MSCI, Kejatuhan saham dalam Index FBM KLCI

Loading...

Hai dan salam sejahtera! Tuan-tuan dan Puan-puan, pada tarikh 30 Nov kita dikejutkan dengan berita mengenai kejatuhan besar-besaran oleh saham-saham yang berada dalam Index FBM KLCI.
Antara kaunter/syarikat yang terlibat adalah Hong Leong Bank, Public Bank, dan Tenaga Nasional.
Hal ini telah berlaku disebabkan oleh kerana saham perbankan mengalami suatu proses rebalancing untuk MSCI Index.

Seperti yang korang lihat news di atas, antara kaunter yang jatuh teruk adalah Public Bank. Public Bank dikatakan jatuh paling teruk dalam sejarah 12 tahun.
Selain itu, antara bank bank lain yang under pressure juga adalah Maybank, CIMB dan Hong Leong Bank.
Malacca Securities Head of Research Loui Low berkata,
“Antara sebab selldown dalam banking stock ini adalah disebabkan oleh proses rebalancing untuk MSCI Index”
Haa..tuan-tuan dan puan-puan, tahukah korang apa itu MSCI Index?
MSCI adalah singkatan dari Morgan Stanley Capital International. Seperti Dow Jones Averages atau S&P500, MSCI adalah sebuah indeks.
Secara khusus, Indeks MSCI adalah ukuran kepada prestasi sesuatu saham dalam pasaran.
Secara umum, yang dilakukan oleh indeks ini adalah untuk mengikuti prestasi saham untuk suatu kelompok perusahaan/bursa tertentu dalam kategori atau wilayah tertentu.
Jadi, MSCI Index ini ialah index yang dikawal atau di monitor oleh global.
MSCI akan lihat pada world punya bursa. Selain itu, gabungan component-component dia adalah component-component dalam negara yang terlibat.
Korang tahu tak apa yang berlaku bila dia rebalancing?
Bila dia rebalancing..MSCI Index kena menjual pegangan dia dalam saham-saham yang dia dah invest.
Hal ini kerana Index tu sendiri sebenarnya dia bukanlah sekadar hanya petunjuk global punya component dan ia bukannya sekadar simulasi.
Akan tetapi, bila dia nak membentuk Index tu, Index tu sendiri boleh dijadikan sebagai satu bahan untuk di trade ataupun didagangkan.
Jadi…nak tak nak, mereka perlulah betul-betul membeli kaunter-kaunter yang ada dalam index-index itu sendiri.
Dalam kes MSCI Index ni, dia buat rebalancing dengan cara mengurangkan pegangan ataupun kurangkan berat dalam index tu, untuk saham-saham yang ada dalam negara-negara Asean.
Jadi, itulah antara penyebab berlakunya kejatuhan mendadak saham-saham yang ada dalam index FBM KLCI
Akan tetapi, jika dilihat pada news yang berikutnya, di The Edge Market, berita itu memberitahu kita bahawa kejatuhan akibat rebalancing itu memberikan peluang kepada investor untuk membeli.

Jadi pada waktu sekarang nie dapat kita lihat rata-ratanya kaunter sudah pun mendaki semula daripada kejatuhan semalam.
Jadi pada siapa yang membeli pada waktu kejatuhan itu, tahniah diucapkan sebab itulah peluang untuk anda!
Kesimpulannya, jika kita lihat pada chart daily oleh kaunter-kaunter yang terlibat seperti Petronas Chemical, ia telah closing pada harga yang rendah dan keesokannya telah meningkat sebanyak 9%.
Selain itu, kaunter Maybank juga telah naik sebanyak 4% selepas kejatuhannya. Begitu juga dengan kaunter Tenaga yang telah naik sebanyak 7.54%.
Perkara ini dilihat sebagai satu peluang yang jarang datang. Maka, beruntunglah pada sesiapa yang alert terhadap isu semasa seperti ini.
MSCI (Morgan Stanley Capital International) ialah penyedia indeks global yang digunakan oleh pengurus dana antarabangsa sebagai penanda aras pelaburan. Apabila MSCI membuat perubahan terhadap komposisi indeksnya, dana-dana besar terpaksa menjual atau membeli saham mengikut perubahan tersebut, menyebabkan pergerakan harga yang besar.
Semasa rebalancing MSCI, dana pasif yang menjejaki indeks MSCI perlu menjual saham yang dikeluarkan daripada indeks dan membeli saham yang dimasukkan. Jumlah jualan yang besar dalam tempoh singkat menyebabkan tekanan jualan yang luar biasa, mengakibatkan kejatuhan harga yang mendadak terutama pada saham berkapitalisasi besar.
Kejatuhan akibat rebalancing MSCI biasanya bersifat sementara kerana ia didorong oleh faktor teknikal dan bukannya masalah asas syarikat. Sejarah menunjukkan saham-saham yang terjejas sering melantun semula dalam beberapa hari selepas rebalancing selesai, menjadikannya peluang untuk pelabur yang bijak.
Pelabur runcit perlu sentiasa peka terhadap pengumuman MSCI mengenai perubahan indeks, pantau tarikh rebalancing yang biasanya berlaku pada suku tahunan, dan elakkan panik menjual ketika tekanan jualan berlaku. Sebaliknya, sediakan modal untuk merebut peluang membeli pada harga rendah.
Nak mula melabur saham dengan bimbingan? Jom buka akaun CDS bersama Mahersaham dan nikmati kelas eksklusif untuk klien kami.
Masih baru dalam dunia saham? Dapatkan ebook asas saham percuma untuk panduan lengkap bermula dari sifar.
Bacaan lanjut: