NAK JADI TRADER BERJAYA, KENA PERCAYA DENGAN KEPUTUSAN SENDIRI

Loading...

Semalam, saya berpeluang menghadiri sesi yang sangat menarik mengenai Artificial Intelligence di WORQ, Glo Damansara TTDI. Sesi ini penuh dengan perkongsian menarik daripada para cofounder tentang bagaimana mereka menggunakan AI untuk mencipta peluang perniagaan.
.
Ada AI yang boleh membaca dan menganalisa penyata bank, dan ada juga yang membantu pengguna kereta mengenal pasti kerosakan dan mencadangkan mekanik berdekatan dengan harga yang berpatutan.
.
Saya memang minat dengan program-program seperti ini kerana ia memberikan saya perspektif baru mengenai teknologi terkini dan memastikan saya sentiasa up-to-date dengan perkembangan baru yang sejajar dengan perubahan semasa.
.
Dalam sesi networking pula, saya sempat berbual dengan salah seorang cofounder PANDAI, sebuah platform pendidikan atas talian yang menawarkan teknik pembelajaran yang menarik dan interaktif.
.

Rupa-rupanya, beliau adalah bekas pelajar MRSM Tun Ghafar Baba (sebelum ini MRSM Jasin).
.
Beliau banyak berkongsi tentang perjalanan syarikatnya dari awal hingga kini. Yang paling saya kagum ialah ketika melihat ‘slide PowerPoint’ yang beliau tunjukkan mengenai perkembangan syarikat dan pertambahan jumlah pengguna setiap tahun.
.
Beliau berkongsi bagaimana beliau bermula dalam bisnes. Dengan idea yang ada, beliau berjaya meyakinkan rakan baik untuk membangunkan satu platform pendidikan mesra pelajar. Kemudian, mereka bekerjasama dengan individu yang mahir dalam bidang masing-masing. Yang paling penting, mereka berkongsi visi dan matlamat yang sama.
.
Mereka juga sangat positif dan tetap berusaha sebaik mungkin walaupun pendapatan pada awalnya kecil, sehinggalah syarikat berjaya mendapatkan dana daripada pelabur dalam dan luar negara. Lama-kelamaan, pendapatan mereka pun semakin bertambah.
.
Perbualan ringkas itu sangat berharga buat saya. Saya belajar bahawa keyakinan dan percaya kepada kebolehan diri sendiri untuk mencapai sesuatu impian sangat penting. Keyakinan ini bukan sahaja mempengaruhi diri sendiri tetapi juga orang di sekeliling, dan ia mampu meyakinkan pelabur untuk melabur dalam syarikat.
Dalam sesi coaching saham yang saya anjurkan, saya sentiasa menekankan kepada klien-klien saya untuk memahami setiap teknik yang diajarkan. Ini penting supaya mereka lebih yakin dengan diri sendiri sebelum mula melabur dan membeli saham di Bursa Malaysia.
.
Keyakinan diri penting kerana trader perlu membuat keputusan sendiri berdasarkan analisis teknikal dan fundamental. Tanpa keyakinan, trader mudah terpengaruh dengan pendapat orang lain dan membuat keputusan yang tidak tepat.
Keyakinan dibina melalui ilmu dan latihan yang konsisten. Dengan memahami setiap teknik yang diajarkan dalam sesi coaching, pelabur akan lebih yakin untuk membuat keputusan pelaburan sendiri di Bursa Malaysia.
Coaching membantu pelabur memahami teknik analisis saham, menguruskan risiko, dan membina strategi pelaburan yang betul. Ia juga membantu pelabur baru mengelakkan kesilapan yang biasa dilakukan oleh pemula.
Trader baru boleh berjaya jika mereka bersedia belajar dengan tekun dan mengikut bimbingan yang betul. Pengalaman akan datang dengan masa, tetapi asas ilmu yang kukuh adalah kunci utama kejayaan dalam pelaburan saham.
Kejayaan dalam pelaburan saham bermula dengan kepercayaan kepada diri sendiri dan ilmu yang betul. Jangan tunggu lagi, mulakan sekarang.
Buka akaun CDS anda hari ini melalui panduan langkah demi langkah di sini untuk mula melabur dalam pasaran saham.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari awal.