NAK JADI PELABUR BERKUALITI, KENA FAHAM EKOSISTEM

Hari Sabtu lepas, saya berpeluang menghadiri satu program yang dianjurkan oleh Phillip Capital, iaitu Phillip Capital Investment Conference. Saya dapat tiket percuma daripada broker saya, M+.
.
Program ni boleh dihadiri secara online. Tapi, saya pilih untuk hadir secara fizikal sebab saya rasa itu lebih baik sebab saya boleh bersemuka dengan orang-orang yang betul-betul berada dalam ekosistem dan dunia kewangan itu sendiri. Ada antara mereka yang saya kenal, mereka tak kenal saya.
.
Ada juga yang suka menyakat saya, dia cakap muka saya bergantung dengan keadaan market, kalau teruk, market serabai, kalau datang conference macam ni, dia kata market tengah cun.

.
Presenter yang dijemput hadir banyak mendedahkan analisis dan review mereka tentang market semasa. Saya kira ini suatu perkongsian yang bagus sebab kita boleh tahu apa sektor yang tengah trending, dan perkembangan geopolitik semasa.
.
Dengan menghadiri program seperti ini, saya boleh berhubung dan berkenal-kenalan dengan rakan-rakan industri, saya kira ia adalah satu sesi yang sangat mahal.
.
Jadi, macam-macam cerita yang saya dapat bila berbual-bual dengan mereka. Antaranya saya tahu bagaimana koperasi berfungsi, ada kes remisier kena scam dengan remisier yang lain.
.
Ada juga yang handle FCPO, saya dapatlah tahu sedikit sebanyak berkenaan FCPO. Akaun FCPO ni ada banyak jenis, apa kelebihan-kelebihan untuk certain broker, bagaimana cara key-in order FCPO dan sebagainya.
.

Ada MR saya yang lama tak jumpa pun hadir, bolehlah buat sedikit business arrangement. Sebelum ni, saya pernah nak mempromosikan ‘private mandate’ kepada klien-klien saya. MR saya beritahu kenapa klien saya tak berminat dengan ‘private mandate’ sebab klien saya lebih suka melabur sendiri. Jadi kenapa nak bagi duit dekat private mandate uruskan.
.
Memang ‘private mandate’ uruskan fund yang besar, dan berisiko rendah. Tapi, bila tengok pulangan atau performance beberapa dana lain walaupun positif antara 5% – 8%, klien mungkin tak teruja nak invest dalam dana-dana tersebut. Mereka lebih suka melabur sendiri dan mengharapkan pulangan yang lebih tinggi.
.

Ada juga klien saya yang lama tak jumpa, bawa anak dia untuk dedahkan kepada dunia kewangan ni.
.
Selain tu, saya rasa berbangga juga sebab berpeluang jumpa dengan idola saya, Pakdi. Masa dulu-dulu jadi remisier, saya selalu baca perkongsian beliau. Bila attend event macam ni, tak sangka beliau pun kenal saya.
.
Saya harap, untuk generasi baru, mungkin ada antara pembaca yang akan menempah nama dalam industri satu masa nanti.
.
Banyaklah kelebihan attend event seperti ini antaranya networking, menimba ilmu pengetahuan daripada presenter dan participant yang hadir.
.
Melihat manfaat dari conference macam ni, timbul idea yang hampir sama untuk buat sesi pertemuan antara klien-klien saya dengan menggalakkan mereka supaya tersenarai dalam ‘Top 10 Traders’ dan berpeluang menghadiri sesi pertemuan makan-makan yang diadakan setiap bulan.
.
Bagi yang belum jadi klien saya, tapi berminat nak sertai ‘Top 10 Traders Gathering’, bayaran yang dikenakan hanya RM589 sahaja. Pakej ini termasuk sewa dewan, 3 kali makan, dan bermula jam 10 pagi hingga 5 petang. Sekiranya berminat, boleh komen di bawah posting ini.
.

Soalan Lazim (FAQ)
Apa manfaat menghadiri investment conference seperti Phillip Capital?
Manfaatnya termasuk networking dengan rakan industri, menimba ilmu daripada presenter profesional, mengetahui sektor yang sedang trending, memahami perkembangan geopolitik semasa, dan bertukar pandangan dengan pelabur berpengalaman.
Apa itu private mandate dalam pelaburan?
Private mandate ialah perkhidmatan pengurusan dana profesional yang menguruskan fund besar dengan risiko yang lebih rendah. Pulangannya biasanya antara 5% hingga 8%, sesuai untuk pelabur yang mahukan pengurusan pasif.
Apa itu FCPO dan bagaimana ia berbeza daripada saham?
FCPO (Futures Crude Palm Oil) ialah kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah yang didagangkan di Bursa Malaysia Derivatives. Ia berbeza daripada saham kerana melibatkan kontrak hadapan dengan tarikh luput tertentu dan memerlukan akaun dagangan yang khusus.
Kenapa penting untuk pelabur memahami ekosistem pasaran saham?
Memahami ekosistem pasaran saham membantu pelabur mengenali pelbagai instrumen pelaburan, membina rangkaian profesional, dan membuat keputusan pelaburan yang lebih bijak berdasarkan pengetahuan menyeluruh tentang industri kewangan.
Bacaan Lanjut
- FCPO: Panduan Lengkap Dagangan Minyak Sawit Mentah di Malaysia
- Financial Planner untuk High Net Worth Client
- Panduan Lengkap Corporate Exercise di Bursa Malaysia
Berminat untuk mula melabur dan jadi pelabur berkualiti? Buka akaun CDS dengan Mahersaham dan dapatkan bimbingan pelaburan saham secara langsung.
Baru nak mula belajar tentang saham? Muat turun ebook asas saham percuma sebagai langkah pertama.