada trust untuk bayar sesuatu diletakkan dalam bahagian debit.
Dalam trading account, penjualan saham akan diletakkan dalam bahagian credit – mungkin bermaksud duit sudah keluar daripada ‘portfolio’ saham. Pembelian saham akan diletakkan dalam bahagian debit.
TPA adalah transaksi pembelian, TSA adalah transaksi penjualan, CS adalah contra atau setoff.
Ada sesetengah transaksi jika berlaku pada hari yang sama, maka tidak diletakkan TPA atau TSA tetapi terus disekalikan sebagai CS.

Dalam bahagian trust deposit, penjualan saham akan ditulis PY manakala deposit dari bank akaun masuk ke dalam trust ditulis DC di permulaan kod untuk column ke-2 (Reference No). Kedua-duanya akan ada pada bahagian credit.

Dalam bahagian Trust Withdrawal, duit yang dikeluarkan daripada trust untuk masuk ke akaun client, akan ditulis bermula dengan WC di permulaan kod untuk column ke-2 (Reference No). Ia akan diletakkan dalam bahagian debit.

Pada bahagian Summary, kiri cerita tentang Trust manakala kanan cerita tentang Trade.
Payment To Client terjadi apabila jumlah Trade Sales dan Trade Contra and Setoff (dijumlahkan dan dibuang negatif) melebihi jumlah Trade Purchase – duit akan dimasukkan ke dalam Trust dan ditulis sebagai Trust Deposit.
Ada masa mungkin sebab ada faktor-faktor tambahan seperti perkiraan kos yang lambat atau di luar bulan transaksi sebagai contoh, ada baki yang tidak dipindahkan tetapi akan dibawa ke hadapan sebagai Trade Closing Balance. (Payment To Client tak reflect amount sepenuhnya)
Bahagian Trust di sebelah kiri jadual, adalah dibuat supaya kita tahu amount yang tinggal dalam Trust untuk dibawa ke bulan hadapan. Bermula dengan Opening Balance, amount akan meningkat dengan adanya Trust Deposit dan Credit Charges (seperti hibah), dan berkurang disebabkan Trust Withdrawal dan Debit Charges (sekiranya ada).
Trust Deposit sama dengan Trade Contra bermaksud kita tak ada deposit duit dalam trust kita pada bulan itu
Kalau Trust Deposit tak sama dengan Trade Contra, bermaksud perbezaan itu adalah kita ada deposit duit ke dalam akaun Trust.
Sekiranya konsep-konsep ini masih memeningkan, lihat semula pada bahagian Details of Trust Account dan Details of Trade Account yang menyenaraikan segala transaksi. Setiap transaksi mesti boleh dipasangkan di antara kedua-duanya. Perlu juga tengok bahagian Contra Trade and Set Off jika berlaku beberapa transaksi serentak.
Monthly Client Statement adalah penyata bulanan yang dikeluarkan oleh Mplus yang merekodkan semua transaksi jual beli saham, baki akaun trust, dan butiran akaun perdagangan anda untuk bulan tersebut.
Trust Account merekodkan aliran wang tunai masuk dan keluar, manakala Trade Account merekodkan nilai saham yang dibeli dan dijual. Kedua-duanya saling berkait dan setiap transaksi mesti ada dalam kedua-dua bahagian.
Jika Trust Deposit sama dengan Trade Contra, bermaksud tiada deposit tunai dibuat pada bulan tersebut. Jika berbeza, perbezaan itu menunjukkan deposit tunai yang telah dibuat ke dalam akaun Trust.
Anda boleh mendapatkan Monthly Client Statement melalui sistem Mplus. Log masuk ke akaun anda dan cari bahagian penyata bulanan untuk muat turun dokumen tersebut.
Memahami penyata kewangan adalah langkah penting untuk menjadi pelabur yang bijak. Pastikan anda tahu membaca setiap butiran transaksi.
Buka akaun CDS anda hari ini melalui panduan langkah demi langkah di sini untuk mula melabur dalam pasaran saham.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari awal.